Saturday, 31 March 2012

rabbit

dah lama nenek tak cerita ttg rabbit nenek
semuanya baik baik saja
dah besar pun anak anak si putih
tiga darinya mengikut benar baka giant si gumuk
yang dua lagi tu nampak comel sikit
tapi tak de jambul pulak macam putih

apapun...
sejak ada Alif
atok la yang terpaksa bantu uruskan rabbit tu
tq atok!!

Friday, 30 March 2012

waktu bersolek

Alif mandi tengok keadaan
kalau cuaca panas
Alif mandi 2 kali
kalau cuaca mendung atau sejuk
mandi sekali saja
selalunya sebelah pagi
dan sebelah petangnya lap saja
tapi Alif suka mandi
diam je bila kena air

lepas mandi kenalah solek/siapkan
selalunya Alif diam sampai habis sessi bersiap
dah siap kena upah susu dulu
barulah boleh ajak dia nyembang(macam dah pandai nyembang!!)
maksud nenek,
barulah boleh main main kejap dengan dia

seronok tengok gelagat Alif
sesekali gelagatnya macam dah faham apa yang kita cakap
sayang Alif!

darah lagi

hari ini
usia Alif 2 minggu(14hari)
nenek bawa Alif untuk ambik darah lagi
hari ini bacaan darah Alif 146
masih kuning kata doktor
perlukan bacaan di bawah 100
Jumaat depan Alif kena ambik darah lagi

tapi tadi Alif nangis sikit je
dah terbiasa dengan cucuk kut
atau nurse tu jumpa tempat yang memang darah banyak
dan tak perlu dia tekan kaki Alif berulang kali

sikit lagi ye Alif
InsyaAllah
sekali je lagi
nenek akan lakukan apa saja yang terbaik buat Alif

Tuesday, 27 March 2012

169

hari ini bacaan darah Alif 169
turun lagi dari hari tu
doktor pesan benda yang sama untuk mama Alif
jangan ambil jamu
sehingga bacaan darah Alif normal

tadi masa ambik darah
Alif nangis sampai takde suara
kesian benar nenek tengokkan
rasa nenek nak tepis je jururawat tu
tapi jururawat tu dapat tenangkan Alif
sampai teresak esak Alif
mama nak bagi susu pun Alif dah merajuk
sakit benar rasanya

bila mama bawa Alif ke bilik penyusuan
dan pujuk
Alif kembali menyusu dengan baik

sabar ye sayang nenek
jumaat ni kita kena pergi lagi sekali
dengan harapan
bacaan darah Alif akan turun normal
nenek doakan yang terbaik buat Alif..

menurun

pagi tadi
selepas balik dari bawa Alif ambik darah
jururawat masyarakat datang melawat ke rumah

jururawat periksa Alif dan mamanya
berat badan Alif menurun
kata jururawat tu biasa untuk bayi kuning
lagipun Alif cerdas dan menyusu badan dengan baik
mama Alif juga sihat katanya
cuma luka jahitan masih belum sembuh sepenuhnya

selesai membuat pemeriksaan
nenek jemput jururawat minum pagi
kebetulan nenek tidak sediakan apa apa pulak
untuk dijamu pada jururawat tersebut
semalam nenek menunggu juga
siap ada karipap pusing semua
tapi tak datang

hari ni sebab nak bawa Alif ambik darah
nenek tak berkesempatan lah sediakan apa apa
tapi nenek bekalkan kerepek pisang
buat kudapan jururawat dan kawan kawannya

terimakasih jururawat masyarakat
atas kesudian hadir
melawat dan merawat cucu nenek dan mamanya