Sunday, 4 March 2012

konvoi

nenek ke port dickson hari ini
di highway seremban port dickson
satu kumpulan konvoi bermotor
(terlupa pulak apa yg tertulis di belakang t-shirt mereka)
rasa mengganggu pemanduan nenek
tak salah nak buat konvoi bermotor
atau konvoi berkereta sekalipun
tapi biarlah di rancang dgn baik

tapi ada lagi satu
yang lebih mengganggu pemanduan
bila 4 buah motosikal
yang nenek pasti tiada kaitan dengan konvoi tersebut
dipandu laju
dengan penunggangnya meniarap di seat motor
entah apa nama gaya tu
tak tahu la nenek
mencelah dan memotong di tengah highway

haiiisshhhhhhhhhhh...
tak sayang nyawa betul!!
kenapa perlu mereka berkelakuan begitu?
nak tunjuk apa sebenarnya?
yang pasti...
ianya sangat sangat mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

Saturday, 3 March 2012

repek nenek 2

nenek sedar
blog nenek ni bukanlah banyak membantu sesiapa
sekadar ruang untuk nenek berkongsi cerita
dan meluah rasa

sbb tu
nenek lebih suka layari blog teman-teman
atau blog pautan dari laman teman
melihat kekreatifan mereka
merekacipta laman blog
yg kekadang membuat nenek bergayut lama
di situ

nenek minta maaf dan minta halalkan
pada blogger-blogger tersebut
semasa nenek melayari laman blogger tu
ada yang nenek berkenan dgn isi blognya
nenek dah copy paste
especially "resepi" and "petua"
untuk bacaan dan panduan kemudian
tanpa minta izin terlebih dahulu
rasa bersalah pulak
nenek harap ianya memang utk dikongsi
bersama pembaca lainnya

Friday, 2 March 2012

terasa lama

dah berapa lama tak menjenguk teratak rindu.
entah apa la khabarnya
terakhir dulu,
pokok ceri ditebang
dan dihimpunkan saja di laman
tanpa dibakar
sebab tak sempat

dah beberapa kali
hajat nak menjenguk teratak rindu
terbantut

nenek kena balik juga
menjenguk teratak rindu
with or without atok
sementara nenek masih sayang
pada teratak rindu

Thursday, 1 March 2012

berhenti berharap...

Aku tak percaya lagi
Dengan apa yang kau beri
Aku terdampar disini
Tersudut menunggu mati


Aku tak percaya lagi
Akan guna matahari
Yang dulu mampu terangi
Sudut gelap hati ini

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat


Kenapa ada derita
Bila bahagia tercipta
Kenapa ada sang hitam
Bila putih menyenangkan

Haa…
Aku pulang…
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Aku pulang…
Tanpa dendam
Ku salutkan kemenanganmu
Woo…


Kau ajarkan aku bahagia
Kau ajarkan aku derita
Kau tunjukan aku bahagia
Kau tunjukan aku derita
Kau berikan aku bahagia
Kau berikan aku derita

Haa…
Haa…


Aku pulang…
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Rebahkan tangguhmu
Lepaskan perlahan
Kau akan mengerti
Semua…


Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat

terganggu

sejak malam tadi
minda nenek agak terganggu
entah apa-apa saja
yang melintas dalam fikiran

"my dear friend...Allah menyanyangimu"

kata-kata itu menyejukkan hati nenek.

nenek harap...
semoga semuanya baik-baik saja.
setiap tangisan akan berhujung dengan senyuman
nenek yakin itu