Saturday, 30 November 2013

oh my TR...

nenek baru balik
dari menjenguk teratak rindu
nenek gerak petang semalam
kesesakkan berlaku di jalan menuju lbj
hampir sejam di laluan itu saja

bila jalan satu lorong jammed... sabar je la


sampai di bulatan kemang
terus singgah family store
beli barang dan jajan untuk diri
ye...nenek bermalam di teratak rindu
bertemankan ikan di kolam
pohon2 meliar di persekitaran
hmm...
sunyinya tanpa atok...
atok mana?
tengah berehat di palu barangkali
atau mungkin sudah kembali ke balik papan
takecare atok...

hari ini
teratak rindu ditamu lagi
sekumpulan pesilat
dari kuala lumpur
yang akan menerima tali pinggang
dari mahaguru diorang
nenek sekadar mempersiapkan bilik
yang ditempah 3 hari lalu

alhamdulillah...
kedua2 bilik ditempah
walau untuk satu malam saja

minggu hadapan
ada tempahan harian lagi
dan pertengahan bulan depan
teratak rindu ditempah
utk bulanan pulak
in shaa Allah
semoga segalanya dipermudahkan....

ketika menjenguk teratak rindu
terlihat jalur2 laluan sang anai2
di rumah utama
semburan perlu dilakukan seberapa segera
juga siling di bilik sewa teratak rindu
yang mula menampakkan tompok2 air
kuning mengembang
mungkin atap yang tergelincir
atau bocor

oh atok...
apa akan berlaku pada teratak rindu kita?
jom la balik ke teratak rinduuuuu....

Saturday, 16 November 2013

laksa sarawak....

buat laksa sarawak ke hari ni?
again?
tak de la...

ada kawan nak balik sarawak
bawa anak2 balik kampong
sempena cuti sekolah
yang bermula hari ni

nenek ambil kesempatan
kirim paste laksa sarawak
keluaran Hj Manan
di jamin halal dan sedap
tak terlalu rasa berempah
halus paste nya
dan nenek suka keluaran tu
sbb ada disertakan cara2 nak sediakannya
mudah untuk anak2 buat
atau nak hadiah kat orang

since anak2 pun suka makan laksa tu
nenek beli buat simpan
bebila nak makan
dah ada paste tu

kalau tengok dari laman web laksa paste tu
sebungkus dah berharga rm7
dan ada je pengedar di semenanjung
tapi saja lah nak minta kawan beli
sekali ngan kek lapis dayang salehah
dan juga terubuk masin

tak sabarnya menunggu....


Friday, 15 November 2013

semangat...

semangat menjahit tiba lagi
smlm buat bekas tisu
today dah mula jahit baju
nak serikan dgn manik
bila dah siap nanti
In shaa allah

simple2 je

sembat leher...

Saturday, 9 November 2013

happy 27th....

selamat ulangtahun perkahwinan
yang ke 27 buat nenek dan atok
terimakasih untuk segalanya atok
sejak dulu melayan karenah nenek
yang entah apa2 ni
pengorbanan dan kesabaran atok
takkan pernah nenek lupakan

semoga ikatan perkahwinan ini
tetap tersimpul rapi
hingga sampai waktunya
nyawa yang memisahkan kita
semoga atok kekal sihat
dan dalam rahmat Allah sepanjang masa

I love you
Always have
Always will