Saturday, 8 June 2013

betul juga...

sekarang
tengah sibuk anak2 melapor diri
di ipta atau pusat matrikulasi
yang menerima tawaran ke luar negara
tak kurang sibuknya
buat persiapan
melapor diri ke pusat persediaan

anak buah atok
juga dapat beberapa tawaran
dapat result "cemerlang" masa spm hari tu
mara, kerajaan negeri
sayangnya
semua tawaran
tak seperti yang dia inginkan

dia harap sangat dapat ke jordan
tapi mara taja ke australia
tentulah mara dah bagi yang terbaik
kalau ikut logik
kata atok
kursus yang anak buah dia nak tu
memang ke australia la lebih baik
malah malaysia sendiri pun hebat
lahirkan mahasiswa bidang tersebut
tapi tak nak
nak ke jordan juga

sayang sangat
sebab bukan senang nak dapat tawaran mara
minta nenek cuba juga call mara
untuk tukar tawaran ke jordan
(macam la nenek ada power :p)
eh....nenek call kan juga tau
manalah tahu kan...rezeki dia
malangnya kuota memang dah penuh ke jordan
tu yang dapat ke australia

tawaran kerajaan negeri pulak
memang ke jordan
tapi bukan bidang yang dia nak
dan tawaran hanya tempat
kos belajar tanggung sendiri
(nenek pun kurang faham yang ni)

ada juga call ikip
menjanjikan sambung belajar ke jordan
tapi buat dulu di ikip 2 tahun
tanpa surat tawaran apa semua
kalau nak datang daftar
sebut saja nama ustaz yang terima call tu
??????
tapi begitulah kata ceritanya

tawaran uia
juga bukan jurusan yang di mahu
tapi atok suruh terima tawaran tu
masuk dulu pusat asasi uia tu
dengan harapan
dia buka hati utk terus belajar
dan sambung ke jordan
esok2...(mb smbg master atau apapun)
nanti yang dikejar tak dapat
yang dikendong berciciran

awalnya nenek teruja sangat
bila anak buah atok sebut nak ke jordan
kan ramai alim ulama lahir dari sana
bumi para anbiya
tapi bila dengar atok cakap
"cemerlang" dia tu
tahap malaysia
(tanpa niat merendahkan kebolehan anak buahnya)
kata atok kementerian dah turunkan graf
sebab tu ramai boleh lulus
tapi standard terpakai dlm malaysia je
bila keluar negara tak leh bawa cemerlang tu
kalau semua a++ ok la
tapi a biasa saja
camana nak hadapi dunia baru
yang lebih mencabar lagi?
ada betulnya juga

anak buah atok ni lelaki
tapi masih belum matang
masih banyak bergantung pada mak
masa duduk asrama kat kelang ni pun(form 4-form5)
asyik harap mak (yang duk di utara)
entah berapa kali balik cuti mengejut @ sendiri
diluar waktu cuti persekolahan
agak sukar kalau sikapnya masih begitu
selain sikap suka "berada-ada"
mak bank-in duit selalu
itu yang nenek diberitahu

nenek ok je melayan sebab nenek rapat ngan dia
(esp lepas dapat arahan dari kakak ipar)
nenek pun pernah ada anak duk asrama
sejak form one
perempuan lak tu
tapi tak la "merap" gini
(kredit buat maklong alif)
tu yang atok melarang nenek melayan lagi
sebarang kerenah anak buah atok tu
selain nenek dah makin sibuk dengan alif

aduhai...
kat sini boleh lagi la nak manja2
terkejut tergempar
boleh balik naik bas
atau mak datang jenguk
kalau dah ke jordan nanti macamana?
memikirkan tukaran dirham saja
boleh buat pening kepala
lebih tinggi dari us dollar tu

betul la dia akan dewasa sendiri
sementara ramai senior kat sana katanya
tapi sementara nak cerdik
harus juga la beringat

kalau dia masuk uia nanti
tapi hati masih nak ke jordan
nenek sangat bimbang
dia terlalu frust
dia tak fokus belajar
nanti pointer ke mana
sambung belajar pun entah ke mana
hmmm

nenek harap dan berdoa
dia teruskan belajar walau apapun
dan niat nak belajar di bumi jordan
in syaa allah
satu hari nanti akan sampai juga





No comments:

Post a Comment