Monday, 31 December 2012

tahun baru

selamat tinggal 2012
dan selamat datang 2013

semoga kita semua dilindungi
dari segala kejahatan dan kecelakaan
dimurahkan rezeki
dipermudahkan setiap urusan
dan semoga kita sentiasa redha
dengan segala ketentuan ALLAH.

salam sayang buat semua



Wednesday, 26 December 2012

semakin sayang

masa kenduri anak buah nenek
semua adik beradik hadir
walaupun ada yang tak cukup ahli keluarganya
lantaran terrpaksa berbagi jemputan

selepas majlis masih berlangsung
kami bersembang adik beradik
bergurau dan mengusik
tanpa hiraukan tetamu lainnya
namun di satu sudut yang lain
nampak benar uzurnya kakak sulung nenek

dalam keadaan masing masing
semakin bertambah usia
semakin mesra pula kami semua
semakin erat pula persaudaraan ini
semakin saling ambil berat

kalau nak dibanding masa nenek kecil kecil dulu
memang jauh bezanya
tapi masa
mana mungkin diundur semula
betapa ruginya masa yang berlalu
dengan sia sia
mungkin nenek sendiri yang telalu ego
pada ketika itu

YA ALLAH...
AMPUNILAH DOSA DOSA KAMI
DOSA DOSA KEDUA IBUBAPA KAMI
KASIHANILAH MEREKA
SEBAGAIMANA MEREKA MENGASIHANI KAMI
LAPANGKANLAH KUBUR MEREKA
DAN BERIKANLAH MEREKA NIKMAT SYURGA
DIAKHIRAT NANTI

LINDUNGILAH SETIAP AHLI KELUARGA KAMI
DAN SAHABAT SAHABAT KAMI
DAN JIRAN JIRAN KAMI
DARI SEGALA KEJAHATAN
DAN KECELAKAAN
PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN KAMI
ERATKANLAH SILATURRAHIM SESAMA KAMI
DAN TUNJUKKANLAH KAMI
JALANMU YANG LURUS
JALAN YANG ENGKAU REDHAI

AAMIIINN...


Saturday, 22 December 2012

hantaran..

esok anak saudara nenek akan bertunang
anak perempuan kepada abang nenek
seusia dengan papa alif
mereka di kelang
dapat orang ampang

tadi nenek hantarkan tart coklat buahan
buat dulang hantaran
mengikut tema yang diberitahu kepada nenek
pink
juga nenek bagi cream puff
untuk sajian tambahan

tart coklat buahan

cream puff

cantik betul tart tu
geram pulak
nenek order saja pada yang pakar
nenek tak pandai buat dessert
alang alang order
order cheese tart untuk nenek makan sama
sedap!!!

cheese tart dah tinggal 5 baru snap gambar :)

semoga majlis pertunangannya berjalan lancar esok
dan selamat hari lahir untuknya

Wednesday, 19 December 2012

anak malang...


sedih betul
bila ada lagi berita
anak malang yang menemui ajal
didera teman lelaki @ kekasih
atau bapa tiri
atau keluarga sendiri

lebih sedih
bila si ibu pernah mengesan
ada lebam pada si anak
tapi masih percaya
atau tidak ambil peduli

benar malang tidak berbau
namun sikap si ibu boleh dipersoalkan
kenapa perlu menyesal
atau rasa sedih sekarang?

semoga Muhammad Faiz Iqmal Iskandar
di syurga tempatnya

pada si ibu
tak tahu nak kata apa
(geram betul!!)

bagaimana pun
nenek ucapkan takziah
pada keluarga anak malang itu

Tuesday, 18 December 2012

di mana kau??

sudah beberapa hari
nenek tak dengar kabar dari kawan
email nenek tak berbalas
menjengah ke blog dia pun
hanya cerita lama
yang telah dipost
agak lama dulu

di mana dia?
nenek tertanya
kerana jalinan persahabatan nenek dengannya
bukan sehari dua
telah terjalin sekian lama

akhir dia telefon nenek
adalah 2 minggu lepas
di akhir bicaranya
"i will miss you"
nenek tak terkata
ada sebak
ada rasa terharu
dia betul betul sakit sekarang
dan nenek harap
dia masih ada di sana
dan jalani kehidupan seharian
sebahagia seceria mungkin
doa nenek semoga dia tabah
hadapi segala ujian Allah

be strong my dear best friend


*edit
kawan nenek dah respond. terimakasih teman. alhamdulillah dia baru selesai jalani pembedahan. bermulalah diari baru hidupnya. nenek doakan dia diberi kemudahan dalam setiap urusan. dan sentiasa sabar dalam menempuhi ujian Tuhan. aku yakin kau mampu dan kuat.