Tuesday 26 July 2011

kisah 4


seorang lelaki baru pulang dari temujanji pemeriksaan doktor. ujian elektrocardiogram menunjukkan dia sihat. tetapi berat badannya sudah bertambah. bacaan tekanan darah juga sudah di sempadan bahaya. doktor menyatakan tekanan darah berlaku hasil dari gaya hidup seharian seseorang. ianya boleh dikawal. maka dia dinasihatkan untuk kurangkan garam dalam makanan. lebihkan sayuran dan lakukan senaman. doktor juga menyarankan dia melakukan ujian tekanan darah setiap minggu untuk memantau bacaan tekanan darahnya.

"i lapar..." dengan muka mengharap simpati dia menyatakan keadaannya pada jam 12 tengahmalam sehari selepas pemeriksaan doktor. 

cuba minum air kosong atau susu kemudian masuk tidur, tentu hilang rasa lapar tu. kadang-kadang kita keliru antara rasa lapar makanan dan lapar air. kalau tidur dalam keadaan perut penuh pun tak selesa malah memudaratkan.

Sunday 24 July 2011

kisah 3


di sebuah pasaraya kos sederhana yang tidak begitu ramai pelanggan. beberapa orang wanita membelek, menekan, memicit, memegang dan mencongak benda-benda yang ingin dibeli. setiap sayur bendi yang dipegang, dipatahkan hujungnya demi untuk mencari yang muda, rangup dan terbaik untuk keluarga. meninggalkan bekas-bekas patahan sayur bendi yang mungkin tidak akan laku lagi untuk dijual.

di hujung sudut bahagian pasaraya, seronok melihat sepasang suami isteri datang membeli belah barang keperluan untuk keluarga. seketika keseronokkan itu rasa tercalar bila si suami dengan keras suara menegah si isteri membeli barang yang dirasakan perlu. dengan tersipu, si isteri menurut saja.

di kaunter pembayaran, sudah berderet pelanggan yang menanti giliran. eh...ada lagi yang terlupa ditimbang. kalau prihatin dengan kesilapan sendiri dan pelanggan yang sudah berderet di belakang, kira saja yang mana ada dulu. kemudian nanti baru timbang dan beratur semula. itu adapnya.

Thursday 14 July 2011

kisah 2


......Tuhan tolong nyatakanlah........padanya tentang cinta.....apakah masih diriku diperlukan.......


comel betul mendengarkan lagu HafizAF itu didendangkan oleh anak-anak jiran nenek ketika mereka menanti bas sekolah datang. jelas bunyinya. teratur liriknya. "pitching" betul. tak sumbang pun. lebih bagus dari budak-budak reality program. :p mungkin mereka dalam tahun 2 atau 3. keletah mereka yang asyik mengulang-ngulang ayat yang sama, begitu menghiburkan. sesekali terdengar suara si ibu atau si bibik mengarahkan untuk merendahkan suara dan tidak berbuat bising, tetapi itulah anak-anak. diamnya sekejap...kemudian ulang lagi...dan lagi...dan lagi...sehingga bas sekolah hilang di hujung selekoh.

Wednesday 13 July 2011

kisah 1


seorang pesara dengan bangganya meluahkan rasa bahagia kerana dapat bekerja sebagai pembantu pam di sebuah stesyen minyak. anak dan isterinya sangat membantah kerana pekerjaan itu tidak sesuai untuk seorang pesara yang pernah berjawatan pengetua di salah sebuah sekolah tinggi. selain malu, mereka menyatakan itu merendahkan air muka mereka kepada semua orang yang mengenali mereka dipersekitaran stesyen minyak itu. 

"lebih baik berehat saja di rumah. apalah bahagianya bila bekerja sebagai seorang pam minyak?" kata isterinya dengan nada menyindir.

"setiap orang mempunyai maksud bahagia yang berbeza..."

sambil tersenyum lelaki tersebut membalas dan kelihatan masih tegas dengan pendiriannya.

-sketsa dari sebuah drama korea

Thursday 7 July 2011

tolong kawan



semalam nenek dikunjungi seorang kawan bersama suaminya. tujuan hadir adalah untuk ambil barang. tapi sudahnya jadi agenda berjual beli bila suami kawan tu mula membuat demo akan barang2 yang sedang dijualnya. hmmm.....

nenek tidaklah marah kehadiran kawan nenek dengan suaminya itu. tetapi nenek telah beritahu yang nenek kurang berminat dengan barangan yang dijual. disebabkan tidak pandai nak berkeras dan berkata tidak, sangkut juga nenek dengan 3 barangan. rm200 juga duit nenek terbang. aduhaiii.

entah la...payah nak cakap bila bersangkut dengan kawan. sedangkan bila kita susah, entah kawan ni nak datang bantu atau tidak. tu yang selalu atoknya pesan. dua bulan nampaknya elaun nenek sangkut. :(

Tuesday 5 July 2011

gulai ikan patin






pertama kali nenek buat gulai tempoyak ikan patin. alhamdulillah jadi. sebenarnya bukan tak mahu buat, tapi tak de 'gu' nak makan. since anak menantu orang temerloh yang terkenal dengan ikan patinnya, nenek pun saja la masak gulai ni. untuk atoknya dan anak2 yg lain, nenek buatkan ikan patin garing masak kicap pedas2. baru lah diorang makan ikan patin ni. apapun...jom makan!!  (sekali lagi...gambar tu bukan gulai ikan patin nenek. nenek ambik dari internet saja)

Sunday 3 July 2011

baby adra...



semalam baru dapat menjenguk baby adra. baby jiran sebelah rumah nenek. sejak lahir sampai habis pantang dia di kampung. jadi semalam lah baru nenek dapat melawat dia. ucapan pertama yang keluar dari mulut nenek adalah "comey nyerr". memang dia comel. baby mana pun kalau masih dibawah usia 4 tahun memang comel2. bila dah sekolah dah pandai berkawan dia jadi lain sikit. hehe...

sayangnya baby adra ada kuning. menurut kata ibunya, ketika lahir adra ada masalah jantung. tapi masalah jantung tu hilang by time dala pantang. sekarang timbul masalah hati la pulak. hatinya besar. itu menurut kata ibu adra. masyaAllah. kesian pulak nenek dengar. macam2 penyakit baby nowdays. jadinya...ibu ayah baby adra sedang berusaha dan berikhtiar membawa adra membuat rawatan sana sini. cara tradisional dan moden.

dengan keadaan ibu adra yang berkerja...mungkin agak menganggu perjalanan rutin harian ibunya. apapun nenek doakan yang terbaik juga buat baby adra dan keluarganya. semoga adra membesar menjadi anak yang solehah dan cerdik serta sihat selalu hendaknya. aminn.