Sunday, 29 January 2012

karnival...


tadi nenek berpeluang mengunjungi karnival karangkraf tahun 2012.
karnival yang berlangsung dari hari jumaat lepas menawarkan berbagai jenis bahan bacaan utk dimiliki.
nenek dapat dua cabutan bertuah. alhamdulillah.
suka sangat.
nenek beli buku-buku yang nenek suka.
atok pun beli buku juga.


**nenek sempat ke booth Dr HM Tuah.
tapi masa tu Dr sibuk melayan tamu lain yang minta autograf.
saja nenek nak bersapa sbb nenek dah pernah dapat kad raya dr Dr.
agak-agak....Dr ingat saya tak?
kalau saya bagitahu ttg satu clue tu...tentu Dr ingat.
sayangnya saya takleh lama.
byk lagi booth yg perlu diserbu. :)

Thursday, 26 January 2012

ish...

tadi nenek jalan-jalan dalam internet, terbaca satu berita.
permainan AkuJimat tu dah pun dihentikan.
permainan yang mendapat tempat ke dua paling laris dimainkan oleh rakyat malaysia.
ish....
apa sangat la pada game tu kalau nak terasa hati
ianya hanya permainan yang sangat simple


tapi ye la...
siapa makan cili...dia la yang merasa pedasnya.
nenek layan je...
takat hari ni...
seawal usia 10 tahun nenek boleh beli kesemua 12 barangan tu.
dalam game tu la
in real life...harus la berjinggut.

Monday, 23 January 2012

aku jimat

pernah main tak game 'AKUJIMAT'?
tak pasti pulak bila game ni mula dijual.
game yang menentukan pada usia berapa anda boleh beli segala 12 barang berupa handbag, rumah, kereta dan yang paling mahal adalah cincin bernilai 24 juta. :) (pandai betul buat duit!!)


atok beli game tu untuk ipad ni.
usd 0.90. dalam 3 ringgit malaysia.
mulanya tak berapa nak ambil kisah sgt...
tapi bila dah main sekali, menarik pulak.
memerlukan strategi menarik utk capai impian diketika masih muda.


apapun....simple game.
menarik untuk jadi bahan mainan sekeluarga.
sesuai untuk perempuan@wanita
tapi kalau lelaki nak main pun ok je.
namapun permainan.

mercun

esok CNY. di perumahan nenek, bunyi mercun kedengaran sahut sahutan.
sempena cuti panjang CNY ni juga, kejiranan nenek ramai yang balik kampung.
seperti biasa, nenek tidak merancang ke mana-mana.
tak sanggup rasanya nak meredah jem dengan keadaan kereta yang tak berapa nak sihat.

Sunday, 22 January 2012

sepanjang jalan kenangan

tadi nenek beli majalah LIBUR bulan Januari 2012.
di dalam salah satu helaian majalah tersebut,
ada cerita tentang jalan-jalan ke Bandung
bersama Syifaa Holidays and Leisure.

nenek turut serta dalam rombongan tersebut.
memang menarik
dan shopping sakan sepanjang 4h3m di Bandung dan Jakarta.
dan kami memang sudah dimaklumkan
bahawa kakitangan dari Karangkraf
ada turut serta dalam rombongan kami untuk majalah itu.
cuma tidak diberitahu
bila majalah tersebut akan diterbitkan.

nenek dah berpeluang 3 kali
mengikut rombongan Syifaa Holidays and Leisure tu.
pertama kali ke Bangkok.
kali kedua ke Bandung.
dan ketiga ke Beijing musim sejuk bulan Disember lepas.

bermacam cerita dan pengalaman
sepanjang jalan kenangan bersama Syifaa Holidays and Leisure.
kalau diizin atok dan keadaan,
insyaallah nenek akan ikut lagi rombongan Syifaa.

tq atoknya... :)

Saturday, 21 January 2012

~Happy Birthday~

Selamat Hari Lahir Atok!! semoga gembira selalu, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan dipermudahkan segala perancangan dan impian. dah dapat hadiah dari nenek kan!! senang hati nenek bila hadiah itu atok suka. SSS :)

Friday, 20 January 2012

si anggora...

anggora lion head nenek yang diambil dari alor setar lebih 3 bulan lalu,
tidak la nampak lagi samada betina atau jantan
dalam telekkan nenek, kedua-duanya betina
kata atok pulak, nampak cam jantan
tapi kerandut *tut* tu tak pulak nampak-nampak lagi
walaupun keduanya telah mencapai usia 4 bulan
hmmm...

dengan rasa kesihan
nenek pun surf dalam web kalau-kalau ada
tempat yang jual spesis sama


alhamdulillah...
kebetulan ada berdekatan pulak dengan perumahan nenek
bergegaslah nenek membawa bersama kedua anggora lion head tu
untuk ditelek oleh si pakar.


sah!!
dari telekkan si pakar
kedua-duanya betina
harus mencari la nenek si jantan untuk dipasangkan


dalam perancangan asal,
kalau kedua-dua anggora tu jantan,
nenek akan carikan dua betina.
tapi dah kedua-duanya betina
jadi satu jantan pun dah memadai


proses jual beli pun dilaksanakan
dengan sedikit info dan penerangan dari si penjual
cuma yang nenek nampak jelas
anggora jantan tu punyalah *gadang
dua kali size anggora nenek walaupun tua 2 bulan saja
maka rasminya nenek namakan ia - GEMUK
dan akan bersatulah GEMUK dengan PUTIH dan BROWNY


bila sampai rumah
dan disatukan dalam cage
GEMUK nampak nak berkawan
tapi PUTIH dan BROWNY nampak betul tak nak nya
samada itu malu-malu arnab
atau memang tak suka sebab dipaksa
tak pasti lah
yang nenek nampak
si BROWNY asyik gigit GEMUK bila bertembung
gitu juga si PUTIH


apapun....
malam ni nenek akan biarkan saja mereka satu cage
biar mereka berkawan dan mesra-mesra dulu
siapa tahu..................
sebulan dua dari sekarang
akan bertambah pulak bilangan anggora lion head nenek.

Thursday, 19 January 2012

so near...yet so far...

tadi nenek dapat sms dari kawan.
dia sedang berada di sekitar perumahan nenek ni
malangnya sms tersebut lambat nenek perasan
ada la lebih 2 jam selepas sms delivered
dan akibatnya lambat la nenek tahu tentang keberadaan dia tu


bila reply sms dia,
dia dah pun kembali ke tempat asal
aduhai...
terlepas betul nak bertemu kawan nenek tu
tak pe la...
mb lain masa kita dapat jumpa lagi
dan sembang-sembang cam selalu.


apapun...
tq for the friendship. :)

Wednesday, 18 January 2012

al-kisah dompet

bulan ini saja,
entah sudah berapa kali
atoknya belek dompet duit lelaki.
yang ada klip
mahupun yang biasa-biasa saja.
baik di kedai,
butik tertentu 
ataupun laman mudah.com.
bila barang dah sampai
atau dah beli,
mesti
ada saja yang tak berkenan
atau tak menepati citarasa atok.
hmmmmmm.....

pada nenek,
dompet duit orang lelaki
sepatutnya mudah saja...
ianya hanya perlu diselitkan
sekeping kad kredit yg diperlukan.
kad pengenalan,
lesen memandu
dan kad atm.
itu saja.

tapi kalau dompet 
hendak diisi benda selain dari yang berkenanaan...
memang payah la nak cari yang sesuai.
jangan marah haa... ;)

lainlah orang perempuan
beg tangan kami gadang
dan perlu jadi macam poket doremon
macam-macam ada. :)

Sunday, 15 January 2012

pantai cahaya...

pagi tadi jogging@jalan-jalan
menyusuri pantai cahaya bersama atoknya
cuaca memang cantik
malam tadi dah hujan lebat
air laut pun nampak tenang saja
angin pun tak de


balik dari jogging@jalan-jalan tu
singgah gerai Asiah
pekena roti canai
dan baca paper...
terkejut nenek bila baca paper tu
pantai cahaya yang nenek gi tadi
rupanya ada orang mati lemas semalam.
Innalillah...
ajal maut semuanya ditangan Allah.


pada yang seronok sangat nak mandi-manda di laut
hati-hati la...
malang tak berbau

menjengah teratak rindu...

alhamdulillah...
setelah berbulan tidak menjengah,
semalam nenek menjengah teratak rindu.


so far...semuanya ok
cuma biasa la...
teratak tinggalan...
kenalah bersihkan dulu
baru boleh nak lepak-lepak


ikan dalam kolam
sihat-sihat nampaknya
pokok belimbing buluh pun sudah berbuah sulung
seronoknyaaaaa....

Saturday, 14 January 2012

apa lah maknanya....

apa makna punya akaun facebook?
apa makna punya akaun myspace?
apa makna punya akaun twitter?
apa makna punya akaun blog?


apa makna semua itu selain untuk memanjangkan silaturrahim.
menjalinkan persahabatan di seluruh dunia.


orang-orang macam nenek, memang sesuai kawan-kawan cara begini
tidak perlu terikat
free and easy
bila chatting, macam dah kenal lama
padahal...jumpa pun tidak
itulah nikmat ada internet
bila ada kenduri, dan dijemput....
baru bertemu empat mata
kegembiraannya tidak terucap dengan kata-kata
dan di situlah persahabatan sebenar terjalin
masih terjalin sampai hari ini.
syukur alhamdulillah.
tidak pernah timbul rasa curiga
kerana saling percaya
dan jujur seadanya.

Friday, 13 January 2012

selamat tahun baru...

tahun baru datang lagi. masih belum terlambat rasanya untuk ucapkannya. tahun 2012 nenek bakal menyambut kehadiran ahli baru dalam keluarga. insyaAllah. semoga segala urusan dan cabaran tahun 2012 dipermudahkan.

lama menyepi...

diam bukan beerti lupa...
diam bukan beerti marah...
diam bukan beerti salah...
diam bukan beerti lemah...
diam bukan beerti kalah...


aku telah memilih diam...
kerana adakalanya diam...
lebih enak dari berbicara...
yg memarak api sengketa...
mendatang bencana...
disalah teka...


sehingga ke suatu masa...
izinkan aku memilih diam...
sehingga kutemui kata-kata...
yang mampu menjadi makna.