Thursday 30 June 2011

kalau dilayan...



semalam ada seseorang bawa cerita pada nenek yang orang gaji boss dia sudah pecah rahsia boss. nenek tersentak. bukan sebab nenek nak tahu apa rahsia boss tu. tapi nenek rasakan itu sudah melepasi batas seorang yang digajikan untuk bekerja sebagai orang gaji.

nenek betul-betul tidak suka dengan situasi itu. dia tidak amanah. itu moralnya. kenapa dia perlu ceritakan pada orang lain akan hal bossnya? apalagi melibatkan hal peribadi. mungkin semalam yang diceritakan pada nenek, dianggap cerita biasa2 saja. tapi nenek tetap tidak boleh menerimanya. bagaimana kalau orang gaji seseorang yang menyampai cerita tu buat begitu? apa dia rasa?

bagi nenek, kalau dilayan kerenah dan perangai orang gaji ni, belanja dia minum dan layan dia bersembang, memang habis cerita majikan luar dalam diceritakan. bukan nenek memandang rendah atau buruk pada orang gaji esp dari seberang, tapi disebabkan segelintir mereka, majikan jadi porak peranda. orang pandang lekeh pada majikan. orang macam seseorang ni la yang suka bagi muka kat orang gaji macam ni. nenek tahu la sebab nenek ada pengalaman.

jadi pada seseorang tu...takyah la tanya lagi pasal boss kat orang gaji tu. atau kalau dia memang kaki suka mereport atau menyembang...cepat2 je matikan. gi buat keje kamu. takyah nak jadi reporter. kan aman!!

kalau seseorang tu terasa, nenek minta maaf la. nenek memang tak suka. nenek tak boleh tipu diri nenek. bukan nenek saja nak potong stim dia bercerita. tapi cerita tu tak perlu pun dihebahkan. so fikir-fikirkanlah.

Tuesday 28 June 2011

semoga cepat sembuh..



semalam nenek dapat tahu cucu kawan nenek yang berusia 6 tahun, sedang jalani pembedahan memanjangkan ususnya. cucu kawan nenek memang seorang budak lelaki yang kuat. sejak bayi dia telah pamerkan semangat ingin hidupnya yang luar biasa. berkat kesabaran dan ketabahan kedua ibubapanya dan juga kedua datok neneknya yang selalu memberi semangat dan kekuatan. 

nenek tidak mahu ganggu kawan nenek tu sehinggalah cucunya kembali sihat seperti biasa. semoga cepat sembuh ya cu.

Saturday 25 June 2011

kenduri...



petang tadi nenek menghadiri majlis walimah adik kawan nenek di kuala lumpur. nenek pergi sendiri saja. atoknya tak mahu meneman. malas redah jem di kuala lumpur katanya. nenek pandu sendiri sajalah ke tempat majlis sebab dah janji nak gather dengan kawan-kawan sekolah rendah dulu. alhamdulillah...nenek sampai dengan selamat walaupun memang jem gile. alhamdulillah makannya sedap.

tak lama lepas nenek sampai dan sedang menikmati makanan, kawan sekolah yang pernah hadir majlis walimah anak nenek hari tu pun datang. nenek layan makanan nenek dulu kemudian nenek beralih ke meja kawan nenek. sempat juga kami berbual tentang hal semasa sekarang dan kenangan dulu-dulu.

sebelum balik, nenek bergambar kenangan bersama kawan-kawan nenek dan pengantin. insyaAllah di lain ketika kita jumpa lagi.

Wednesday 22 June 2011

kuih cara manis...

pertama kali buat kuih cara manis ni. menjadi la pulak. cuma nenek kurang sabar mungkin. adunan yang nenek buat menghasilkan lebih 20 biji. tapi agak liat. takpe la...pertama kali membuatnya. insyaAllah kalau sering-sering buat, tentu akan menghasilkan kuih cara yang terbaik!!! :)


layannn..


nenek sedang layan KCB2(ketika cinta bertasbih 2) yang sedang ditayangkan di saluran TV Al Hijrah. memang nenek sedang menunggu cerita ni ditayangkan. tentu lebih menarik dari bukunya. sayang nenek terlepas nonton KCB1 yang ditayangkan selasa lepas. 

jom layan KCB. 

*ditulis ketika KCB2 ditayangkan. tapi atas sebab apa ntah...computer meragam. baru hari ni leh publish. :)

Tuesday 21 June 2011

di manakah dikau??




hehe...tajuk je lebih tu.


entah ke mana perginya tuan milik kerusi pengantin yang nenek sewa ni. dah lebih dua minggu kerusi dan barang2 sewa lainnya masih ada di rumah nenek. nak dihantarkan ke kedainya...masih lagi bertutup rapat. dihubungi tuannya, kata nak datang ambik jumaat lepas. tapi tidaklah nampak lagi batang hidungmu. takde orang nak sewa lagi ke? perabot rumah nenek ni sudahlah padat menyesak. takkan nak letak luar saja. kalau rosak dah sepasal. kut hilang lagi haru. bimbang juga simpan barang orang lama-lama macam ni.

ayuhai tuan empunya...di manakah tuanhamba? apakah yang sudah terjadi agaknya?

aduan...



pagi tadi, nenek terima sms dari seorang sahabat lama. ada dia menceritakan tentang satu kes yang sedang dihadapinya sekarang. dia sudah sedaya membantu, tetapi dia juga meminta pandangan nenek tentang kes tersebut.

keganasan rumahtangga. itu kes pokoknya. tetapi si mangsa tidak mahu membuat aduan ke pihak yang bertanggungjawab lantaran masih sayang kepada si pelaku. anak-anak? apakah mereka perlu menerima saja segala takdir yang berlaku tanpa sebarang pembelaan?

aduhai...nenek mohon sangat kepada si mangsa. buatlah aduan hitam putih. beranilah kerana benar. kalau kita jujur, insyaAllah, jalan penyelesaian akan ada. semakin jauh kita lari, semakin susah kita jadinya. malah melibatkan anak-anak juga.

nenek sekadar mampu mendengar. nenek pun sudah tiada apa2 kuasa untuk digunakan selain bantu mencarikan saluran yang benar untuk melancarkan bantuan. itu sahaja. nenek harap si mangsa dapat memikirkan kebaikan untuk anak-anak dalam masa yang terdekat ini.

Wednesday 15 June 2011

kabare??



sudah lebih dua minggu, nenek tidak menerima sebarang berita dari kawan baik nenek. selalunya dia akan hantar juga sms atau mesej pendek di email yahoo nenek. tetapi ini senyap saja.

sebulan lepas dia dimasukkan ke wad kerana diabetes tu. kemudian dibenarkan keluar. kemudian masuk semula. tapi tidaklah nenek tahu keadaannya sekarang. telah nenek cuba menjenguk di laman facebook nya, tetapi tiada update terbaru. hati nenek sudah tertanya....bagaimana keadaan dirinya sekarang? kabare waras po?


nenek doakan dia cepat sembuh dan baik baik saja. kirimkanlah berita walau sepatah ayat.

dah selamat...


sedang nenek berehat sambil merenung kain ela yang hendak dipotong untuk buat baju, ada satu panggilan masuk. nenek kenal pemanggilnya. dengan mesra nenek menjawab.

"minta maaflah akak tak dapat pergi kenduri hari tu. sibuk la ha. ke sana ke sini, ngejarkan itu, ini. bla...bla...bla..." gitu la serba ringkasnya suara dari pemanggil.


aduhai...apalah nak diminta maafkan. nenek pun faham keadaan dan kepayahan orang lain. tidak hadir bukan beerti mereka tidak mengingati. hanya sekadar keadaan tidak mengizinkan selain tiada rezeki untuk bertemu. tak mengapa. nenek sedia faham. kenduri pun sudah selamat dan lancar dijalankan. alhamdulillah. insyaAllah...lain ketika dan kesempatan kita berjumpa pula. terimakasih atas ingatan.

Thursday 9 June 2011

lega...



setelah nenek sepi dari meng'update' blog kerana sibuk dgn urusan kenduri, mulai hari ini nenek akan mula menulis kembali.
nenek lega kiranya semua urusan kenduri telah selamat berlangsung dengan lancar. walaupun ada satu dua insiden yang berlaku tanpa dijangka.

terimakasih pada keluarga, saudaramara, jiran tetangga, teman dan kenalan yang sudi hadir memeriahkan majlis itu. tak lupa ucapan terimakasih teramat sangat pada atoknya yang bertungkuslumus sejak awal.segala sumbangan tenaga dan yang lain lain, hanya Allah yang mampu membalasnya.
nenek bersyukur, anak dan menantu nenek telah selamat diijabkabulkan dalam majlis yang sederhana tetapi meriah. alhamdulillah. semoga rumahtangga mereka kekal bahagia dan dirahmati Allah selalu. :)