Wednesday, 29 February 2012

mentang-mentang jawa?

saja nenek up kan kata-kata atok ni
tidak bermaksud apa-apa pun
bukan nak sabit keturunan
sekadar mengenang kaitan
taucu ke jawa?
atau jawa ke taucu?
makan taucu jadi jawa?
atau orang jawa je ke makan taucu?
nenek blur jap
kalau tempe tu boleh gak nenek terima

yang nenek tahu...
orang cina pun makan taucu
orang melayu pun makan taucu
orang india nenek kurang pasti la pulak

tapi nenek memang suka taucu
malah taucu adalah masakan pertama
yang nenek belajar dari arwah abah
masa umur nenek 12 tahun
mudah dan membuka selera
berkuah atau kering
lagi pedas lagi sedap
buh bawang lebih
sampai pijar tangan
dek kerana potong cili api

atok........
taucu sedap apa!!! 

bila resah....



bacalah surah ni banyak2...

Monday, 27 February 2012

gout

gout atok menyerang lagi.
kesian nenek tengok
lutut atok bengkak dan merah
menandakan kesakitan yang amat

bila jadi macam ni
nenek hanya mampu melihat dan melayan
ajak gi doktor, tp cam biasa, atok tak mau lagi

skrg atok tengah tido
baru dapat lena lepas makan painkiller

Sunday, 26 February 2012

khas

hari ni buatkan satu blog khas buat arnab arnab nenek.
atok yang minta diadakan blog untuk arnab arnab tu
siap ambik gambar
dan cerita lah semua tentang arnab di situ.
rasa teruja sangat bila kali ni anak anak arnab nenek semua hidup.


sesiapa nak tengok blog arnab nenek sila ke http://duniaputihbrowny.blogspot.com/

masih bengkak

alhamdulillah....
lepas mendapat sentuhan tukang urut
yang urutannya amatlah menyakitkan
rasa nak jerit, tapi control ayu gitu. :p
lebih sejam juga tukang urut kerjakan kaki nenek
habis semua urat ditenyehnya.
selesai urutan
nenek cuba berdiri dan berjalan
tanpa tongkat
alhamdulillah
sakit terseliuh ni dah ok.
tidak la hilang, tapi amat berkurang.
dapat nenek bebas bergerak dalam rumah

cuma sampai ke hari ni
kaki nenek masih bengkak.
nampak sementot je jari jari kaki nenek. :)
atok kata nenek tak duk diam
tapi camana nak duk diam?
ishhh.........

nasib baik atok bantu memasak.
terimakasih atoknya.