Wednesday, 8 February 2012

Yes Captain!!!

drama korea terbaru
yang mampu mengisi slot harian nenek
kalau atok ada pun
nenek pasti
atok pun suka drama ni

cam pakar motivasi

itulah kata sepupu nenek
bila nenek ada memberikan pendapat seposen nenek ni padanya


nenek sekadar membantu je
berdasarkan pengalaman sendiri dan perkongsian
bersama teman-teman yang mempunyai berbagai kisah hidup
juga mengambil dari pakar-pakar yang pernah berurusan bersama


kkdg dalam hidup, kita kena berani melepaskan
untuk memberi ruang pengisian kepada sesuatu yang lebih baik.

Tuesday, 7 February 2012

sesat di chatuchak

pernah sampai ke chatuchak?


ianya adalah salah sebuah pasar besar terkenal di bangkok.
leka berjalan mencari ole-ole utk dibawa pulang ke malaysia
akhirnya nenek dan seorang kawan sesat di dalam pasar chatuchak.
tak jumpa jalan keluar ke tempat check point


kami teruskan jalan tapi memang tak jumpa jalan balik.
nak bertanya, rata-rata orang sana tak tahu berbahasa inggeris
atau memang malas nak melayan orang sesat macam kami


bila dapat keluar,
tak jumpa pulak check point tu
nasib baik jumpa polis
yang sedang membantu pegawai bank memunggah peti besi duit(agaknya)
beritahu nama bangunan yang sepatutnya menjadi check point kami
rupanya kami dah jauh tersasar ke sebelah hujung satu lagi.
ibarat peta malaysia
kami mula masuk tadi di perlis
tapi kami keluar di johor
masyaAllah


setelah penerangan diberi
kami jumpa bangunan check point..
alhamdulillah..
dan memang pemandu pelancong kami dah macam orang gila
mencari kami ke hulu ke hilir
kawan yang lain lagi la risau.
maklum...
dalam 30 minit juga kami tersesat
sudah mengganggu plan seterusnya


dengan muka yg tak tahu nak kata camana
nenek terus saja naik bas dan berdiam.
malu benar nak berhadapan dengan kawan-kawan serombongan


sejak itu nenek berazam utk tidak mahu lagi merepek
atau dgn kata lain cakap besar
lebih-lebih lagi bila berada di negara orang.


pengalaman yang cukup memalukan, mendebarkan,
dan macam-macam me lagi.
aduhaiii....

Monday, 6 February 2012

atok pergi lagi...

hari ni atok pergi lagi.
nenek akan sendirian layan tugasan yang belum selesai

tapi kenapa atok tak bagi nenek ikut?
selalu atok yang beria ia mengajak nenek!!

jeng jeng jeng!!!!

Saturday, 4 February 2012