Monday, 10 September 2012

pejam celik...

dah lebih seminggu atok tak de
kabarnya baik2 saja kat sana

tu hari atok bawa serunding agro dari sini
tapi kastam sana tak bagi bawa masuk
10 peket juga burn gitu saja
sayang...
dulu atok bawa serunding brahim boleh pulak
kebetulan atok nak gi hari tu
cari serunding brahim tak jumpa
tu yg bawa serunding agro
sib baik maggie atok lepas
pulun maggie je la nampaknya atok kita tu

memang la kalau boleh
mereka nak kita rasa@makan makanan diorang
(macam la kat sana tak de makanan ek!!)
cuma isunya...
halal dgn tak halal
tengok budget juga
dan atok pula jenis cerewet sikit
atok beli juga makanan segera sana
bila bawa balik hotel dan panaskan
tak lalu pulak tekak atok nak makan (kata atok la)
bagi kat tuan tong je la
bazir beli sampai usd10 tu
nak buat camana
dah tekak melayu

esok atok ada exam
nenek harap atok dapat lakukan yang terbaik
dan pulang dengan kejayaan

rindu atok...


Monday, 3 September 2012

rm200/bilik/bulan

ini bukan cerita nenek pergi berjalan2
pada cuti minggu yang lalu

alkisahnya...

minggu lepas
nenek balik ke teratak rindu
ada orang nak menyewa bulanan
kedua2 bilik di teratak rindu
untuk tempoh 6-7 bulan

hal dimaklumkan
oleh jiran belakang rumah
kebetulan atok yang menjawab
panggilan telefon dari jiran tersebut

sudah berkali2
panggilan serupa itu nenek terima
tapi bila disuarakan pada atok
terpaksa diberikan jawapan tidak
sebab banyak sangat alasan atok
yang nenek fikir ada baik dan juga buruknya

tapi kali ini
entah angin apa
mahu pulak atok izinkan
kedua2 bilik teratak rindu
disewakan secara bulanan
dengan kadar rm200/bilik

harga diberikan cukup murah
untuk bilik yang telah dilengkapi
dengan pelbagai kemudahan homestay
yang nenek kenakan charge
rm70/malam
cuma nenek terpaksa berterus terang
kelengkapan cadar dan comporter
tidak dapat nenek sertakan
kerana kemudahan itu untuk penyewa harian saja
alhamdulillah mereka faham

penyewa adalah muslim
seorang usahawan muda
yang sedang membuat promosi
tentang produk mereka
sepasang suami isteri
dan seorang lagi pembantu mereka

pertama kali bertemu
nampak baik2 saja
harap begitulah
sehingga tempoh sewaan mereka tamat nanti

pada tarikh ini...

hari ini hari lahir nenek
yg ke..... hmmm...
tak usah tanya la... tua dah la tu. :)

anak2 dan cucu
dah raikannya sejak malam tadi
disebabkan semua perlu bekerja pada hari ini
kek dan hadiah
turut disediakan tanpa pengetahuan nenek

atok pula beri ucapan
via sms dari detroit
jam 4 pagi tadi

alhamdulillah..
nenek masih diberikan kesihatan
dan kehidupan yang baik2
syukur padamu ya Allah
atas nikmat yang diberikan

terimakasih semua

Sunday, 2 September 2012

merdeka...

tahun ini kita sambut merdeka ke 55 tahun
apa erti merdeka pada nenek?
bebas meluahkan pendapat dan isihati
tanpa ragu
tanpa rasa bimbang
akan ditahan jika silap pertuturan
bebas berjalan dibumi Allah
dan menikmati keindaham alam sepuasnya

tapi apa yang kita ada sekarang?
merdeka tambah menyekat kebebasan kita
terasa bimbang berjalan di negara sendiri
sedang warga asing bebas berkeliaran
bebas pula menjalankan perniagaan
mencari keuntungan
dalam 10 tahun kebelakangan ini
setiap pelusuk ada saja warga asing
bebas niaga dan meletak harga
menekan warga kita

siapalah nenek nak ulas lanjut
ini hanyalah sebahagiaan pandangan dari nenek saja.

**ps
ada yang reply kata
dah pendatang tu pandai rebut peluang

betul la juga tu
dalam zaman sekarang
kita perlu buat tebal muka
tebal kulit
tebal segala
bijak ambil kesempatan dalam kesulitan
(nenek tak punya cukup kekuatan untuk buat begitu)

tak kena keadaan

masa nenek ikut atok solat aidilfitri
kat masjid taman
rasa macam berada di indonesia
atau mungkin juga bangladesh
memang majoriti
merekalah yang memenuhi masjid
untuk solat aidilfitri pagi itu
lantaran warga taman
ramai yang pulang ke kampung masing2

nenek bukan anti mereka
siapalah kita nak beza banding sesama mahkluk

solat aidilfitri bermula jam 8.45pagi
selesai solat
imam baca khutbah
awalnya ok
dihujung2 bunyi semacam pulak khutbah tu
tidak pasti samada teks ditambah sendiri
atau memang sedia ada

pada nenek
aidilfitri adalah setahun sekali
hari untuk raikan kemenangan
anak2 balik berkumpul
bersama saudara mara jauh dekat
kita nak dengar suatu pesanan
suatu isi khutbah yang mampu menyentuh sanubari
jemaah yang hadir
lelaki, perempuan, tua muda dan kanak2
tidak perlulah ditambah teks berbaur politik
kan banyak lagi hari lain yang boleh digunakan
untuk diwarkan2 perihal politik tu

lebih2 lagi jemaah yang hadir pagi tu
ramai orang asing
depa peduli apa
tapi tetap tak manis dipendengaran
bagi sesiapa saja yang faham apa yang cuba disampaikan