Tuesday, 5 April 2011

terpeleot...


Entah angin dari belah mana yang bertiup, tetiba terpeleot. Terkadang bukan disengajakan pun kalau tersilap. Tapi terpeleotnya bukan main lagi.  Sudahnya diam seribu bahasa. Rumah yang sedia sepi bertambah sunyi. Masing-masing berbisik..."(kenapa tu?")

Nenek dah biasa sangat dengan bab terpeleot ni. Nak terpeleot...terpeleot la. Nenek tak kan layan. Bagi nenek apa yang berlaku mengajar kita erti kesabaran. Belajar erti saling memahami. Kalau sikit-sikit nak terpeleot...jenuh layan la. Banyak lagi cara nak lepas perasaan. Aduhaiii...sabar je la.

Monday, 4 April 2011

nasi lemak buah bidara..

Topik je tu. Biasanya hari Ahad memang nenek jarang keluar jalan-jalan. Atoknya pulak kena kerje. Biasanya kalau tidak ke pasar pagi, nenek berehat-rehat saja di rumah. Jadi nenek cadang masak nasi lemak semalam. Dengan takde santan, nenek buat juga nasi lemak style nenek berlaukkan daging masak kerutuk dan sambal bilis biasa.

nasi lemak

3 pot beras- basuh dan letak air macam biasa.
5 hiris halia
2 ulas bawang putih di ketuk
2 biji bawang merah di hiris
2 sudu besar marjerin
1 sudu minyak zaitun
2 helai daun pandan
garam secukup rasa.

- satukan semua bahan dan tanak macam biasa. minyak zaitun dan marjerin akan melembutkan nasi. 

daging kerutuk nenek style

300gm daging batang pinang dihiris tebal
1 peket rempah kerutuk adabi
5 batang serai
1 labu bawang besar dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
1/2 inci halia dikisar
2 sudu besar cili boh
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1/2 cawan minyak
2 cawan air
garam dan gula secukup rasa.

-satukan semua bahan dan masak hingga daging empuk dan kuah pekat. tidak perlu ditumis.

                                           gambar hiasan. nenek punya tak sempat nak snap. :)

Sunday, 3 April 2011

bagai dijangka...


                         

Astagfirullahalazim...memang tak patut betul la siapa yang ambik compressor aircond kat rumah nenek tu. Ini bukan kejadian pertama. Padahal ada dua tiga lagi compressor yang dah rosak kat tepi rumah tu. Kenapa ambik yang baru terlekat kat dinding tu???? Kena buat report lagi nampaknya.


Tu pun atoknya yang perasan compressor tu dah takde sbb tak leh on aircond. Kalau nenek harus tak perasan lagipun nenek jarang on aircond. Nasib baik kali ni pintu rumah tidak dipecah. Hmm...

Memang betul mungkin dah takdir barang nak hilang. "Bukan rezeki kita. Barang hilang boleh diganti. Tak payah lah report. Bukan dapat balik pun barang tu." Itulah kata-kata atoknya.

Isshhhh...nenek susah nak terima. Sementara masih berduit boleh lah kata begitu. Tapi keadaan itu tidak sepatutnya berlaku di ketika kita berada di persekitaran sesama kumpulan yang kita pernah berkhidmat dulu. Dan nenek rasa bukan kerja budak kecik. Tapi orang dewasa yang terdesak dan sengaja mendesak diri dalam masalah. Dan itu tidak boleh dibiarkan. Menular ke anak-anak pulak nanti perangai begitu kalau dah bagi anak-anak makan hasil dari jual barang curi. Semakin teruk masalah taman ni.

*sigh*

Saturday, 2 April 2011

teratak rinduku...

Nenek dah agak memang keadaan ini akan berlaku. Sembang boleh lah. Bukan dekat jarak antara Jalan Sastera ke Taman Intan. Kalau memandu sejam setengah juga baru sampai. Lagi lah kalau nenek yang memandu. Dengan mata tak berapa nak elok. Tapi kerana rindu dan menunaikan hak, kunjungan perlu juga dilakukan. Sekarang sudah berseli dua minggu sekali. Kesian rumah nenek.

Kebimbangan tentang kejadian pecah rumah juga sesekali hinggap dalam kepala nenek. Walau telah membuat aduan ke balai polis berdekatan, rasa bimbang tetap ada. 

Tilapia di kolam perlu diberikan makan. Walaupun tilapia dan keli tu spesis ikan yang tahan lasak, tapi itulah penjaga rumah nenek sementara waktu. Susunan pasu-pasu lama berupa orang-orangan juga sebagai penambah seri. Rumput juga perlu diracun. Pokok-pokok perlu disiram dan dibaja.



Wangian bunga kemuning, ros dan melur, sudah terlalu lama tidak tercium. Sungguh nenek rindu untuk kembali menetap di situ. Entah bilakah sampai waktu itu. Mungkin...Teratak Rindu perlu ditukar nama kepada Teratak Rahim(sayang), mengharap semoga kasih sayang penghuninya berterusan dan sentiasa diberkati. InsyaAllah.

Friday, 1 April 2011

another 2 month to go...

Lagi dua bulan majlis perkahwinan anak nenek akan dilangsungkan. Kira-kira 60 hari lagi lah. Pejam celik pejam celik, dah 23 tahun usia anak bujang tu. Dah sampai seru nak bernikah, sebagai orang tua, kita permudahkanlah sahaja. Kalau tiada aral, akan tercapai hasrat hatinya akhir Mei nanti. InsyaAllah.

Melihat kepada check list, ada lagi perkara yang perlu dilakukan. Nenek akan cuba sedia dan lakukan yang terbaik untuk ayah kepada bakal cucu nenek ni. Semoga segalanya dipermudahkan. InsyaAllah.