Monday 26 September 2011

hari lahir

bulan september adalah hari lahir nenek
nak sambut juga walaupun sekadar doa
tahun ni nenek dapat durian runtuh
atok bermurah hati memberi nenek cash money
yang jumlahnya amatlah banyak
pada nenek la.


tapi cam biasa...
nenek bukan reti nak buat apa
dengan cash sebanyak itu
dan nenek menambah saja dalam tabungan
selain belanja keperluan harian


TERIMAKASIH ATOKNYA!!!
I LOVE YOU!! :)

cantik...

nenek suka sangat dengan bauan BEAUTIFUL
dari estee lauder
terasa cantik dan segar
muahahaha...


dua tahun sekali tentu nenek beli
yang 100ml parfum spray
bukan pakai banyak pun
spray kat pergelangan tangan dan terus sapu merata
baunya memang kekal la kat situ


sebelum pakai bauan tu
nenek suka pada bauan Navy
tak tahu pulak keluaran apa
atoknya pernah belikan untuk nenek
masa ke US 20 tahun dulu.
bila ke US lagi,
atok selalu kata dah tak jumpa Navy tu.
terima sajalah.
lepas tu nenek pakai bauan biasa2 saja
dari satu jenama ke jenama lain
sebelum bertukar terus ke estee lauder.

panas perut

aduhai...inilah akibat bila makan makanan yg terlalu pedas.
nenek sendiri yang masak
tapi sejak dua menjak ni...
perut tua nenek dah tak boleh nak terima sangat makanan pedas
kesannya...perut memulas dan terasa panas.
tapi kalau tak pedas
tak sedap pulak
hmmmmmmm.....

Saturday 17 September 2011

raya....

seperti raya yang sudah sudah...nenek buat persiapan sesederhana mungkin.
nenek memang tidak berminat untuk buat kuih atau jahit langsir lagi.
buat baju lagi la nenek tak buat dah.
tapi...disebabkan ada kain dan kawan kawan minta tolong,
terpaksalah menjahit juga tahun ini seadanya.

alhamdulillah, tahun ini puasa nenek lancar.
tiada cuti.
bonus betul!!
masuk tahun ni, dah dua kali nenek puasa penuh.

tiga hari sebelum raya,
nenek dah mula ke pasar dan membeli keperluan hidangan raya.
bertemankan atoknya, nenek membeli segala barang yang telah disenarai awal.
dan tentunya, termasuk barang yang tiada dalam senarai sekali. :)
biasa la tu.
nasib baik, semua barang termasuk dalam budget.

dua hari sebelum raya,
nampak atoknya macam tak sihat...demam dan dehydrated
makan ubat tapi tiada perubahan.
nenek bawa atoknya ke klinik berhampiran.
puan doktor tu menyarankan atoknya menjalani pemeriksaan lanjutan di hospital
kemungkinan demam denggi katanya.
uisshhhhh....doktor ni...
jangan la...kan nak raya.

satu hari sebelum raya,
atok semakin tak tahan.
cirit birit dan muntah seperti tidak mahu berhenti.
atok minta nenek tolong bawakan ke DEMC...
hanya itu pilihan yang ada kerana dekat dengan rumah
dan tidak perlu terlibat dalam kesesakkan lalu lintas.

jam 12 kami sampai di DEMC.
bila tiba giliran atok, terus atok dicucuk masuk air.
memang keadaan atok dah teruk sangat.
satu botol drip tu dalam masa 15 minit dah habis.
baru atok rasa lega katanya.

tapi tidak cukup dengan satu botol.
atok perlukan sekurang kurangnya 6-7 botol drip lagi.
dan atok tiada pilihan kecuali perlu bermalam di hospital.
nenek call anak anak, dan beritahu keadaan atok
dan yang lebih penting, nenek pesan kat anak anak dan menantu...
tidak perlu sibuk sibuk di dapur untuk persiapan raya.
biarkan saja semuanya.
kalau atok dah sihat sikit esok, baru kita masak masak.
maka bertakbirlah kami di hospital pada malam raya.

tahun ini...
satu sejarah dan tidak dipinta.
kesian anak anak dan menantu nenek.
kalian juga terpaksa beraya di hospital juga.
petang raya ke dua,
baru atoknya discaj dari DEMC.
terimakasih kepada semua staff yang terlibat di DEMC. 

berita gembira

awal bulan lalu, nenek dapat berita gembira.
kalau diizinkan Allah, hujung bulan mac atau awal april tahun hadapan,
nenek akan dikurniakan cucu sulung.
cucu nenek sendiri.
sebelum ni tumpang cucu sedara saja.
tak tahu nak nyatakan perasaan nenek.
ada gembira, bimbang dan sangat teruja.
manakan tidak...sudah lama rumah nenek sunyi dari gelak tangis anak kecil.
atoknya memang nampak lebih teruja.
malah siap menerka jantina bakal cucunya.
wah!!...sabar atok.
insyaAllah...semoga dipermudahkan segalanya. aminnn..

sambung...

sudah agak lama blog ini terbiar tanpa update.
bukan tiada cerita yang mahu dikongsi, tetapi tiada luang untuk menulis.
selain jemari menjadi kaku setiap kali aksara mula ditekan satu persatu.
argghhhhhh....ada ada saja halangannya.

bagaimana pun, keadaan nenek dan family alhamdulillah.
kami semua baik baik sahaja adanya.

hari ini, nenek berada di teratak rindu.
nenek datang semalam dan bercadang untuk dua malam di sini.
bagai dijangka...
teratak rindu menghutan semula.
rumput rampai dan tumbuhan renek sudah semakin menyemak.
daun pandan, terung pipit, serai dan pokok kari, tumbuh menggila.
belum lagi pokok ceri yang tumbuh subur tanpa dibaja.
aduhai....

dengan sekuat tenaga dan kederat,
nenek kerjakan dulu semak samun tu.
sempat membakar sampah segala.
alhamdulillah...semua settle by maghrib.

hari ini,
kerjakan pokok ceri yang dahannya semakin menjulur ke luar
dan mengganggu laluan kenderaan.
petang sikit nanti, akan nenek bakar juga
InsyaAllah.

Tuesday 26 July 2011

kisah 4


seorang lelaki baru pulang dari temujanji pemeriksaan doktor. ujian elektrocardiogram menunjukkan dia sihat. tetapi berat badannya sudah bertambah. bacaan tekanan darah juga sudah di sempadan bahaya. doktor menyatakan tekanan darah berlaku hasil dari gaya hidup seharian seseorang. ianya boleh dikawal. maka dia dinasihatkan untuk kurangkan garam dalam makanan. lebihkan sayuran dan lakukan senaman. doktor juga menyarankan dia melakukan ujian tekanan darah setiap minggu untuk memantau bacaan tekanan darahnya.

"i lapar..." dengan muka mengharap simpati dia menyatakan keadaannya pada jam 12 tengahmalam sehari selepas pemeriksaan doktor. 

cuba minum air kosong atau susu kemudian masuk tidur, tentu hilang rasa lapar tu. kadang-kadang kita keliru antara rasa lapar makanan dan lapar air. kalau tidur dalam keadaan perut penuh pun tak selesa malah memudaratkan.

Sunday 24 July 2011

kisah 3


di sebuah pasaraya kos sederhana yang tidak begitu ramai pelanggan. beberapa orang wanita membelek, menekan, memicit, memegang dan mencongak benda-benda yang ingin dibeli. setiap sayur bendi yang dipegang, dipatahkan hujungnya demi untuk mencari yang muda, rangup dan terbaik untuk keluarga. meninggalkan bekas-bekas patahan sayur bendi yang mungkin tidak akan laku lagi untuk dijual.

di hujung sudut bahagian pasaraya, seronok melihat sepasang suami isteri datang membeli belah barang keperluan untuk keluarga. seketika keseronokkan itu rasa tercalar bila si suami dengan keras suara menegah si isteri membeli barang yang dirasakan perlu. dengan tersipu, si isteri menurut saja.

di kaunter pembayaran, sudah berderet pelanggan yang menanti giliran. eh...ada lagi yang terlupa ditimbang. kalau prihatin dengan kesilapan sendiri dan pelanggan yang sudah berderet di belakang, kira saja yang mana ada dulu. kemudian nanti baru timbang dan beratur semula. itu adapnya.

Thursday 14 July 2011

kisah 2


......Tuhan tolong nyatakanlah........padanya tentang cinta.....apakah masih diriku diperlukan.......


comel betul mendengarkan lagu HafizAF itu didendangkan oleh anak-anak jiran nenek ketika mereka menanti bas sekolah datang. jelas bunyinya. teratur liriknya. "pitching" betul. tak sumbang pun. lebih bagus dari budak-budak reality program. :p mungkin mereka dalam tahun 2 atau 3. keletah mereka yang asyik mengulang-ngulang ayat yang sama, begitu menghiburkan. sesekali terdengar suara si ibu atau si bibik mengarahkan untuk merendahkan suara dan tidak berbuat bising, tetapi itulah anak-anak. diamnya sekejap...kemudian ulang lagi...dan lagi...dan lagi...sehingga bas sekolah hilang di hujung selekoh.

Wednesday 13 July 2011

kisah 1


seorang pesara dengan bangganya meluahkan rasa bahagia kerana dapat bekerja sebagai pembantu pam di sebuah stesyen minyak. anak dan isterinya sangat membantah kerana pekerjaan itu tidak sesuai untuk seorang pesara yang pernah berjawatan pengetua di salah sebuah sekolah tinggi. selain malu, mereka menyatakan itu merendahkan air muka mereka kepada semua orang yang mengenali mereka dipersekitaran stesyen minyak itu. 

"lebih baik berehat saja di rumah. apalah bahagianya bila bekerja sebagai seorang pam minyak?" kata isterinya dengan nada menyindir.

"setiap orang mempunyai maksud bahagia yang berbeza..."

sambil tersenyum lelaki tersebut membalas dan kelihatan masih tegas dengan pendiriannya.

-sketsa dari sebuah drama korea

Thursday 7 July 2011

tolong kawan



semalam nenek dikunjungi seorang kawan bersama suaminya. tujuan hadir adalah untuk ambil barang. tapi sudahnya jadi agenda berjual beli bila suami kawan tu mula membuat demo akan barang2 yang sedang dijualnya. hmmm.....

nenek tidaklah marah kehadiran kawan nenek dengan suaminya itu. tetapi nenek telah beritahu yang nenek kurang berminat dengan barangan yang dijual. disebabkan tidak pandai nak berkeras dan berkata tidak, sangkut juga nenek dengan 3 barangan. rm200 juga duit nenek terbang. aduhaiii.

entah la...payah nak cakap bila bersangkut dengan kawan. sedangkan bila kita susah, entah kawan ni nak datang bantu atau tidak. tu yang selalu atoknya pesan. dua bulan nampaknya elaun nenek sangkut. :(

Tuesday 5 July 2011

gulai ikan patin






pertama kali nenek buat gulai tempoyak ikan patin. alhamdulillah jadi. sebenarnya bukan tak mahu buat, tapi tak de 'gu' nak makan. since anak menantu orang temerloh yang terkenal dengan ikan patinnya, nenek pun saja la masak gulai ni. untuk atoknya dan anak2 yg lain, nenek buatkan ikan patin garing masak kicap pedas2. baru lah diorang makan ikan patin ni. apapun...jom makan!!  (sekali lagi...gambar tu bukan gulai ikan patin nenek. nenek ambik dari internet saja)

Sunday 3 July 2011

baby adra...



semalam baru dapat menjenguk baby adra. baby jiran sebelah rumah nenek. sejak lahir sampai habis pantang dia di kampung. jadi semalam lah baru nenek dapat melawat dia. ucapan pertama yang keluar dari mulut nenek adalah "comey nyerr". memang dia comel. baby mana pun kalau masih dibawah usia 4 tahun memang comel2. bila dah sekolah dah pandai berkawan dia jadi lain sikit. hehe...

sayangnya baby adra ada kuning. menurut kata ibunya, ketika lahir adra ada masalah jantung. tapi masalah jantung tu hilang by time dala pantang. sekarang timbul masalah hati la pulak. hatinya besar. itu menurut kata ibu adra. masyaAllah. kesian pulak nenek dengar. macam2 penyakit baby nowdays. jadinya...ibu ayah baby adra sedang berusaha dan berikhtiar membawa adra membuat rawatan sana sini. cara tradisional dan moden.

dengan keadaan ibu adra yang berkerja...mungkin agak menganggu perjalanan rutin harian ibunya. apapun nenek doakan yang terbaik juga buat baby adra dan keluarganya. semoga adra membesar menjadi anak yang solehah dan cerdik serta sihat selalu hendaknya. aminn.

Thursday 30 June 2011

kalau dilayan...



semalam ada seseorang bawa cerita pada nenek yang orang gaji boss dia sudah pecah rahsia boss. nenek tersentak. bukan sebab nenek nak tahu apa rahsia boss tu. tapi nenek rasakan itu sudah melepasi batas seorang yang digajikan untuk bekerja sebagai orang gaji.

nenek betul-betul tidak suka dengan situasi itu. dia tidak amanah. itu moralnya. kenapa dia perlu ceritakan pada orang lain akan hal bossnya? apalagi melibatkan hal peribadi. mungkin semalam yang diceritakan pada nenek, dianggap cerita biasa2 saja. tapi nenek tetap tidak boleh menerimanya. bagaimana kalau orang gaji seseorang yang menyampai cerita tu buat begitu? apa dia rasa?

bagi nenek, kalau dilayan kerenah dan perangai orang gaji ni, belanja dia minum dan layan dia bersembang, memang habis cerita majikan luar dalam diceritakan. bukan nenek memandang rendah atau buruk pada orang gaji esp dari seberang, tapi disebabkan segelintir mereka, majikan jadi porak peranda. orang pandang lekeh pada majikan. orang macam seseorang ni la yang suka bagi muka kat orang gaji macam ni. nenek tahu la sebab nenek ada pengalaman.

jadi pada seseorang tu...takyah la tanya lagi pasal boss kat orang gaji tu. atau kalau dia memang kaki suka mereport atau menyembang...cepat2 je matikan. gi buat keje kamu. takyah nak jadi reporter. kan aman!!

kalau seseorang tu terasa, nenek minta maaf la. nenek memang tak suka. nenek tak boleh tipu diri nenek. bukan nenek saja nak potong stim dia bercerita. tapi cerita tu tak perlu pun dihebahkan. so fikir-fikirkanlah.

Tuesday 28 June 2011

semoga cepat sembuh..



semalam nenek dapat tahu cucu kawan nenek yang berusia 6 tahun, sedang jalani pembedahan memanjangkan ususnya. cucu kawan nenek memang seorang budak lelaki yang kuat. sejak bayi dia telah pamerkan semangat ingin hidupnya yang luar biasa. berkat kesabaran dan ketabahan kedua ibubapanya dan juga kedua datok neneknya yang selalu memberi semangat dan kekuatan. 

nenek tidak mahu ganggu kawan nenek tu sehinggalah cucunya kembali sihat seperti biasa. semoga cepat sembuh ya cu.

Saturday 25 June 2011

kenduri...



petang tadi nenek menghadiri majlis walimah adik kawan nenek di kuala lumpur. nenek pergi sendiri saja. atoknya tak mahu meneman. malas redah jem di kuala lumpur katanya. nenek pandu sendiri sajalah ke tempat majlis sebab dah janji nak gather dengan kawan-kawan sekolah rendah dulu. alhamdulillah...nenek sampai dengan selamat walaupun memang jem gile. alhamdulillah makannya sedap.

tak lama lepas nenek sampai dan sedang menikmati makanan, kawan sekolah yang pernah hadir majlis walimah anak nenek hari tu pun datang. nenek layan makanan nenek dulu kemudian nenek beralih ke meja kawan nenek. sempat juga kami berbual tentang hal semasa sekarang dan kenangan dulu-dulu.

sebelum balik, nenek bergambar kenangan bersama kawan-kawan nenek dan pengantin. insyaAllah di lain ketika kita jumpa lagi.

Wednesday 22 June 2011

kuih cara manis...

pertama kali buat kuih cara manis ni. menjadi la pulak. cuma nenek kurang sabar mungkin. adunan yang nenek buat menghasilkan lebih 20 biji. tapi agak liat. takpe la...pertama kali membuatnya. insyaAllah kalau sering-sering buat, tentu akan menghasilkan kuih cara yang terbaik!!! :)


layannn..


nenek sedang layan KCB2(ketika cinta bertasbih 2) yang sedang ditayangkan di saluran TV Al Hijrah. memang nenek sedang menunggu cerita ni ditayangkan. tentu lebih menarik dari bukunya. sayang nenek terlepas nonton KCB1 yang ditayangkan selasa lepas. 

jom layan KCB. 

*ditulis ketika KCB2 ditayangkan. tapi atas sebab apa ntah...computer meragam. baru hari ni leh publish. :)

Tuesday 21 June 2011

di manakah dikau??




hehe...tajuk je lebih tu.


entah ke mana perginya tuan milik kerusi pengantin yang nenek sewa ni. dah lebih dua minggu kerusi dan barang2 sewa lainnya masih ada di rumah nenek. nak dihantarkan ke kedainya...masih lagi bertutup rapat. dihubungi tuannya, kata nak datang ambik jumaat lepas. tapi tidaklah nampak lagi batang hidungmu. takde orang nak sewa lagi ke? perabot rumah nenek ni sudahlah padat menyesak. takkan nak letak luar saja. kalau rosak dah sepasal. kut hilang lagi haru. bimbang juga simpan barang orang lama-lama macam ni.

ayuhai tuan empunya...di manakah tuanhamba? apakah yang sudah terjadi agaknya?

aduan...



pagi tadi, nenek terima sms dari seorang sahabat lama. ada dia menceritakan tentang satu kes yang sedang dihadapinya sekarang. dia sudah sedaya membantu, tetapi dia juga meminta pandangan nenek tentang kes tersebut.

keganasan rumahtangga. itu kes pokoknya. tetapi si mangsa tidak mahu membuat aduan ke pihak yang bertanggungjawab lantaran masih sayang kepada si pelaku. anak-anak? apakah mereka perlu menerima saja segala takdir yang berlaku tanpa sebarang pembelaan?

aduhai...nenek mohon sangat kepada si mangsa. buatlah aduan hitam putih. beranilah kerana benar. kalau kita jujur, insyaAllah, jalan penyelesaian akan ada. semakin jauh kita lari, semakin susah kita jadinya. malah melibatkan anak-anak juga.

nenek sekadar mampu mendengar. nenek pun sudah tiada apa2 kuasa untuk digunakan selain bantu mencarikan saluran yang benar untuk melancarkan bantuan. itu sahaja. nenek harap si mangsa dapat memikirkan kebaikan untuk anak-anak dalam masa yang terdekat ini.

Wednesday 15 June 2011

kabare??



sudah lebih dua minggu, nenek tidak menerima sebarang berita dari kawan baik nenek. selalunya dia akan hantar juga sms atau mesej pendek di email yahoo nenek. tetapi ini senyap saja.

sebulan lepas dia dimasukkan ke wad kerana diabetes tu. kemudian dibenarkan keluar. kemudian masuk semula. tapi tidaklah nenek tahu keadaannya sekarang. telah nenek cuba menjenguk di laman facebook nya, tetapi tiada update terbaru. hati nenek sudah tertanya....bagaimana keadaan dirinya sekarang? kabare waras po?


nenek doakan dia cepat sembuh dan baik baik saja. kirimkanlah berita walau sepatah ayat.

dah selamat...


sedang nenek berehat sambil merenung kain ela yang hendak dipotong untuk buat baju, ada satu panggilan masuk. nenek kenal pemanggilnya. dengan mesra nenek menjawab.

"minta maaflah akak tak dapat pergi kenduri hari tu. sibuk la ha. ke sana ke sini, ngejarkan itu, ini. bla...bla...bla..." gitu la serba ringkasnya suara dari pemanggil.


aduhai...apalah nak diminta maafkan. nenek pun faham keadaan dan kepayahan orang lain. tidak hadir bukan beerti mereka tidak mengingati. hanya sekadar keadaan tidak mengizinkan selain tiada rezeki untuk bertemu. tak mengapa. nenek sedia faham. kenduri pun sudah selamat dan lancar dijalankan. alhamdulillah. insyaAllah...lain ketika dan kesempatan kita berjumpa pula. terimakasih atas ingatan.

Thursday 9 June 2011

lega...



setelah nenek sepi dari meng'update' blog kerana sibuk dgn urusan kenduri, mulai hari ini nenek akan mula menulis kembali.
nenek lega kiranya semua urusan kenduri telah selamat berlangsung dengan lancar. walaupun ada satu dua insiden yang berlaku tanpa dijangka.

terimakasih pada keluarga, saudaramara, jiran tetangga, teman dan kenalan yang sudi hadir memeriahkan majlis itu. tak lupa ucapan terimakasih teramat sangat pada atoknya yang bertungkuslumus sejak awal.segala sumbangan tenaga dan yang lain lain, hanya Allah yang mampu membalasnya.
nenek bersyukur, anak dan menantu nenek telah selamat diijabkabulkan dalam majlis yang sederhana tetapi meriah. alhamdulillah. semoga rumahtangga mereka kekal bahagia dan dirahmati Allah selalu. :)

Saturday 30 April 2011

tugasan...

hari terakhir bulan april. nenek banyak tugasan hari ini. selain ke pasar, nenek kena attend majlis perkahwinan anak kepada kawan atoknya. nenek bercadang ke majlis itu jam 1.00 tengahari. ajak anak dara nenek sekali. anak bujang belum balik dari kerja. atoknya pula akan pergi ke majlis terus dari pejabat.


balik dari majlis kenduri kahwin tu, anak dara nenek ajak teman pula cari baju kurung untuk majlis kenduri adiknya nanti. puas la masuk dari satu kedai ke satu kedai di PKNS tu, tapi ada saja yang tak berkenan di hati selain yang berkenan amatlah tinggi pula harganya. 



malam, atoknya ajak ikut sekali ke plaza masalam. anak dara nenek ikut juga dna mencari lagi baju kat situ. again....lum ada yang sangkut. aduhaiii...memang payah nak duga taste anak dara ni. kekadang beli baju beratus ringgit tapi bukan pakai pun. membazir saja. ikut perangai siapa lah agaknya tu? hmmm...

Friday 29 April 2011

royal wedding



Nenek teruja betul nak tengok perkahwinan diraja antara Putera William dan Kate Middleton(Duke and Duchess of Cambridge). Teringat masa perkahwinan mendiang ibunya Puteri Diana tahun 1981 dulu.

Sambil menulis, mata nenek tetap meleret ke screen tv yang sedang memaparkan majlis itu. Bukan apa...saja nak tumpang seronok dan tengok kemeriahan majlis perkahwinan bakal pewaris tahta Britain itu.

Ok...nenek henti dulu...nak sambung tengok tv.


Simple namun cantik, anggun dan sepadan. Melihatkan senyuman Putera William saling tak tumpah senyuman manis ibunya.

Thursday 28 April 2011

kalau sempat cakap...


Nenek ke kedai emas Tuan Habib semalam. Mencari rantai leher untuk upacara batal air sembahyang nanti. Sengaja nenek belikan rantai sebab cincin dah ada dua. Satu cincin merisik dan satu cincin bertunang. Rantai tangan pun dah ada nampaknya. Tu yang nenek rasa rantai leher lebih sesuai. Kira punya kira...dekat 2k. Takpe la. Dah memang harga emas naik. Nak buat camana. Tu pun bukan la kasar mana. Anak teruna pun seorang. Nenek sekadar lakukan apa yang terbaik sementara boleh.

Kemudian nenek ke kedai kerongsang. Nenek juga perlu kelihatan vogue di majlis itu nanti. (*meloya kalau atok baca*). Di situ ada sekali barangan kemas tiruan. Dua cik puan sedang membelek-belek dan bersembang. Kedengaran salah seorangnya berkata...

-------"...bila-bila kalau lah ada orang nak ambik juga barang aku ni...aku bagi gitu je. Aku siap bukakan pastu cakap...nah ambik la nak...bukan emas betul pun....nah...nah...."----------

Amboi!! Ngeri nenek dengar. Sembang bukan main. Dalam hati nenek berkata...'kalau sempat cakap....kalau orang penggal terus tangan tu apa nak kata lagi?' Tanpa nenek sedari, kata hati nenek tu rupanya terdengar oleh tuan punya kedai. Opppsss!! Tuan kedai pun nampak cuak dgn dua cik puan ni sebab dah lama mencuba dan membelek dari satu barang ke satu barang, tapi keluar gitu saja. 

Tuesday 26 April 2011

blueberry muffins



Semalam nenek curi masa mencari muffins untuk dijadikan buahtangan sempena kenduri anak nenek nanti. Saja buat tambahan untuk meneman kuih tradisional yang disumbangkan oleh kakak ipar nenek. Nenek bawa bersama adik nenek untuk teman rasa kek dan muffins yang difikir sesuai. Bermacam jenis yang dihidang di depan nenek. Tapi ada satu yang mencuri perhatian nenek. Blueberry muffin. Cute dan ada purple-purple sikit. Bila rasa, yummmmmmmm....sedap. So kira jadik!!!

Sebiji 70sen. Siap buh dalam bekas jadi 80sen/biji. Nenek order 500 biji. Nenek minta dihantarkan terus ke rumah sehari sebelum majlis. Bayar deposit 50% dan selebihnya masa delivery nanti. Selesai satu lagi tugas nenek. Sekarang tiba masa nak isi kad jemputan dan edarkan. Sebulan lebih je lagi...

Monday 25 April 2011

andai ku tahu...


Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…
Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…
Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…

Saturday 23 April 2011

kawan...

----'wei...kau gi mana? sepi ja. ada apa pa yg tak kena ke?'-----

Itulah lebih kurang mesej yang nenek terima dalam email semalam. Mesej dari seorang kawan yang sudah lebih 12 tahun nenek kenal. Dia tidak pernah jemu dengar cerita nenek. Dia tak pernah jemu nasihat nenek. Dia tak pernah jemu layan kerenah nenek. Dia memang kawan yang sangat baik. Kawan yang bersama tika senang dan tika susah.

Tapi entah kenapa, terkadang nenek hilang bicara. Tidak tahu apa lagi yang harus nenek ceritakan pada dia. Rasanya semua cerita tentang nenek sudah dalam tangan dia. Sehingga dia boleh membaca riak wajah nenek sebelum nenek bersuara.

Dear friend...im ok. Dont worry. TQ for everything.

Friday 22 April 2011

hujan...hujan...dan hujan...

Musim hujan sudah tidak menentu sekarang ini. Jam 4 petang saja, mesti hujan. Kalau setakat hujan nenek tidak risau sangat, tapi sekali dengan angin yang bertiup kuat membuatkan hati nenek resah. Sudah la di tepi rumah nenek ni berderet pokok osaka yang tumbuhnya tinggi mencecah 30 kaki. Berderau melihatkan pokok tu dibuai angin yang bertiup kuat.

Hari ini...mesti atoknya dan anak-anak nenek lambat sampai rumah lagi. Jenuh ngelak laluan trafik yang sesak. Semoga mereka selamat dalam perjalanan. 


Thursday 21 April 2011

pengat pisang...



Semangat betul nenek nak buat pengat pisang hari ni. Buat buka puasa tentu sedap. Pergi Mekoda dan dapatkan pisang, kelapa serta sagu. Cuaca nan panas amatlah membakar kulit.

Sampai di Mekoda, pisang yang ada cuma pisang berangan. Tak pe la. Since dah semangat nak buat gak pengat tu. Tapi sesisir bukan main banyaknya. Lebih dari sepuluh biji rasanya. Jadi nenek mintalah belas pekerja Mekoda tu kalau boleh nenek nak 5 biji sahaja. Nasib baik dia kata boleh. 

Balik rumah nenek terus perah santan, kupas pisang, hiris dan masukkan sedikit gula merah. Sagu, nenek toskan. Tapi entah mana silap, sagu tu terlebih sudah!! Pekat semacam la pulak.

Untuk makluman gambar atas tu hiasan je. Nenek upload dari tenet. Nenek punya pengat jadi lodoh. Tak berupa. Tapi rasa masih boleh diterima tekak. Alhamdulillah. Dapat la buka puasa dengan pengat pisang today.

Wednesday 20 April 2011

hilang fokus....



Actually...im not in the mood now. Hilang fokus terhadap apa yang dilakukan. Tetiba rasa blank dan tak tahu apa nak buat seterusnya. 

Nak teruskan ke? Atau batalkan ke? Atau tangguhkan? Setelah hampir 90% persediaan dilakukan? Hmmm...
Kalau boleh memang nak buat tak peduli saja. Tapi mana mungkin kan!! Mungkin ini adalah perkara biasa yang berlaku di saat-saat genting. Kita ingatkan bila berdiam semua ok saja. Rupanya silap tafsiran. Adoiii. Penat.

Tuesday 19 April 2011

Alhamdulillah...



Nenek sempat jenguk ke laman blogger lain. Antaranya adalah AMS dan MoMsfeelGood. Alhamdulillah...kiranya Sarah sudah pun selamat menjalani pembedahan MGCT. Gambar-gambar yang diupload juga kelihatan Sarah baik-baik saja. Memang comel sungguh Sarah ni.

Apapun...nenek doakan Sarah cepat sembuh. Nenek teringin nak menjenguk, tapi nanti orang confius pulak. Cepat sembuh ye Sarah!

kembali lagi...

KFC chicken chop kembali lagi. Nenek memang suka sangat dengan chicken chop. Tak kiralah dari KFC atau TESCO sekalipun. yang penting ianya dipanggil chicken chop.

Saturday 16 April 2011

kata orang tua-tua

Kata orang tua-tua...jangan ketawa banyak sangat, nanti menangis.

Walaupun nenek lahir selepas merdeka, tapi pesan dan kata orang tua-tua tetap nenek ambil perhatian. Tentu bukan sekadar cakap-cakap saja. Kata-katanya penuh maksud yang mendalam.

Friday 15 April 2011

gathering...

Seronoknya nenek dapat gathering dengan kawan-kawan lama di dalam sana. Walaupun sekarang agak payah untuk nenek berkunjung ke dalam, tetapi atas jemputan kawan baik, nenek ketepikan kepayahan itu. Nenek dijemput untuk majlis doa selamat.

Nenek bawa kuih bakar. Saja nenek bawa untuk tambah-tambah menu tuan rumah. Nenek pun tak tahu sebenarnya apa menu tuan rumah petang tu. Rupanya tuan rumah dah chatered catering. Macam-macam ada. Sedap-sedap pulak tu. Siap ada kambing bbq lagi.

Plan asal, nak juga nenek edarkan kad jemputan. Tapi memandangkan hujan, tidak lah sanggup nenek nak bawa keluar dari kereta dan berhadapan dengan risiko kebasahan kad yang sudah sebulan siap dicetak.InsyaAllah pada pertemuan kemudian akan nenek edarkan kad jemputan untuk kenduri yang bakal berlansung tak berapa lama lagi.

Kepada Ani...semoga sihat selalu. Jangan stress sangat. Tenang selalu. InsyaAllah semuanya akan kembali seperti biasa. Btw...tahniah atas kejayaan anak mendapat 8A dalam PMR yang lalu.

lakonan

Tertarik dengan kata-kata seorang pembaca berita veteran yang telah bersara...."dalam hidup kita, dari kecil hingga dewasa...sentiasa penuh dengan lakonan..."

Ada betulnya kata beliau. Tanpa lakonan hidup jadi biasa-biasa saja. Senada. Tiada bunga. Tiada seri. Tiada adventure. Macam robot. Ikut saja. 


Dengan lakonan kita mampu mengawal situasi. Kalau sekalipun tidak senang dengan sesuatu keadaan, berlakonlah yang anda tidak apa-apa. Sekurang-kurangnya menjaga hati atau menghargai keadaan sekeliling. Memang bukan senang nak puaskan hati semua orang. Tetapi ikhlaskan dan jujurlah pada diri. Jika tidak boleh menerima juga sesuatu keadaan yang memang kita tidak suka, bersuaralah dengan penuh harmoni dan penuh adap terutama bila melibatkan kanak-kanak dan warga emas. 

Yang penting...bila melakukan sesuatu...bersederhanalah. Gunakan bijaksana anda.


Thursday 14 April 2011

kesihatan..

Nenek sedang mengalami gangguan kesihatan. Tekak yang perit sudah mula menimbulkan bunyian batuk di tengah malam. Satu keadaan yang nenek cukup tidak selesa. Selain batuk itu juga telah mengganggu tidur yang sememangnya nenek alami masalah itu semenjak dua menjak ini.


Ingatkan ikut petua biasa keadaan akan baik. Tapi nampaknya tidak begitu. Atok dah mula bersuara. Nenek memang degil(kata atoknya). Bagi nenek selagi masih boleh bangun dan bergerak, keadaan itu belum la perlu untuk berjumpa doktor. Tapi by tomorrow kalau keadaan tidak berubah, nampaknya nenek perlu juga jumpa doktor.

Tiba-tiba atoknya buat lawak seram... "apa kata ambik berus jamban untuk berus tekak yang gatal tu..." sambil tertawa sampai terhenjut-henjut seluruh badan. Amboi...amboi...amboi...tak sayang mulut tau. Terimakasih la atoknya. Apapun....so far...baik-baik saja. InsyaAllah.

Wednesday 13 April 2011

kalut

Awal pagi tadi dapat sms dari atoknya. Dah landed di Taipei dan dijangka tiba di KLIA jam 12.30 lebih kurang. Mula lah nenek kalut. Kelmarin dalam itinerary jelas terpampang dijangka tiba jam 20.30 di KLIA. Lari banyak jam tu. Ke nenek yg silap baca?

Adusssssssss...mana nak tolong tukar tayar kereta anak lagi...mana nak kejar ke pasar...nak masak...nak mengemas...dengan adik pulak kata nak datang. ALAMAK!!! Terkejar-kejar nenek.

Apapun...cool nek. Buat mana yang dan saja. Relax. Nanti tak sampai pulak ke KLIA. Inhale....exhale......inhale...exhale.......sekali lagi............

DATE OF ISSUE: 07APRIL2011
AGENT INITIAL: MS
AMADEUS REF NUMBER: Z9PYDH
AIRLINE REF NUMBER(S):
MH/K69VH


PASSENGER(S):


DATE   FLIGHT INFO    FROM           TO            DEP   ARR  TRAVEL INFO
-------------------------------------------------------------------------

12APR  MALAYSIA AIRLI LOS ANGELES    KUALA LUMPUR  0045  1215  DURATION
TUE    MH 95   V      LOS ANGELES    KUALA LUMPUR        13APR 20:30
       ECONOMY CLASS  TERMINAL B     TERMINAL M                1 STOP VIA
       NON SMOKING                                             TAIPEI
       BOEING 777-200/200ER
       MEAL
       RESERVATION CONFIRMED

-------------------------------------------------------------------------


YOUR ONLINE ITINERARY

Monday 11 April 2011

jam 2.45 pagi...

Tersedar dari tidur bila terdengar bunyi telefon. Terpapar di screen, nama atoknya. Dalam hati tertanya, apa mimpi atoknya telefon time ni. Nenek jawab juga panggilan tu walau dalam mamun.

-----'hello'...'hello'...'hello'.....


-----'bfxklmy....*&$#bhdtk.....sdlpumbcgf.........bhekdfgllfffffffffffffffffffffff....'---------
-----'bfxklmy....*&$#bhdtk.....sdlpumbcgf.........bhekdfgllfffffffffffffffffffffff....'---------

Entah apa yang dicakapkan. Tidak lah nenek faham. Kedengarnya macam dalam kapalterbang. Tentu atoknya tengah dalam flight ke mana-mana di US sana nun. Sudahnya nenek off talian. Dan hantarkan SMS ke atoknya minta maaf tak boleh nak sambung dengar. Bukan apa...bimbang bil melambung la pulak nanti. Maklum roaming. 

Tak lama lepas tu atoknya reply. Dia tak perasan dia tertekan nombor nenek. Dalam private jet dari Oakland menuju ke Stocton. Aduhai....jenuh kalau gitu. Bahaya juga. Jangan nanti bill tinggi atokya salahkan nenek sudah lah!! 

Sunday 10 April 2011

pahit-pahit madu

Nenek sedang layan cerita drama TV1- Pahit-pahit madu... hmm..Pahit ke madu? Bergantung kepada individu la kan! Yang pasti...madu asli tidak memudaratkan. Drama ni berkisar tentang poligami. Again? Biarlah. Nenek layan je.

Kata orang...'kalau kita berkata benar, kita tidak perlu takut akan apa-apa'. Begitu juga dengan drama ni yang mengamalkan poligami tanpa pengetahuan isteri pertama.

Menariknya drama ni, isteri pertama tidak terabai pun. Nampak semuanya baik saja. Si suami selalu dilakonkan oleh dramatis yang kurang macho dan handsome. Tak berapa berada. Tapi berwatak lembut, sopan dan menghormati wanita. Isteri dan madu-madu pula, selalunya dilakonkan oleh wanita-wanita yang cantik dan cukup sempurna. Kalau berpangkat Datin pun...selalunya yang cukup segalanya. Bertuah sungguh si suami itu.

Teringat nenek drama-drama seumpamanya yang pernah menyentuh perasaan nenek. Madu sorok dan Egois.
Madu oh madu....sepatutnya ianya manis...ia menjadi pahit bila ia dicemari oleh perkara-perkara yang tidak sepatutnya yang kita telah diberitahu tentangnya. Wallahua'lam.



Saturday 9 April 2011

iklan ngarut...

Pagi-pagi lagi dapat sms dari maxis.


----'Free MMS. Setiap penghantar ke 10,000 dan 20,000 akan memenangi tambah nilai Hotlink bernilai RM100 setiap hari. Tamat pd 31/5. Tertakluk T&S'----

Semakin hari semakin entah apa-apa saja iklan dan tarikan syarikat-syarikat telekomunikasi dan media untuk melakukan barangan masing-masing. Lebih kepada cinta-cinta pulak tu. Kebanyakkan tarikan bagi pengguna muda yang masih goyah iman dan mudah cair dengan iklan.

Kalau difikirkan logik...untuk apa la dihantar free MMS tu kpd nenek yang pakai line ni. Takde makna pun dapat tambah nilai tu. Perabis duit lagi ada. Macam macam...

Friday 8 April 2011

itu kisahnya...


Asal usul Kampung Pandan 

Menurut sumber-sumber yang dipercayai, pada tahun 1930-an, Kampung Pandan dikenali sebagai Kampung Tahi. Ini disebabkan pada masa itu ia merupakan sebuah tempat pembuangan najis.

Imej Kampung Tahi dengan aktiviti yang menjijikkan itu telah meninggalkan kesan-kesan yang negatif kepada umum. Tahun demi tahun perubahan dan pembangunan dapat dilihat di Kampung Tahi dengan bertambahnya bilangan penduduk. Pada tahun 1940-an aktiviti pembuangan najis diberhentikan.

Dengan pemberhentian aktiviti itu, kawasan-kawasan di Kampung Tahi telah ditumbuhi oleh pokok-pokok daun pandan yang wangi dan baja-baja asli tersebut telah menyuburkan lagi pokok-pokok daun pandan dan lainnya. Akhirnya Kampung Tahi bertukar nama menjadi Kampung Pandan hinggalah sekarang.  

sumber dari laman skpk. terimakasih.


p/s* Kampung Pandan ni besar. Ada Kampung Pandan Luar dan Kampung Pandan Dalam. Baik Kampung Pandan Luar atau Dalam, pembangunan sudah semakin pesat. Memang tak sangka la begitu asal usul namanya tanah tempat tumpah darah nenek 43 tahun dulu. Nenek lahir setelah lima tahun makabah nenek menetap di situ. Kawasan tahi yang sebenarnya tidaklah dapat dipastikan dan sekarang tanah di Kampung Pandan sudah berharga ratusan ribu malah jutaan ringgit dan menjadi rebutan para pelabur. Sayangnya Kampung Pandan sudah dikuasai orang Indonesia dan pendatang asing lainnya. Pasar malam, kedai runcit, pasaraya, kedai makan hatta gerai nasi lemak sekalipun telah dikuasi pendatang asing. Penduduk asal kebanyakkannya telah berhijrah atau meninggal dunia. Tidak hairan la kalau Kampung Pandan sekarang lebih dikenali sebagai small Medan Indonesia.
Dan restoren inilah paling terkenal di Kampung Pandan. Tapi rasanya orang Kampung Pandan sendiri pun jarang makan kat situ.

jagalah bicaramu...


"Kepala ot*k korang la...c*b*i...bar**..." ect...ect.......................

Aduhai....istigfar panjang nenek tiap kali mendengar sesiapa saja yang menyebut perkataan-perkataan begitu. Tentu perkataan tersebut sudah sebati di jiwa, perkara biasa, makanya dikeluarkan tanpa rasa segan dan rasa bersalah.Walaupun asalnya hanya suka-suka dan bergurau senda terlepas kata.

Kalau ianya disebut oleh anak-anak atau remaja yang masih boleh ditegur dan dididik, satu hal. Tetapi yang nenek kesalkan adalah apabila perkataan dan ayat-ayat tersebut disebut oleh seseorang yang bergelar ibu dan isteri. Memang ianya sesuatu yang tidak beradap dan memalukan. Ianya perlu dihentikan.

Berguraulah dengan kata-kata yang manis. Biar nampak skima...tapi belajarlah untuk lebih beradap dan menjadi contoh terbaik buat anak-anak. Bahasa menunjukkan bangsa. Kalau bahasa bicara hari-hari pun kita tak jaga, siapa tahu nasib bangsa kita kemudian hari.

Nenek pesan sangat pada diri nenek dan anak cucu nenek...jagalah bicaramu. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Sebelum ini terjadi, berhati-hati lah.

Thursday 7 April 2011

landed...

maggi---'Landed Portland. Dok tunggu baggage. Dah berapa puluh jam tak kena candu. Tq'---

---'Dah cx in hotel. Howard Johnson Plaza. Dok tunggu maggi kembang'----


Itulah 2 sms yang atoknya kirim lagi. Nak buat macamana. Kuala Lumpur-US bukannya dekat. Seberang laut la kata. Kalau dapat tiket free pun fikir panjang juga nenek nak ikut. Apapun...dont leave home without maggi. :)

sms atoknya...


---'Landed Detroit kul 1 tadi. Sangkut dengan kastam sampai terlepas flight ke Portland. Tunggu next flight kul 8 nanti. Tq'----


Itulah sms yang nenek terima jam 4 pagi tadi. Atok belum landing lagi kat tempat yang sepatutnya. Jenuh kematu punggung. Memang bila atoknya keluar negara, atok dah kata dia takkan call dan pesan nenek tidak perlu call sebab roaming mahal. Jadi sms je lah. Semoga atoknya selamat sampai kedestinasi. 

Wednesday 6 April 2011

KLIA...

Malam semalam ke KLIA hantar atoknya. Ada kerja di US sampai Ahad ni. Maknanya nenek ada xtra masa. Dan waktu-waktu ginilah nenek boleh jumpa kawan-kawan dan jalan-jalan lagi mencari barang persiapan kenduri nanti.


1- bayar duit booking makandam
2- cari beg untuk bunga telur@cenderahati
3- hantar sulam nama tuala cenderahati
4- banding harga homemade chocolate
5- cari baju untuk nenek dan atoknya

siapa nak ikut????

repek nenek...

Kali ni nenek nak merepek kejap.




Selalunya, kita berfikir dulu sebelum menjawab sesuatu soalan. Begitu juga kita perlu bersedia dengan sebarang jawapan dari persoalan yang kita utarakan. Kita tidak tahu soalan-soalan yang diajukan itu kadang-kadang sensitif bagi sesetengah orang. Dan yang lebih penting...kita tidak perlu bertanya orang jika kita sudah tetapkan jawapan yang kita suka. Boleh gaduh jadinya.

Soalan dan pandangan adalah 2 perkara berbeza. Soalan adalah pertanyaan yang kita telah putuskan sesuatu jawapan baginya. Kadang-kadang 2 atau 4 pilihan jawapan. A,B,C atau D. Kadang-kadang A atau B. No1 atau No 2. Pilih antara satu sahaja. Sekiranya ada jawapan pilihan i, ii, iii dan iv, namun tetap dikumpulkan dalam jawapan A-i dan ii, B-ii dan iii, C-iii dan iv atau D-kesemua jawapan diatas.

Sementara pandangan adalah pendapat yang subjektif seseorang tentang sesuatu yang kita masih ragu-ragu dan perlukan penerangan yang lebih jelas dan kukuh. Suka hati dia lah dia hendak terangkan macamana dan gaya bagaimana. Kita perlu sedia terima dan hormati pandangan dia. Kita fikir balik dan baru kita rumuskan mana yang terbaik.

Mengapa kita selalu membuat orang rasa serba salah. Ini bentuk soalan atau pandangan? Mengapa kita mesti menimbulkan masalah sedangkan kita ingin menyelesaikan masalah. Kan dah susah. Karut betul la!!!


if one day...





perhaps...perhaps...perhaps

Tuesday 5 April 2011

Lagu ATM.wmv


suka...

                                                                    semangat betul!! :)

Sementara tunggu jalan tak jem nak ke pasar, nenek layari internet. Update blog, jenguk facebook dan balas email dari kawan-kawan. Nenek ambil masa periksa senarai bookmark nenek ni. Banyak betul senarai dari laman youtube. Dan salah satunya membuat nenek teringin utk menulis di blog hari ni.

Tidak siapa boleh menidakkan kesukaan nenek pada pasukan beruniform kita terutama tentera. Nenek pernah bercita-cita nak jadi askar. Mana turunnya tidak la pulak nenek selidik. Tapi nenek memang suka aktiviti lasak-lasak ni. Bila nenek berpeluang mengikuti perarakan hari merdeka ke-50 dulu, lagu ATM ni la yang menjadi lagu semangat bagi team nenek. Berkobar-kobar berkawad sambil nyanyi lagu ni ikut pancaragam. Bila jalan ramai-ramai, tak terasa jauhnya 2KM tu. Lebih kut. Kalau sendirian, harus lah.

Sekarang semua sudah menjadi sejarah. Dan sejarah tidak pernah mati. Semoga semangat nenek untuk berjuang dalam hidup sentiasa berterusan. YES! I can do it! What ever it is...life must go on.

terpeleot...


Entah angin dari belah mana yang bertiup, tetiba terpeleot. Terkadang bukan disengajakan pun kalau tersilap. Tapi terpeleotnya bukan main lagi.  Sudahnya diam seribu bahasa. Rumah yang sedia sepi bertambah sunyi. Masing-masing berbisik..."(kenapa tu?")

Nenek dah biasa sangat dengan bab terpeleot ni. Nak terpeleot...terpeleot la. Nenek tak kan layan. Bagi nenek apa yang berlaku mengajar kita erti kesabaran. Belajar erti saling memahami. Kalau sikit-sikit nak terpeleot...jenuh layan la. Banyak lagi cara nak lepas perasaan. Aduhaiii...sabar je la.

Monday 4 April 2011

nasi lemak buah bidara..

Topik je tu. Biasanya hari Ahad memang nenek jarang keluar jalan-jalan. Atoknya pulak kena kerje. Biasanya kalau tidak ke pasar pagi, nenek berehat-rehat saja di rumah. Jadi nenek cadang masak nasi lemak semalam. Dengan takde santan, nenek buat juga nasi lemak style nenek berlaukkan daging masak kerutuk dan sambal bilis biasa.

nasi lemak

3 pot beras- basuh dan letak air macam biasa.
5 hiris halia
2 ulas bawang putih di ketuk
2 biji bawang merah di hiris
2 sudu besar marjerin
1 sudu minyak zaitun
2 helai daun pandan
garam secukup rasa.

- satukan semua bahan dan tanak macam biasa. minyak zaitun dan marjerin akan melembutkan nasi. 

daging kerutuk nenek style

300gm daging batang pinang dihiris tebal
1 peket rempah kerutuk adabi
5 batang serai
1 labu bawang besar dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
1/2 inci halia dikisar
2 sudu besar cili boh
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1/2 cawan minyak
2 cawan air
garam dan gula secukup rasa.

-satukan semua bahan dan masak hingga daging empuk dan kuah pekat. tidak perlu ditumis.

                                           gambar hiasan. nenek punya tak sempat nak snap. :)

Sunday 3 April 2011

bagai dijangka...


                         

Astagfirullahalazim...memang tak patut betul la siapa yang ambik compressor aircond kat rumah nenek tu. Ini bukan kejadian pertama. Padahal ada dua tiga lagi compressor yang dah rosak kat tepi rumah tu. Kenapa ambik yang baru terlekat kat dinding tu???? Kena buat report lagi nampaknya.


Tu pun atoknya yang perasan compressor tu dah takde sbb tak leh on aircond. Kalau nenek harus tak perasan lagipun nenek jarang on aircond. Nasib baik kali ni pintu rumah tidak dipecah. Hmm...

Memang betul mungkin dah takdir barang nak hilang. "Bukan rezeki kita. Barang hilang boleh diganti. Tak payah lah report. Bukan dapat balik pun barang tu." Itulah kata-kata atoknya.

Isshhhh...nenek susah nak terima. Sementara masih berduit boleh lah kata begitu. Tapi keadaan itu tidak sepatutnya berlaku di ketika kita berada di persekitaran sesama kumpulan yang kita pernah berkhidmat dulu. Dan nenek rasa bukan kerja budak kecik. Tapi orang dewasa yang terdesak dan sengaja mendesak diri dalam masalah. Dan itu tidak boleh dibiarkan. Menular ke anak-anak pulak nanti perangai begitu kalau dah bagi anak-anak makan hasil dari jual barang curi. Semakin teruk masalah taman ni.

*sigh*

Saturday 2 April 2011

teratak rinduku...

Nenek dah agak memang keadaan ini akan berlaku. Sembang boleh lah. Bukan dekat jarak antara Jalan Sastera ke Taman Intan. Kalau memandu sejam setengah juga baru sampai. Lagi lah kalau nenek yang memandu. Dengan mata tak berapa nak elok. Tapi kerana rindu dan menunaikan hak, kunjungan perlu juga dilakukan. Sekarang sudah berseli dua minggu sekali. Kesian rumah nenek.

Kebimbangan tentang kejadian pecah rumah juga sesekali hinggap dalam kepala nenek. Walau telah membuat aduan ke balai polis berdekatan, rasa bimbang tetap ada. 

Tilapia di kolam perlu diberikan makan. Walaupun tilapia dan keli tu spesis ikan yang tahan lasak, tapi itulah penjaga rumah nenek sementara waktu. Susunan pasu-pasu lama berupa orang-orangan juga sebagai penambah seri. Rumput juga perlu diracun. Pokok-pokok perlu disiram dan dibaja.



Wangian bunga kemuning, ros dan melur, sudah terlalu lama tidak tercium. Sungguh nenek rindu untuk kembali menetap di situ. Entah bilakah sampai waktu itu. Mungkin...Teratak Rindu perlu ditukar nama kepada Teratak Rahim(sayang), mengharap semoga kasih sayang penghuninya berterusan dan sentiasa diberkati. InsyaAllah.