Saturday 28 September 2013

corat coret

kat fb
nenek ada ikuti macam2 group
selalunya nenek ikut baca je
jarang amat nenek ikut nyembang

tapi ada satu topik ni
yang nenek rasa nak ikut nyembang
tentang harga tempahan baju
yang berbagai dari tukang jahit

ada yang kata
harga upah jahit tu
ikut pengalaman si tukang jahit
kalau baru jadi tukang jahit
tak patut letak harga tinggi
gitu juga kalau menjahit di rumah
tak patut sama harga upah jahit di butik

yang nenek tak tahan tu
ada juga yang masukkan kos
upah orang jaga anak
sebab dia nak siapkan tempahan
siap komen customer punya songeh
yang berbagai

siapa yang nak menjahit sebenarnya?
dan kenapa perlu ambil tempahan
kalau tak mampu nak berbagi masa?

nenek boleh faham kalau dia
memang pengusaha kedai jahit
tapi kos upah jaga anak hatta jaga suami
itu masalah dia kena urus sendiri
kenapa perlu di sabitkan customer pulak

sebab inilah agaknya
nenek tak diizin
untuk jadi tukang jahit sepenuh masa
tak mampu nak berbagi masa
terkejar2 sana sini
sakit bahu sakit pinggang
bersengkang mata menyembat
walau atok kata dia ok saja
nenek rasa cukup la pengalaman lalu tu

jadilah nenek menjahit untuk diri sendiri je
kurangkan kos tempahan jahit
yang upahnya kadang
lebih mahal dari harga kain
tanpa mereka ambil kira
kos customer terpaksa akur
ulang call bertanya
bila baju yang dijanji siap
sampai ke sudah tak siap2











bila atok takde...

bila atok takde
masa ni lah nenek ambil peluang
cari bahan2 untuk berkerastangan

jadinya semalam nenek ke gm kelang
nenek nak beli manik kristal
nak buat bunga 7 dulang hantaran
untuk anak buah nenek

nenek tak pasti harga sebelum ni berapa
nenek ada pergi kedai yang lain
tapi bila banding harga
kat kedai yang nenek beli ni
lebih murah sikit

sambil tu jalan2 lagi
belek2 baju untuk alif
tapi belek je
gitu juga belek2 baju untuk nenek
tanya harga
beli borong baru murah
tak pe la
bila2 kalau perlu nenek beli la

btw...
parking kereta kat gm
masih percuma lagi
lepas ni tak tahu la berapa kena bayar
bila dah duk dalam tu
boleh rambang mata
siap duit je la


Thursday 26 September 2013

adina...

adina by nazattdi


masa awal adina dilancarkan dulu
(3 tahun dulu)
memang ramai gile orang kat galeri tu
siap ada belon panas semua
tapi tak tahu kenapa
nenek tak rasa nak gi tengok
ada juga papa alif bawa balik tunjuk pempletnya
papa alif nak beli yang 2 bilik
masa tu baru 218K + 3% + 7% diskaun 
tapi tak jadi
sbb ada org offer rumah lain kat papa alif

nak jadi cerita
sejak sebelum puasa hari tu
maklong ajak nenek gi adina punya galeri
trus maklong berkenan yang 1+1 tu
728 sq ft
sayangnya dah sold out
dah nak siap pun projek tu hujung tahun ni
kalau ada kosong pun nanti
yang loan tak lulus 
itu pun kebanyakkannya yang 3 bilik

cari punya cari
adalah yang nak jual adina tu
1 bilik 298K - 660 sq ft
call la agent tu semalam
tanya segala benda
sayangnya juga
harga yang diberi tu harga tetap
tanpa sebarang diskaun dah
sebab itu adalah sub sale 

hmmm....
maklong nak juga
tapi nenek suh dia fikir lagi
itu harga rumah kosong saja
kalau untuk 2 bilik harga gitu
masih boleh lagi la
tapi tak munasabah untuk harga 1 bilik
maklong nampak frust sgt
takde rezeki

ada je rumah lain
tapi tak serasi dengan kehendak maklong
maklong nak service apartment
studio pun takpe
tapi shah alam
dan kalau boleh bawah 250K
ado???
sbb loan yg selebihnya boleh buat reno rumah
maklong punya rumah impian la

yang dah dilancarkan dan tunggu siap
semua 350K ke atas
studio pun sama
area pulak yang tak pasti
adina tu betul2 sebelah tesco besar
dan design 1+1 tu memang menarik
nenek pun suka


1+1 unit


kalaulah nenek ada duit.......

Tuesday 24 September 2013

macam tu ye?

pagi semalam
memang tak lengahkan lagi
terus ke pejabat pos
pebaru lesen

dapat no 3030
no sekarang 3018
ok la
tak la lama sangat nak tunggu

bila sampai no giliran
bagi tahu kata nak pebaru 2 tahun
tapi kerani tu kata
kalau pebaru 2 tahun
automatik akan jadi 3 tahun
maknanya kena bayar untuk 3 tahun
sebabnya dah lebih dari tarikh tamat tempoh
(bukannya dah lebih sebulan pun)

so nenek pebaru setahun je le
bayarannya tetap untuk 2 tahun
siap kena isi nama, no ic
dan tanda tangan sekali
tapi tarikh tamat tempoh tu
memang 2 tahun la
sampai 2015 nanti
tu yang nenek musykil juga

peringatan buat nenek
pebaru lesen awal sebelum tamat tarikh
kalau tidak
macam tadi la jawabnya
musykil sendiri



Sunday 22 September 2013

lupa jugak...

punyalah bagus nenek drive sana sini
sampai terlupa
lesen memandu nenek
dah tamat tempoh
hampir tiga minggu
duk ingat tarikh tamat tempoh yang lama
tu yang rasa lambat lagi
aduhaiii...

mujur nenek tak kena tahan
dan tak jadi apa2
sepanjang dua minggu lebih ni
dah la sekarang ni kat selangor
polis buat roadblock merata
kalau tidak
harus la nenek dapat surat cinta
dari polis di raja malaysia

esok awal pagi
nenek nak gi pebaru lesen

aktiviti luar

hari ni...
nenek banyak aktiviti luar rumah
pagi jenguk kebun
siram pokok apa semua
dalam jam 10 teman atok
shopping baju dan seluar
lepas tu hantar tampal kasut
katanya sejam siap
tapi balik dulu
petang2 baru ambil

jam 2 petang
nenek teman maklong
gi skytrex
kat taman botani malaysia
mula atok nak ikut sekali
tapi last minit atok tak jadi ikut
maklong nak ber'adventure'
memanjat, meluncur, bergayut
semuanya
sorang2 dia
tapi nenek tolong teman kat bawah je
sib baik ada group lain
dak perempuan sebaya 4 orang
maklong follow diorg

pintu masuk skytrex

antara cabaran di skytrex


maklong nak mulakan cabaran

go maklong go!!


dari kul 3 petang
sampai kul 5 baru maklong muncul semula
dengan muka merah
sebab cuaca yang panas

lepas maklong turun
terus balik
sebab rasa tak dan nak gi tempat lain
walaupun rumah 4 musim
sedang ada musim luruh
tapi hala bertentangan dengan skytrex
kalau pi awal mungkin sempat
jadinya makan angin dengan 'skybus' tu je la

dalam perjalanan balik
macam2 la maklong cerita pengalaman dia
menarik juga
teringat masa dalam pengakap dulu
kalau nenek masih muda
nak je nenek join maklong.  :p

balik dari skytrex
atok pula dah siap2
nak gi ambil kasut
temankan atok pulak
sib baik today jalan tak jem
dalam perjalanan ambil kasut
dapat sms dari anak buah atok
yang kat Jordan tu
memberi khabar semasa tentang dia di Jordan
alhamdulillah...segalanya dipermudahkan
(maaf maksu tak jawab call Man
sebab maksu ingat no siapa
panjang semacam
paksu pun duk tegah jangan jawab
bimbang bil melambung
rupanya no Man di Jordan
sorry na
lepas ni kita mesej di fb saja
atau kita emailing
boleh cerita panjang2...  :)  )

balik dari ambil kasut
atok nenek cadang ke aroma hijrah
nak makan nasi arab
tapi bila teringat
hanya ada ayam atau kambing saja
terus tukar plan
nenek pekena nasi paprik
atok pulak nasi goreng cina
kat restoren kantan ikan bakar
belakang petronas ttdijaya
sedap gak

malam ni
nak tido awal kut
esok atok nak jalan jauh...

Wednesday 18 September 2013

rela terpaksa...

semalam ada baca post dari seseorang
menyatakan suara hati
bagaimana dipaksa nikah
dengan lelaki pilihan ibunya

kalau si anak buta, pekak, tidak bekerja
atau memang sudah terlalu lanjut usianya
mungkin pilihan si ibu adalah wajar
dan kalau pilihan si ibu
mengutamakan tuntutan agama
berbesar hati lah wahai anak

tapi masalahnya
si anak bukan calang2 ilmu
rupa molek, kerja pula bagus
malah sudah punya pilihan sendiri
si ibu bukan tidak tahu tentang itu
namun si anak
tidak mampu membantah
jika bantah putus hubungan ibu dan anak
kerana si ibu amat yakin
dengan harta lelaki pilihannya
mampu memberi bahagia untuk anaknya

aduhaiiii...
dah nikah pun
kenapa tak suara masa tok kadhi tanya?
rela atau terpaksa
dah jadi tanggungjawab
untuk taat sepenuhnya
pada suami pula
semoga dipanjangkan jodoh
dan menjadi isteri yang solehah


si anak seusia maklong alif je
malah maklong alif pun
belum ada bau apa2 lagi
masih bersemangat tumpu pada kerjaya
esok2... In syaa Allah

dari Mu kami datang

dari Mu kami datang
pada Mu juga kami kembali

nenek baru balik
dari ziarah kematian
anak perempuan jiran nenek
yang baru dilahirkan
meninggal kerana disahkan jantung berlubang

Subhannallah!!
comel betul

semoga rohnya ditempatkan bersama
bidadari bidadari syurga
dan ucapan takziah buat ibunya
yang terpaksa lalui detik sedih ini
tanpa suami di sisi
yang baru seminggu
berangkat ke bumi Mekah
untuk menunaikan haji

semoga mereka tabah
dengan kehilangan ini

Al-Fatihah

Sunday 15 September 2013

pergi kondangan

hari ni
ada kondangan(jemputan)
sepupu nenek buat kenduri
perkahwinan anak perempuannya

kenyang nasi kenduri la hari ni...


edit:
ps**Alhamdulillah jalan pun tak jem
sampai sana dalam jam 1ptg
mmg tengah tetamu menderu datang
sib baik ada meja kosong
tak la menunggu lama utk makan
seronoknya bila dapat jumpa keluarga
sanak saudara pakcik makcik
lebih seronok bila atok pun ikut sama
tq atok

Thursday 12 September 2013

kalau dah rezeki...

semalam nenek ajak atok ke klia
atok tanya juga untuk apa?
sahih atok lupa
lepas asar nenek siapkan alif
dan jom...kita gi klia

semalam
tarikh anak buah atok berangkat ke Jordan
untuk sambung belajar
ya...anak buah atok
yang nenek pernah cerita hari tu

pemergiannya dengan tajaan
jabatan agama negeri
dapat zakat semua
Alhamdulillah

gitulah
kalau dah rezeki
dapat juga dia ke Jordan tu
pelan2 nanti
dewasa lah dia

sebenarnya...
nenek pun berat nak lepaskan dia
lebih2 lagi
bila ada pelajar
yang tarik diri kerana kabar angin
akan berlaku serangan
di negara bersebelahan sana

sesambil menunggu flight
sembang dengan anak buah atok tu
tiba2 dia kata
nanti raya haji kita jumpa ye
aikk!!!
ada la yang nak kena perli nanti tu
kalau betul dia balik
hai laa..

semoga anak buah atok selamat
dan dilindungi Allah selalu
dan pulang dengan kejayaan

maksu sayang man
wish you luck
and be the best among the best





ps*tadi dapat berita dari utara
anak buah atok dah selamat sampai di bumi Jordan
Alhamdulillah...


Tuesday 10 September 2013

aiskrim malaysia

bila bubur kacang selalu tak habis
jadi aiskrim la jawabnya
ada pulak air Tropicana oren tu
jadi aiskrim juga
abaikan panjang pendeknya
bila dah beku
tak sedar habis 2 batang



jelly kelapa....

hari tu
rasa teringin nak buat jelly kelapa
petik kelapa kat belakang rumah 2 biji
comel je kelapanya pun
dua biji air kelapa tu
tak sampai pun 1 liter

tapi sebab nak makan jelly kelapa
buat juga la
jadi 22 bekas kecik2
jadila...

resepi nenek dapat dari kawan


2 liter air kelapa
(2 biji air kelapa muda + air biasa)
10 gm agar2
150 gm gula
sedikit perasa pandan
isi kelapa muda yang dihiris halus

masak air kelapa + agar2 + gula + perasa
bila didih dan agar2 larut + isi kelapa
tunggu didih semula dan padam api
masukkan dalam bekas2 kecil
atau dalam tray
sejukkan



 
 
 



Monday 9 September 2013

sebak...

semalam kenduri kat rumah jiran
kenduri doa selamat dan baca yasin
untuk hadapi pembedahan
dua orang dari empat anaknya
yang sulong berusia 10 tahun
dan yang bongsu berusia 2 tahun

yang bongsu disahkan thalassemia major
yang sulong akan dermakan air sum sum tulang
untuk si adik
selepas ibu dan ayah tak serasi

selepas selesai bacaan yasin
si ayah buat ucapan sikit
sebak dia bila menyatakan terimakasihnya
dan hajat kenduri tu
tersekat2 dia bersuara
siisteri turut menitiskan airmata
nenek pun tak tahan sedih

ya la...
siapa tahu
apa yang ada dalam fikiran mereka
takut, bimbang, sedih,
berat mata memandang
berat lagi bahu yang memikul
ini kisah sebelum pembedahan
bagaimana pula selepas pembedahan nanti
semuanya memerlukan pengorbanan
yang bukan sedikit


Ya Allah
permudahkanlah urusan mereka
selamatkanlah anak2 mereka
berilah mereka kekuatan
mental dan fizikal
sepanjang masa
sesungguhnya
hanya Engkau pemberi segala  ujian
hanya Engkau pemberi segala kenikmatan
aamiiinn

sata vs losong



lama betul tak makan sata
taktahu la org lain panggil apa
kali terakhir nenek makan sata ni sekitar tahun 2009
tu pun masa ikut atok duduk kelantan
kelmarin atok ke kerteh
nenek kirim sata dan keropok losong

nenek kirim 2-3 cucuk je sata tu
dan keropok losong 2-3 bungkus
nenek bimbang kalau rasanya tak sama
macam yang nenek pernah makan dulu
nanti kalau tak makan
membazir pulak
lagi pun cuma nenek dan atok je
yang makan sata tu

tapi bila atok balik
tu diaaaa....
sampai 60 biji atok bawa balik sata tu
atok kata 10 biji 4 ringgit
so atok beli 20 ringgit
yang baki sata 5 ringgit tu
dah atok ratah masa kat hotel
patutla tinggal 60 biji
losong pulak atok beli 10 bungkus

tapi nenek duk ingat banyak sangat
siapalah nak makan sampai banyak tu
nenek panaskan balik sata tu
losong tu pulak nenek potong kecil
dan buh tepung sikit
goreng
padahal losong tu leh makan gitu je
sebab losong selalunya dah direbus masak
tinggal ngap je
tapi nenek tak biasa
rasa cam makan benda mentah
tu yang goreng juga
kalau tak letak tepung
harus melekatla losong tu dlm kuali
hmmm

sayangnya...atok lupa nak tengok sos
jadi losong tu dibeli tanpa kuah ori
nenek cicah ngan sos linggam je la
ok gak

dan sata tu
memang sedap
dan memenuhi citarasa nenek
atok kata driver teksi tu memang bawa
kat tempat sata paling sedap
memang terbaik
tak sedar
lepas satu...satu nenek buka makan
sedar2 dah lebih 10 biji nenek makan
kulit je besar
tapi isi sebesar ibu jari nenek ni je

dan tak sangka
maklong dan papa alif pun nak makan sama
habis 60 biji 3 kali hidang
sedap!!!!
terimakasih atok.

losong yang banyak tu
nenek bagi pada jiran 5 bungkus

ps*kat pasar pagi shah alam pun ada sata tu
tapi nenek tak berapa suka. :)

Friday 6 September 2013

depan mata...

nenek tak tahu nak kata apa
dan mengapa ini masih berlaku
jika tahap ekonomi negara
dikata stabil

rakyat sudah dibantu
dengan segala bram brim brum
nyata masih belum cukup
kerana desakan hidup yang melampau

nenek pasti mereka lakukan dengan niat
tanpa segan
malah orang boleh baca
apa yang mereka fikirkan saat itu
tanpa sedar laku mereka
nenek rakamkan

                                   di bawah topi tu la duitnya. tak tahu berapa, tapi merah.


duit yang diterima
hasil bincangan segala
mungkin bukan banyak mana pun
tapi kesan dari duit tu
mendarah daging
jadi keturunan
lahir anak2 kurang peradaban
keluarga pula berantakkan

perkara ni
buat nenek menyampah
pada mereka2 itu
tapi nenek tak pernah menafikan
tanpa mereka
boleh kelam kabut dunia ni

tolonglah...
kalau benar mereka salah
saman saja
hentikan rasuah
hapuskan duit kopi!!!

Wednesday 4 September 2013

kondangan (jemputan)


masa kenduri anak buah nenek hari tu
dengar dj duk mainkan lagu ni
sedap pulak
kalau arwah abah nenek masih ada
tentu dia asyik dendangkan lagu ni
bila kumpulan marhabannya diundang
atau sambil2 duduk dengar radio



ni nenek bagi dalam bahasa melayu
lebih kurang adanya:



ini kisah orang nak menantu
orang jawa orang melayu
saudara mara semua dijemput
jiran tetangga diminta bantu

hari sabtu kita menyembang
hari minggu kita jemputan
habis makan kita pulang
bersalaman bukan kosongan

jemputan..jemputan...jemputan

sewa khemah sewa pinggan
kerusi meja buat dudukan
khemahnya jadi payungan
tak kena panas tak kena hujan

hari sabtu kita menyembang
hari minggu kita jemputan
habis makan kita pulang
bersalaman bukan kosongan

jemputan...jemptan...jemputan...

sambil nyembang hiris bawang
ricih kacang kupas kentang
hiris daging hiris ayam
masak masak dalam wajan(kuali besar)

hari sabtu kita menyembang
hari minggu kita jemputan
habis makan kita pulang
bersalaman bukan kosongan

jemputan...jemputan...jemputan...

daun pisang dikoyak-koyak
bungkus lepat bungkus koci
dikukus dijaga api
bila masak dirasai

hari sabtu kita menyembang
hari minggu kita jemputan
habis makan kita pulang
bersalaman bukan kosongan

jemputan...jemputan...jemputan...

pengantin tiba di tengahari
diarak serta dikompang
bila berjalan berhati-hati
kelap kelip diambil gambar

hari sabtu kita menyembang
hari minggu kita jemputan
habis makan kita pulang
bersalaman bukan kosongan

jemputan...jemputan...jemputan...

waktu selingan dihiburkan (ubah sendiri)
kumpulan nasyid juga marhaban (ubah sendiri)
tahun ini terima menantu
tahun depan dapat cucu





20 sen

bagi sesetengah orang
20 sen tu mmg tak de apa sangat
tapi bagi yang pernah tengok upin ipin
10 sen pun boleh bantu orang tau
jadinya 20 sen tu memang banyak

ada org kata
bila berlaku kenaikan sesuatu
sibuk kita bercanang
tanpa fikir apa yang dah kita dapat
habis tu?.....

betul lah...
nak tak nak
kena terima saja
dah itu majority yang rakyat mahukan
tapi tengok la nanti
pelan2...
semua naik...
hal yang takde kena mengena pun
NAIK!!!

nenek tak boleh bayangkan
kenaikan tariff letrik nanti
kesian atok...

bila dah serasi...

nenek pernah cerita
tentang produk kecantikkan
yang nenek gunakan
produk tu sangat berkesan
dan sangat serasi dengan kulit nenek
cuma nenek agak terkilan
bila terkena 2 kali pembelian
isi dan kotak
tak sama tarikh luputnya
nenek hentikan beli produk tu
setelah menggunakannya
hampir lima tahun

maka nenek mencari dan mencuba
produk2 lain yang sepadan
dari harga yang lebih rendah
sampailah harga yang melebihi
dari harga produk nenek guna

malangnya....
semua tak sesuai dengan kulit nenek
dan ada yang memburukkan lagi
keadaan kulit yang dah sedia elok

jadinya...
nenek terus menggunakan
produk yang dah biasa nenek guna saja
tapi sebelum bawa balik
memang nenek suruh penjual
periksa tarikh luputnya
nenek tak mahu terkena lagi
dan nenek perlu akui
produk tu memang serasi dengan nenek
hanya produk tu buat masa ni

mas manja

entah la
nenek pun tak tahu sebenarnya
nama mangga yang sedang berbuah
di laman rumah nenek ni

tapi bila bawa balik 6 biji ke kedah hari tu
kak ipar nenek la bagitahu namanya
mas manja

inilah rupa mangga tu

dan yang ini selepas dibalut untuk peram


buahnya sebesar tapak tangan
panjang dan gemok
sebiji boleh mencapai 200-300gm

sesedap namanya
mangga ni sangat sedap bila masak
manis sesangat
tapi kalau mentah atau baru2 nak masak
tak lalu nak gigit
punyalah masam
terasa sampai ke akar gigi masamnya
orang mengandung mungkin suka la kut

raya hari tu
memang tengah nak masak dah mangga tu
nenek dah siap peram 5-6 hari
beberapa biji mangga tu
bila buat open house hari tu
nenek bagi sorang 2-3 biji bawa balik
siapa yang rasa tak cukup
kait la sendiri tambah
silat la dengan kerengga
nenek boleh bagi plastik
dan cara2 nak peram saja

sekarang masih ada lagi
mangga2 yang terlalu tinggi
tapi nampak masih belum cukup tua
untuk dikait dan peram
mungkin esok lusa
kena ambik juga mangga tu
kalau tidak
jatuh sesaja sbb angin dan hujan
sayanggg...

tiba-tiba...
nenek teringatkan teratak rindu
camanalah putik2 mangga yang lebat hari tu
dah sebesar mana agaknya


raya oh raya...

lama betul nenek tak menulis di sini
semalam tulis sikit pun
sebab nak ambil tarikh
yang istimewa buat diri nenek

raya dah dipenghujung
nenek tak cerita sangat pun
tentang raya nenek
sebab keseluruhannya
agak sama saja macam tahun2 lepas
pun begitu
kalau nak diceritakan balik pun
ada yang nenek tak ingat dah
banyak sangat ceritanya
yang pasti
raya disambut sederhana
bersama keluarga

cuma tahun ni
nenek menerima kunjungan
adik sesusu nenek
yang dah agak lama nenek tak dengar kabarnya

juga nenek dapat balik kedah
pada cuti merdeka hari tu
balik dengan atok je
balik kenduri dan beraya sekali
walau agak lambat utk beraya
suasana raya tu masih ada
malah jalan jem juga
tak selancar perjalanan masa atok kerja sana dulu
hmmm...

raya korban nanti
nenek balik kedah satu family
nak buat kenduri lagi
anak2 pun dah ambil cuti
dan harap perjalanan kami lancar nanti
in syaa allah

Tuesday 3 September 2013

selamat....

hari ni usia nenek bertambah lagi
maklong alif ucap paling awal
kemudian atok
dan pagi tadi papa dan mama alif pulak

kawan2 dan keluarga
tak lupa juga mengucapkan selamat
menerusi fb dan sms

terima kasih semua
ingatan kalian
amat istimewa buat nenek