Wednesday 26 June 2013

tamat...

masterchef selebriti malaysia
dah pun tamat semalam
syura menang
salah seorang peserta
yang memang nenek target
boleh masuk final

tahniah syura!!
dan selamat bercuti ke london

seminggu lalu
menyaksikan pertarungan hebat
che ta, kenchana, celina dan syura
ke empat2nya hebat
punya cara tersendiri
yang bukan semua orang boleh buat
dengan tekanan masa dan bahan
menguji dlm setiap cabaran
akhirnya
nasib dan rezeki menentukan segalanya

tahniah juga kepada top 5
kamu semua bukan saja artis
yang cantik dan bergaya
tapi boleh masak juga
dan memang meletop

Tuesday 25 June 2013

ging gang guli guli wachaa...

masa nenek dalam persatuan pengakap
masa sekolah menengah dulu
lagu tu memang salah satu lagu
yang perlu dihafal
untuk sama sama nyanyi
bila ada perkhemahan
atau jemputan gathering bulanan
ke sekolah2 lain

seronoknya masa dalam pengakap dulu
masih ingat lagi gadjet yang nenek buat
dan dapat tempat pertama
masa berkhemah di kaki gunung ledang
juga masih nenek ingat
bila nenek terdengar suara askar berkawad
di tengah hutan tu
di tengah malam pulak
sedang yang lain tak dengar apa2
hmmm...


tapi nenek bukan nak cerita
pasal lagu tu atau pasal pengakap

baru sekejap tadi
nenek sms jiran bertanya kalau2 dia ada di rumah
nenek nak bagi buah tangan sikit
yang atok bawa balik
dari tanjong pandan
tak sempat nak bagi semalam

tapi dia balas sms nenek
dengan menelefon nenek
dan bertanyakan satu soalan....

"akak ada main guli ke malam tadi??"

nenek agak terkejut dengan soalan tu
tentulah tidak jawab nenek
dengan keadaan jerebu di luar rumah
apa ke jadah la pulak
nenek nak main guli?
malam2 pulak tu

terus kami sembang
dia di hospital sekarang
anaknya warded sbb talasemia
baru masuk pagi tadi
dan kami pun terus sembang lagi
pasal hal yang melibatkan mahkluk halus
jiran nenek mmg pernah cerita hal ni
masa mula2 nenek duduk sini
selalu gak dia pesan
suh hati2 dan banyakkan baca yasin
sesekali nenek pun ada dgr juga bunyi guli tu
tapi duk sangka org sebelah main saja
tak pernah nak peduli lebih pun

selesai sembang dengan jiran nenek tru phone
terus nenek tanyakan atok
kalau2 atok ada dengar bunyi org main guli malam tadi
tapi atok pun tak dengar apa2
macam nenek
atok juga pernah dengar bunyi guli tu
tapi ingat orang sebelah duk main
itu saja

petang ni
nak lawat anak jiran kat hospital
boleh la sambung lagi sembang

Monday 24 June 2013

jerebu...




sejak seminggu ni
keadaan cuaca memang tidak baik
untuk sebarang aktiviti luar
pandangan mata kasar pun amat terhad
buka2 pintu rumah je
bau habuk menerkam
terus masuk dalam hidung
sangat sangat tidak selesa

bukan setakat budak sekolah
alif juga terpaksa jalani perintah berkurung
sehingga keadaan jerebu bertambah baik
bila?
nenek pun tak tahu

setakat jam 5 petang tadi
bacaan ipu di selangor
masih melebihi 100 (171*)
tanda * tu maknanya berhabuk halus

mujur semalam
penerbangan atok lancar
dan mendarat pulang dengan selamat

pada semua
jaga kesihatan baik2
pakai topeng untuk perlindungan
kalau rasa tak selesa di hidung, tekak dan mata
segeralah berjumpa doktor
untuk pemeriksaan dan rawatan
terutama pada penduduk
yang tahap ipu nya tinggi

jangan lupa minum air masak banyak2

untuk bacaan terkini ipu
sila ke:   http://www.nre.gov.my/malay/pages/IPU.aspx

Thursday 20 June 2013

cuai...

tadi nenek ke pasaraya
tambah barang keperluan yang dah habis
selalunya
nenek peruntukkan masa
2 jam paling lama
sebab nenek dah tulis apa nak beli

masa nak bayar
nenek tengok banyak kaunter tak operasi
so nenek beratur di lane 22
di hadapan nenek ada sorang customer
perempuan cina
dalam lingkungan usia 30an
sibuk dengan pembeliannya
minta tolong cx harga
yang itu
yang ini
dah ada yang di punch
minta cancel la pulak
tapi kesemuanya jajan

bila dah habis semua barang dia dikira
tiba2 dia gelabah
mencari2 handbag dia
dia dakwa ada dalam troli
tapi sejak nenek beratur belakang dia
nenek tak nampak pun ada handbag
dalam troli tu
terus dia cepat2 pergi
ke tempat akhir sebelum dia ke kaunter bayaran
memang tak ada beg dia

masa dia patah balik ke kaunter
dia cakap la semua barang yg ada dlm beg dia
kunci kereta, handphone, kunci rumah
nenek kesian tapi tak tahu nak kata apa
customer belakang nenek offer
bagi pinjam handphone dia untuk call
mana tahu boleh trace handbag tu
malangnya...
handphone tu telahpun dimatikan
mahir betul pencuri tu

dia bagitahu nak tengok kereta dia
bimbang kalau2 pencuri larikan keretanya
tak lama lepas dia pergi
pembelinnya terpaksa dibatalkan
sebab cutomer lain dah ramai menunggu
tak tahu la apa cerita dia seterusnya

kesian dia
bagaimana kalau itu berlaku pada kita
nenek punya andaian
dia terlalu cuai
ketika di kaunter bayaran tu saja
boleh lihat sikap cuainya
tentu dia letak handbag di troli
dan leka membelek jajan tadi
kalau dia minta nak tengok cctv
dalam tempoh masa dia di sana
mungkin di boleh tahu siapa pencurinya

pada semua ibu2 dan kawan2
hati2lah
pencuri semakin mahir
mereka berada di sekeliling kita
menunggu peluang dalam kealpaan

Wednesday 19 June 2013

alif la tu

alif dah usia setahun tiga bulan
dah pandai macam2
sebut nama orang kan main lagi dia
atok, nenek, papa, mama dan mak long
tapi nak sebut nama sendiri
berbelit2 lidah dia :)
sambil senyum2

buat masa sekarang
alif suka tengok upin ipin
episod pengembala dan biri2
layan...

tapi alif masih pelukan masa
untuk scan tetamu yang datang
orang dewasa je
sbb kalau cucu2 sedara nenek datang
dia punya seronok tak kira
tak yah scan pun

kelmarin temujanji alif di kksa
waktu menunggu sangatla tak masuk akal
budak2 yang awalnya cergas main
dan seronok
jadi bosan dan mula merengek
sib baik nenek cuma teman je
mama alif la kena layan kerenah dia

alif biasalah
jumpa kawan sebaya elok la dia main
siap tegur bagai
jalan lari sana sini
jenuh kawal
tapi bila waktu jumpa nurse
terus melalak
alif la tu
bukan ada cucuk pun
cuma jumpa untuk pemeriksaan perkembangan saja
maklumlah...
lain bilik lain nurse
tak sempat nak scan
waktu terhad
haaisshhh...

keputusannya
berat alif 9.3kg
naik 1 kg
tinggi 70cm dari 72cm????
(boleh bayang tak camana kelirunya nenek)
nenek ukur kat rumah dah 75cm
nurse tu boleh cakap
salah ukur kut masa perjumpaan yang lepas
adoyaiiii...

apa2 lah
asalkan alif sihat
dan penuhi segala temujanji

temujanji seterusnya mama kata 16 sept
nenek teringat itu hari malaysia
kan cuti
patah balik pulak mahukan kepastian
diorang tukar 18 sept
hmmm...

Tuesday 18 June 2013

kongsi....

(*edit)
bila bercakap tentang kongsi
ramai yang suka @ boleh terima
kongsi niaga
kongsi mainan
kongsi makanan
kongsi idea
kongsi untung
kongsi macam2

tapi bila timbul bab kongsi suami
rasanya ramai isteri yang terkedu seketika
kkdg hati kata cam ok je
tapi hati juga yang soal...boleh ke?

nenek tak bantah hukum Tuhan
bila usia dah macam nenek ni
nenek sedar manfaatnya hukum Tuhan tu
cuma sikap tipikal perempuan
biasalah...susah nak terima

kongsi suami ni bukan sesuatu yang main2
dan si pelaksana tu
kenalah faham bebenar ttg hal ni dulu
jangan suruh orang redha
dan terima saja qada dan qadar tuhan
kalau diri sendiri pun belum ikhlas
menerima sesuatu ujian
dan jangan bila nak nikah je
sesedap mulut kata itu ikut sunnah Nabi
tapi amalan harian
tak pula ikut sunnah

peliknya mereka boleh kata
"you nak ke i terus buat maksiat?"

masyaAllah...
awak dah dewasa
awaklah masing2 perlu kawal diri
sedar kedudukkan masing2
kenapa perlu sampai keluar kata2 seperti itu
sedang isteri sedia ada kadang2 tersepit
dalam situasi
yang jaaaaaarang sangat orang boleh faham
apalagi bila pelaksana mohon dirahsiakan hal tu
dari pengetahuan ahli keluarga lainnya
baik anak2 atau adik beradik

nenek dikelilingi
mereka2 yang hidup berkongsi ni
99% darinya mengecewakan
1% peratus yg ok tu pun
sebab si pelaksana memang banyak duit
keperluan rumahtangga ni sebut saja nak apa
pembantu rumah sampai dua orang disediakan
walau bab yg lainnya hampeh juga

ada juga kes yang minta izin macam budak2
macam esok sudah tiada
isteri sedia ada hanya mampu turut
mahkamah lulus
seronok dia dapat nikah
elok sebulan lepas nikah tu
isteri baru selamat lahirkan bayi
kira lahir berbapa la bayi tu
walau tak ber bin @ binti kan atas namanya
si pelaksana fikirkan mungkin masalah selesai
dah sah pun nikah
tapi sebenarnya
masalah kemudian2nya
lebih banyak lagi
yang dia tak pernah mahu fikirkan sebelum ni

di mana rahmatnya dalam perkongsian tu?
di mana manisnya dalam bermadu?
nenek suka dengan kata2 ni
"kalau mula pun tak cantik........"
(sambung sendiri)

sebenarnya...
nenek cuma teringat pada seseorang
yang sedang alami masalah kongsi ni
kongsi duduk serumah pulak lagi
hmmmm...
semoga dia tabah hati selalu
dan teruskan hidup walau apapun berlaku

Thursday 13 June 2013

berat...oh berat...

al-kisahnya....
berlumba-lumba lah sekarang
atok dan nenek saing
nak turunkan berat badan

adoiiiyaiiii....

nenek pun heran
makin sibuk jaga cucu
badan makin menjadi pulak naiknya
nak kata makan banyak sangat tu
tidak juga
tapi memang selera masih ok
semua pantang nampak :)
atau mungkin jadual makan
yang tak teratur
selain pengambilan makan lewat malam

tapi bila dah rasa terganggu
dengan segala pergerakan
nenek dan atok cadang
turunkan juga berat badan ni
in syaa Allah

buat permulaan...
nak pastikan ada penurunan
dengan sekadar jalan2 dan jogging




Saturday 8 June 2013

betul juga...

sekarang
tengah sibuk anak2 melapor diri
di ipta atau pusat matrikulasi
yang menerima tawaran ke luar negara
tak kurang sibuknya
buat persiapan
melapor diri ke pusat persediaan

anak buah atok
juga dapat beberapa tawaran
dapat result "cemerlang" masa spm hari tu
mara, kerajaan negeri
sayangnya
semua tawaran
tak seperti yang dia inginkan

dia harap sangat dapat ke jordan
tapi mara taja ke australia
tentulah mara dah bagi yang terbaik
kalau ikut logik
kata atok
kursus yang anak buah dia nak tu
memang ke australia la lebih baik
malah malaysia sendiri pun hebat
lahirkan mahasiswa bidang tersebut
tapi tak nak
nak ke jordan juga

sayang sangat
sebab bukan senang nak dapat tawaran mara
minta nenek cuba juga call mara
untuk tukar tawaran ke jordan
(macam la nenek ada power :p)
eh....nenek call kan juga tau
manalah tahu kan...rezeki dia
malangnya kuota memang dah penuh ke jordan
tu yang dapat ke australia

tawaran kerajaan negeri pulak
memang ke jordan
tapi bukan bidang yang dia nak
dan tawaran hanya tempat
kos belajar tanggung sendiri
(nenek pun kurang faham yang ni)

ada juga call ikip
menjanjikan sambung belajar ke jordan
tapi buat dulu di ikip 2 tahun
tanpa surat tawaran apa semua
kalau nak datang daftar
sebut saja nama ustaz yang terima call tu
??????
tapi begitulah kata ceritanya

tawaran uia
juga bukan jurusan yang di mahu
tapi atok suruh terima tawaran tu
masuk dulu pusat asasi uia tu
dengan harapan
dia buka hati utk terus belajar
dan sambung ke jordan
esok2...(mb smbg master atau apapun)
nanti yang dikejar tak dapat
yang dikendong berciciran

awalnya nenek teruja sangat
bila anak buah atok sebut nak ke jordan
kan ramai alim ulama lahir dari sana
bumi para anbiya
tapi bila dengar atok cakap
"cemerlang" dia tu
tahap malaysia
(tanpa niat merendahkan kebolehan anak buahnya)
kata atok kementerian dah turunkan graf
sebab tu ramai boleh lulus
tapi standard terpakai dlm malaysia je
bila keluar negara tak leh bawa cemerlang tu
kalau semua a++ ok la
tapi a biasa saja
camana nak hadapi dunia baru
yang lebih mencabar lagi?
ada betulnya juga

anak buah atok ni lelaki
tapi masih belum matang
masih banyak bergantung pada mak
masa duduk asrama kat kelang ni pun(form 4-form5)
asyik harap mak (yang duk di utara)
entah berapa kali balik cuti mengejut @ sendiri
diluar waktu cuti persekolahan
agak sukar kalau sikapnya masih begitu
selain sikap suka "berada-ada"
mak bank-in duit selalu
itu yang nenek diberitahu

nenek ok je melayan sebab nenek rapat ngan dia
(esp lepas dapat arahan dari kakak ipar)
nenek pun pernah ada anak duk asrama
sejak form one
perempuan lak tu
tapi tak la "merap" gini
(kredit buat maklong alif)
tu yang atok melarang nenek melayan lagi
sebarang kerenah anak buah atok tu
selain nenek dah makin sibuk dengan alif

aduhai...
kat sini boleh lagi la nak manja2
terkejut tergempar
boleh balik naik bas
atau mak datang jenguk
kalau dah ke jordan nanti macamana?
memikirkan tukaran dirham saja
boleh buat pening kepala
lebih tinggi dari us dollar tu

betul la dia akan dewasa sendiri
sementara ramai senior kat sana katanya
tapi sementara nak cerdik
harus juga la beringat

kalau dia masuk uia nanti
tapi hati masih nak ke jordan
nenek sangat bimbang
dia terlalu frust
dia tak fokus belajar
nanti pointer ke mana
sambung belajar pun entah ke mana
hmmm

nenek harap dan berdoa
dia teruskan belajar walau apapun
dan niat nak belajar di bumi jordan
in syaa allah
satu hari nanti akan sampai juga





Sunday 2 June 2013

masak-masak

hari ini
nenek ikut rombongan bertandang
ke ampang
atok tak ikut

balik dari kenduri
atok bagitahu ada kawan nak datang
nak buat keje sama2
kepala nenek dah ligat
duk fikir nak jamu apa
atok pulak tak kesah
sib baik cuti
alif ada orang jaga tengok

so nenek main masak-masak le jadinya
ambik kunci kereta terus gi kedai
beli cendawan tiram sepeket besar
beli jagung 2 tongkol

balik dari kedai
terus carik2 cendawan
tabur tepung jagung dan tepung gandum
tabur garam
gaul dan ketepikan

jagung nenek perisi
buh air dan santan
sedikit perasa pandan
gula dan garam
masak jadi bubur
jagung dah empuk
nenek tambah tepung jagung bagi pekat

bila atok bagi signal kata kawan dah on the way
nenek terus panaskan minyak
dan goreng cendawan jadi keropok garing
bancuh kopi dan teh tarik

silakan........
atok nampak puas hati
dua kali juga hidang cendawan...licin
tak sangka diorang suka

tapi keje sampai ke mahgrib tak siap2
nampak gaya cam tak leh habis
sebelum isyak
atok bagi signal lagi

hmm...
nenek memang tak masak nasi pun hari ni
tapi nenek cadang buat nasi goreng je
so...ligat la pesiap
bahan nak buat nasi goreng
bawang dan cili kisar semua dah ada

mula masak nasi 2 pot
pastu buat telor dadar...gulong...ketepikan
siang ayam...hiris nipis2
potong sawi
potong dadu sosej kecik2

bila nasi masak
nenek uraikan nasi dulu
bahagi dua

satu bahagian
untuk nasi goreng ayam + sawi dan berkicap
nenek perasakan ayam dengan garam
kemudian goreng agak garing...ketepikan
tumis bawang dan cili
pastu gaul dengan ayam sekali
masuk kicap dan sawi
tambah nasi
tabur bawang goreng
tambahkan lagi rasa yang perlu

satu bahagian lagi
nasi goreng cina + sosej
goreng dadu sosej sampai kembang
tumis bawang putih
campur telor sebiji
campur lada hitam + cili padi potong
masuk nasi dan gaul sebati
tambahkan juga lagi rasa yang perlu

sebelum hidang
hiris telor dadar
dan tabur diatasnya

bancuh air markisa la pulak
silakan....
simple2 je