nenek pernah cerita
tentang produk kecantikkan
yang nenek gunakan
produk tu sangat berkesan
dan sangat serasi dengan kulit nenek
cuma nenek agak terkilan
bila terkena 2 kali pembelian
isi dan kotak
tak sama tarikh luputnya
nenek hentikan beli produk tu
setelah menggunakannya
hampir lima tahun
maka nenek mencari dan mencuba
produk2 lain yang sepadan
dari harga yang lebih rendah
sampailah harga yang melebihi
dari harga produk nenek guna
malangnya....
semua tak sesuai dengan kulit nenek
dan ada yang memburukkan lagi
keadaan kulit yang dah sedia elok
jadinya...
nenek terus menggunakan
produk yang dah biasa nenek guna saja
tapi sebelum bawa balik
memang nenek suruh penjual
periksa tarikh luputnya
nenek tak mahu terkena lagi
dan nenek perlu akui
produk tu memang serasi dengan nenek
hanya produk tu buat masa ni
No comments:
Post a Comment