Thursday 25 June 2015

ujian Allah 5

hari ke dua selepas pembedahan
nenek kuatkan diri untuk masuk wad icu tu
Allah....
macam macam keadaan pesakit dalam tu
dari katil 1-10...
malah pesakit sebelah katil anak buah atok
dikhabarkan meninggal dunia
sebelum anak buah atok ditolak masuk
innalillahiwainnailaihirojiun
Allahuakbar
nenek semakin suspen nak sampai ke katil anak buah atok

syukur alhamdulillah...
itu yang mampu nenek katakan
segala kebimbangan beransur lega
melihat keadaan anak buah atok stabil walau belum lagi sedar
jururawat yang menjaga pun sangat baik
memberi penerangan keadaan semasa anak buah atok
agak ngeri juga tengok tiub darah kotor yang mengalir
dari kawasan yang di bedah
masuk kesatu botol kecil hujung katil

Ya Allah...
berilah kesembuhan kepada anak buah ku ini Ya Allah.

dalam 10 minit...nenek keluar
sembang sebentar dengan kakak atok
kemudian minta diri untuk tugasan nenek yang menunggu


Wednesday 10 June 2015

ujian Allah 4

akhirnya...
anak buah atok naik kereta
bersama ayah, ibu dan kakaknya yang sulong
sehari sebelum tarikh pembedahan

pada tarikh 18/5/15
menjadi sejarah dalam keluarga
anak buah atok jalani pembedahan
left temporal carvenoma... (something)
gitu lah lebih kurang diagnosisnya
ditolak masuk ke OT jam 9 pagi
dan keluar dari OT jam 10 malam
kemudian ditolak ke ICU
selepas beberapa jam
baru ibu dan ayah dibenarkan  melawat
nenek melawat keesokkannya

Thursday 21 May 2015

ujian Allah 3

anak buah atok balik utara untuk rehat
doktor dah pesan
tak boleh memandu kereta@motor
tak boleh ke mana mana bersendirian
tak boleh berlasak
banyak kan tenang dan rehat

tapi ye la...
bila dah balik rumah
sepanjang hari ada saja kenalan yg ziarah
soalan demi soalan di tanya
berulang- ulang
ada juga yang ajak keluar
ngeteh...
itu menurut cerita berita dari kakak atok

seminggu di rumah sendiri
keadaan anak buah elok- elok saja
sehinggalah satu pagi
sakit kepalanya menyerang tiba tiba
tanpa lengah
anak buah atok  dibawa ke HSB
alhamdulillah
keadaan nya stabil dan dibenarkan pulag esoknya

namun dalam masa yg sama
pihak HSB telah menelefon HSgB
dan satu tarikh telah diberikan untuk pembedahan

segala persiapan di sedia kan
tiket bas dan tiket kapal terbang di ulang pantau
segala kos di fikir berkali
akhirnya...naik bas lebih difikirkan baik
perjalanan malam pun mengambil masa 6 jam saja.

malangnya...
tiga hari sebelum bertolak
pihak hospital telefon memberitahu
yang pembedahan terpaksa ditangguhkan ke tarikh lain
kerana pakar yang bakal membuat pembedahan tersebut
ada kes di mahkamah
aduhai...
nasib baik tiket bas

Tuesday 5 May 2015

ujian Allah 2

keadaan anak buah masa mula sampai memang lemah
mungkin sebab penerbangan yang lama
dan ditambah keadaan kesihatannya
membuatkan dia tidak bermaya untuk berkata2
ibu nya teman sepanjang anak berada di sana

malangnya semua maklumat dari jordan
dalam bentuk cd
tidak dapat dibuka baca
dan terpaksa dihantar ke makmal it hospital
dan anak buah akan terpaksa melalui mri sekali lagi
untuk mengetahui keadaan
yang doktor di hospital sg buloh kata
dari keadaan kasar anak buah atok
ianya bukan pendarahan tetapi mungkin ketumbuhan
yang telah membesar

4 hari berada di hospital sg buloh
keadaan anak buah semakin baik
dengan pantauan ubatan dari doktor
banyak kenalan dan guru2 nya datang ziarah
nenek sekadar menyiapkan masak apa2
yang boleh dijamah anak buah dan ibu nya

seminggu lebih jugalah nenek berulang
memenuhi keperluan kakak dan anak nya
dan selepas ujian mri dijalankan
didapati...
memang ketumbuhan itu besar
walaupun benign tumor
tapi ianya terletak dikepala kiri
dan betul2 berada diantara
saraf mulut dan kaki
AllahuAkbar

doktor nasihatkan ianya dibuang
tapi risiko tetap ada
dan doktor bagi anak buah keluar bercuti
tenangkan fikiran
sebelum tarikh pembedahan bulan mei katanya




ujian Allah 1

assalammualaikum ...

penulisan kali ini
lebih kepada hal keluarga

masih ingat pada anak buah nenek
yang sambung belajar ke jordan?

petang 9 april
atok dapat call dari kakak nya
menyatakan anak nya akan pulang segera dari jordan
setelah demam berulang dan di dapati
mengalami pendarahan otak
yang telah disahkan dari mri
oleh king abdullah hospital jordan

subhanAllah...

nenek tak tersuara
airmata mengalir
rasa sedih
dan tak boleh bayang keadaan
anak buah yang sedang menanggung
ujian hebat dari Allah ini...

mulalah atok suara
ulang sebut kenapa dia tak bagi sambung belajar ke sana
bimbang jadi keadaan2 yang sebegini
kebetulan memang atok tengah out station
nenek diamkan saja
nenek tengah fikirkan tentang anak buah
yang kita tak tahu bagaimana sakitnya dia saat itu

mula cadangnya
kakak atok akan terbang ke jordan
melihat keadaan dan menemani anaknya di sana..
tapi persatuan pelajar
telah mengumpul dana
dan terbangkan anak buah atok pulang ke malaysia
dan ditemani oleh salah seorang kawannya
alhamdulillah
jadi kakak atok cuma perlu turun ke kuala lumpur saja

setibanya anak buah atok di klia
dia terus dibawa ke hospital sg buloh
atas sebab2 tertentu
dan diberitakan yang hospital sg buloh
ada pakar terbaik dalam bidang neuro di malaysia
ok...






Sunday 29 March 2015

dalam kenangan...

kawan...
aku tak tahu kenapa..
aku masih teringat
masih mahu mengenang
segalanya
walau aku sedar
kau dah tak ada
kau takkan ada
kat situ

seperti kata kau
"sejarah takkan pernah mati"

(terimakasih tinggalkan aku blog untuk singgah baca)

Friday 27 March 2015

sesungguhnya kita milikNYA jua....

baru tadi dapat tahu....
kawan yang nenek kenal
kawan yang nenek hormati
kawan yang nenek sayang
dah kembali kepada penciptanya
innalillahiwainnailaihirajioun...

semoga rohnya tenang disana
semoga rohnya dicucuri rahmat
dan ditempatkan bersama golongan solihin

maaf aku tak tahu...

Friday 13 March 2015

persiapan....

persiapan hari kenduri maklong alif
baru dalam 80% siap...
tinggal 2 minggu lebih je lagi...
in syaa allah
semua akan settle by time...

tadi nenek buat bunga tangan
dari kain stokin warna kelabu silver
dan di tambah dengan warna pink dan green
dari manik
harap mak long alif sukakannya..

kad jemputan
dah diedar lebih 90%
yang di hantar by hand, by pos
cuma jiran2 PD saja
in syaa Allah hujung minggu ni
sambil nak ambik baju kawin nenek
yang dah usia 28 tahun tu
saja la nak imbau kenangan dulu2
itu pun kalau masih elok
dan tak disentuh anai2

Sunday 8 March 2015

lama....

fuhhhh.....
bersawang rata blog nenek...

lama nenek tak bercerita...
sejak kawan nenek senyap...
nenek pun kurang semangat nak menulis...
(aku harap kau tahu ttg ini)

cerita terbaru nenek

alif dah nak masuk 3 tahun
menyembang dan bertanya
memang tak larat nak melayan
belum layan kerenah dia lagi
kanak2 lelaki yang sedang membesar
tapi sangat la susah makan
kalau makan pun nasi 'white'
tu yg selalu dia sebut
kalau nak dia akan tambah nasi 'sup'
kuah sup ayam atau telor
atau pun dia akan minta ayam upin ipin
ayam goreng biasa saja
atau dia akan minta bihun goreng
atau mee celor kosong
atau spaghetti kuah sup cendawan
atau kentang goreng
atau roti cicah susu
itu la makanan alif
bab sayur pulak
lobak merah saja yg dia suka
makanan yg lain geleng kepala
tak nak
hai la cucu nenek...

mak long alif
nak kenduri akhir bulan ni
alhamdulillah
nenek ambil pakej hotel saja
memudahkan sebahagian urusan
In syaa Allah
seminggu kemudian
kenduri belah lelaki pulak
jalan2 ke melaka la pulak kita...

lain2...
biasa saja
nenek dan atok
alhamdulillah
masih diberi kan kesihatan yang baik
semoga terus sihat
sehingga majlis mak long alif selesai
In syaa Allah.....