Friday, 13 April 2012

naik

bacaan darah Alif naik pulak hari ni
cuba nenek sembunyikan rasa bimbang
tapi mana mungkin nenek berdiam
puas nenek mencari punca
seingat nenek
sudah mengikut semua saranan doktor
mahupun teman teman yang mengenali

tapi nenek akur
nenek maklum paras bilirubin tu
memang ada kemungkinan naik semula
bergantung keadaan
dan bayi G6PD
memang agak lambat untuk sembuh dari jaundice

minggu hadapan
Alif perlu jalani ujian darah lagi
kalau masih diatas paras 100
Alif perlu dirujuk kepada pakar kanak kanak

doakan semuanya kembali kepada normal

Thursday, 12 April 2012

repek nenek lagi

kali ni nenek nak repek tentang rumah
bagi nenek
rumah adalah tempat untuk seisi keluarga
bermesra, bergurau, beristirehat, berkreatif
atau apa saja
yang terlintas difikiran
rumah adalah tempat yang cukup privacy
utk melepaskan segala rasa
yang ada dalam jiwa
samada suka dengan suasana yang riuh rendah
atau suka dengan suasana sunyi sepi
rumah adalah tempat paling selesa
bagi setiap orang

sesetengah orang
amat berbesar hati
menerima siapa saja tetamu
keluarga mahupun peminta sedekah
tanpa mengira waktu
lewat daun pintu yang sentiasa terbuka luas
bagi mereka
tiap tetamu yang hadir
ada membawa rahmat dan rezki tersembunyi
dari Ilahi

sesetengah orang pula amat pantang
jika ada tetamu yang hadir
dengan sayup salam atau pun bunyi ding dong
atau juga dari ketukan sederhana dibalik pintu
tanpa sedar
mulut terkeluar kata-kata kurang menyenangkan
pastinya tamu tanpa diundang
terkadang ditunggu hingga salam ke tiga
atau berapa kali salam sekalipun
daun pintu tetap terkatup rapat
berbetulan pula kalau yang empunya rumah
tengah angin satu badan

dan bagi sesetengah orang
ada diperuntukkan ruang waktu untuk tamu
kerana rumah tidak sebesar mana
atau tiada apa pula untuk disaji
malah tiada acara penting untuk dirai
makanya hanya waktu-waktu tertentu saja
daun pintu rumahnya dibuka
untuk merai keluarga, kenalan dan jiran tetangga
seadanya
semampunya

bagi nenek pula...
semua keadaan di atas adakalanya berlaku
lebih-lebih lagi kalau bersendirian dirumah
nenek takkan buka pintu
kalau dipagar sana nenek tidak kenal
nenek perlu hati-hati

nenek juga kurang selesa
jika tetamu yang hadir
adalah orang yang nenek telah maklumkan pada atok
yang hati nenek belum terbuka untuknya
memang atok saja cari pasal!

nenek juga tidak menolak
kalau tetamu yang hadir adalah keluarga
datang lah waktu mana pun
tentu ada perlunya
sampai mereka berpayah ke rumah nenek

tapi lebih baik
andai tetamu yang mahu hadir
maklumkan dulu
sekurang-kurangnya dua tiga jam sebelum muncul
dapatlah nenek persiap apa yang patut
maklumlah
kalau dirumah
nenek gunakan sepenuhnya privacy yang ada
lebih-lebih lagi setelah ada Alif

apapun...
nenek pernah impikan sebuah rumah
ada 7 bilik tak termasuk store
1 bilik ibu, 1 bilik solat, 1 bilik bacaan,
2 bilik untuk anak-anak, 1 bilik tamu
dan 1 lagi bilik khas
untuk nenek letakkan semua hasil kerja nenek di situ
macam mini studio
tapi belum tercapai lagi
insyaAllah satu hari nanti
nenek tetap percaya impian itu mampu dicapai

Wednesday, 11 April 2012

happy ending

drama korea Yes Captain! dah pun berakhir semalam
seperti diduga ianya happy ending
atok nampak suka sangat
dan puas hati dengan pengakhirannya
melekat nonton dari awal episod akhir tu

nenek hanya perhati dari jauh je
nenek tau ada babak yang menyentuh hati atok
sebab tu nenek dah cakap awal dulu
atok tentu suka tengok drama tu

sabar la atok
kalau jodoh tak ke mana

Saturday, 7 April 2012

121

bacaan darah Alif semakin turun
untuk semalam, bacaan darah Alif turun kepada 121
alhamdulillah...
namun nenek tetap akan usaha
agar bacaan darah Alif turun keparas normal

jumaat depan Alif ada temujanji
dengan doktor lagi
di KKIA shah alam

Wednesday, 4 April 2012

jadual

jadual tugasan nenek sedikit berubah
buat sementara ni nenek sedang cuba menyesuaikan diri
dengan segala perubahan
tidor malam nenek pun sesekali terjaga
bila terdengar suara tangis Alif
bukan nenek tak percaya pada kebolehan mama dan papa Alif
cuma naluri keibuan nenek saja yang begitu peka
dan tak sampai hati pulak rasanya
nak biarkan saja Alif menangis
kekadang tangisnya sampai tiada suara
tiba tiba saja

apapun...
sekarang Alif dah lebih banyak berjaga dari tidor
sesekali layan sembang dengan Alif
nenek takkan jemu tunggu
sampai Alif pandai balas sembang dengan nenek. :)