Friday 22 August 2014

tafakur

hari ini...
satu negara bertafakur
untuk memberi penghormatan terakhir
bagi 20 jenazah mh17
yang telah sampai ke tanahair
dari amsterdam

suasana sedih...
sayu....
hiba...
masih terasa
sepanjang istiadat penghormatan negara itu
yang turut dihadiri
Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong
juga orang2 besar negara...

jenazah yang lainnya
masih lagi di amsterdam
dan menjalani sessi pengecaman
dan bakal dibawa pulang
ahad nanti...

semoga roh Allahyarham dan Allahyarhamah
dicucuri rahmat
dan ditempatkan bersama
golongan yang beriman
Al Fatihah...salam takziah...

Thursday 21 August 2014

my dear friend...

nenek dapat panggilan telefon tadi
dari seorang kawan baik
yang dah agak lama tak berhubung
kerana sebab2 tertentu

alhamdulillah...
dari suaranya
nenek tafsirkan yang dia sihat
walaupun dari bicaranya
ada kekosongan
yang sukar ditafsirkan...

namun nenek terasa juga tadi
bila bicaranya ada menyebut...
dia dah malas nak hubung ngan kawan2
depa pun senyap....
bila ada masalah baru cari aku
...jahat tak aku?....
sambung nya lagi.....

hmm....
termasuk aku le tu...

aku doakan kau sihat selalu
dan dipermudahkan segala urusanmu....

Thursday 7 August 2014

bakal tok besan....

raya tahun ini...
kami dikunjungi bakal tok besan
bakal mertua maklong alif
kunjungan mengerat silaturrahim

beliau seorang balu
seorang guru
yang bakal bersara
pada bulan oktober nanti

usianya 60 tahun
tapi kalau dilihat fizikalnya
macam baru 40...
sangat awet muda
sangat ramah
sangat mudah mesra

dalam kunjungannya
kami bincang sikit pasal anak2
in syaa Allah
tahun depan
bertambah lah menantu nenek



Monday 28 July 2014

selamat hari raya

sempena hari yang mulia
nenek nak ucap selamat hari raya
maaf zahir batin


Friday 18 July 2014

innalillah....

selepas kehilangan mh370
hari ini...
kita digemparkan pula
dengan terhempasnya pesawat mas
mh17
dari amsterdam ke kuala lumpur

kehilangan mh370
masih lagi misteri hingga kini

dan nenek amat berharap
tragedi kali ini
tidak mengheret lagi kapten kapal
sebagai individu yang perlu bertanggungjawab
atas kemalangan ini

innalillahi wainnailaihi rajiuunn

Thursday 17 July 2014

jaga lah adab....

tentu semua pun dah tengok
video rakaman peristiwa semasa
yang berlaku di Kuantan
yang dimuat naik
di laman you tube

pada pandangan peribadi nenek
adengan sebegitu tak patut berlaku
dalam bulan mulia pulak lagi
dilakukan oleh seorang wanita
seorang ibu
hmmm...

bukan nak bela siapa2
tapi kalau manusia fikir dia selalu betul
begitulah jadinya


mungkin dia terlupa
dunia yang serba canggih ini
camera berada merata2

sekarang siapa yang malu?

jaga lah adab
banyak kan sabar
sesungguhnya tak rugi
orang2 yang sabar


Monday 7 July 2014

berlepas....

sabtu lepas
maklong berlepas ke brisbane
untuk 3 bulan
alif pun ikut hantar maklong ke klia
seawal jam 6.30 pagi...
dengan muka kelirunya


takde la maklong raya nanti
nenek doakan
maklong alif akan baik2 saja
sepanjang di negara orang
dan dipermudahkan
segala urusan dan pekerjaannya
selama di sana

kalau tiada apa yang menghalang
nenek akan ikut jenguk maklong
dekat2 nak balik nanti
in syaa Allah...

Tuesday 1 July 2014

ramadan tiba lagi

alhamdulillah
hari ini sudah masuk 3 ramadan
puasa tahun ni seperti tahun2 lepas
ringkas dan sesederhana boleh
dengan maklong pun dah puasa di rumah sendiri
tinggal atok, nenek dan papamama alif saja
yang bangun untuk bersahur
dan berbuka puasa petangnya

selamat berpuasa
dan semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik
dan dipermudahkan urusan puasa kita tahun ini
dan semoga segala amal ibadah diterimaNYA...




Wednesday 25 June 2014

bila wardina bersuara...

baca tak catatan wardina di ig?
tentang perihal oku?
selepas penemuan adik firdaus?
ramai betul yang melatah

nenek setuju apa yg wardina cakap... titik

bukan soal memuji negara luar
atau memperkecilkan kerajaan kita
tapi memang patut pun di ambil perhatian
oleh menteri yang berkenaan
tiada isu politik pun yang timbul
cuma merasakan hal itu
sepatutnya sudah lama di selesaikan....


memang sedih
melihatkan keadaan adik firdaus
anak oku yang ditemui
dalam keadaan amat tak terurus
di dalam kediaman ibunya sendiri

berbagai perasaan timbul
berbagai persoalan juga timbul
bagaimana...
mengapa....
hujung hujung...
tentu lah si ibu yang harus dipertanggungjawabkan
malah memang perlu bertanggungjawab
atas segala yang sudah pun terbongkar

semoga nasib adik firdaus
akan terbela nantinya...
ibu.....
itu amanahmu...
tunaikanlah sedaya upayamu
dan masih ada jalan usaha
agar sejahtera semuanya



Sunday 25 May 2014

cubaan pertama....

hari ini...
nenek cuba buat kimchi
sayur peram kegemaran orang korea tu

nenek dapat resepi dari internet
juga resepi dari kawan sekolah
yang dah banyak kali buat
dengan gabungan citarasa melayu
ada udang kering dan budu bagai

malangnya
nenek tak makan budu
jadi nenek cuba saja
resepi korea versi nenek
yang serba bahan kurang
hmmm(selalu gitu)

nenek guna kobis panjang
lobak merah dan daun bawang
nenek guna tepung beras biasa
nenek terlupa sos ikan dah habis
nenek terpaksa lupakan yang tu

nenek gaul sebati semuanya
dengan tangan yang bogel
masukkan dalam bekas kedap udara
dan masuk dalam peti sejuk
kena biarkan selama 24 jam

tak sabar nak tunggu kimchi tu
tak tahu la apa rasanya
harap2lah menjadi


**pijar gile tangan nenek
lepas habis buat kimchi...

Saturday 26 April 2014

alhamdulillah....

segalanya dipermudahkan...
majlis reunion rakan sekolah nenek
berjalan lancar..
di hotel royal kuala lumpur
dari jam 12.30- 4 petang tadi

nenek bawa hadiah comel
kerongsang kerawang berbatu
diletakkan di dalam bekas tin persegi
nenek jahit kan bantal comelnya
dan pin kan kerongsang tersebut
direben organza yang menyilang bantal
nenek letak kan sedikit wangian beautiful
dan nenek lekatkan semadah kata
di penutup tin tersebut
di akhir hiasan hadiah comel nenek tu
nenek gam kan bunga2 comel
di atas reben organza dan silver
ditambah mutiara dan kristal

nenek harap...
hadiah kecil nenek di terima ikhlas
sebagaimana nenek ikhlas memberi
dan menyiapkan sedemikian rupa....

nenek juga dapat banyak hadiah
dari kawan2 yang datang...
terimakasih semua...
semoga silaturrahim sesama kita
berpanjangan.......


aamiiinn...

Saturday 12 April 2014

lambatnya....

mereka kata....

terasa lambat benar 26/4
tarikh nak jumpa kawan2
nak peluk ketat2
selepas 29 tahun tak jumpa
walaupun tiap hari
dari jam 6 pagi sampai 12 malam
tak henti2 nyembang di whatsapp
sejak dapat jumpa semula di fb
2 bulan lalu

semua sedang menghitung hari
siap ada yang termimpi2
sebab dah terlalu rindu
dengan kawan2
bimbang tak cukup masa saja nanti

nenek....
duk sibuk ngan alif
dan juga nak siap kan tempahan
kotak cenderahati untuk majlis orang
juga cenderahati untuk kawan2
yang seramai 15 orang tu

in syaa Allah
perjumpaan itu
akan mempereratkan lagi
silaturrahim sesama kami

Monday 31 March 2014

izin nenek suara....

nenek sgt sedih
bila akhirnya kredibiliti kapten kapal di personal
sedang dia telah mengabdi diri
setia berkhidmat
18,000 jam lebih
bukan satu masa yang sikit
perlu@untuk dikorbankan sia2
keluarga, isteri, anak2
semuanya menuntut dia luangkan masa
sedang dia sendiri
menuntut mereka untuk memahami

memang nenek tidak mengenali dia
tapi sangat tidak masuk akal
bila ada org mengatakan dia terlibat
sengaja mengubah arah laluan
menghilangkan mh370
mempertaruhkan nyawa 239 orang penumpang
termasuk dirinya
sedih sesangat...

btw....
kalau atok ada simulator dirumah
adakah itu salah?
dah keje atok bawa kapal terbang
simulator tu sikit sebanyak membantu

malah setiap penerbangan
anakkapal harus sentiasa sedia
andaikata laluan ke destinasi terpaksa berubah hala
dan perlu mendarat ke landasan terdekat
jika cuaca sangat tidak mengizinkan
dan sangat berbahaya
untuk kapal mendarat
di landasan tujuan yang telah di tetapkan

dan setiap landasan lain itu juga
bukan semua sama
panjangnya
pendeknya
malah kekdg bukan yang biasa pergi
bukan boleh pergi main terjah saja
suka2 boleh landing
itu lah salah satu kegunaan simulator
boleh belajar
takkan nak try n error dgn kapal betul
dengan penumpang sekali?
Ishhhh...


*****
selalu nak pelepas diri
dengan menuduh org lain
paling benci
bila boss sendiri tak tegas
apa lagi nak bela
dan membiarkan org ramai
bermain teka teki sendiri
marah pulak bila org buat spekulasi

bila bermain dgn perasaan dan nyawa org
gini la jadinya
geram betul
moga Allah tunjuk kan kebenaran...

Saturday 29 March 2014

passport...

nenek teman maklong alif hari ini
pebaru passport
di pejabat imigresen shah alam

3 minggu lepas
no habis sekitar jam 8.30 pagi
waktu nenek, atok dan maklong sampai
hari ini keluar awal
tapi sampai kul 8 pagi juga
nasib baik
masih ada nombor giliran
kerana masih dalam lingkungan 200 org
yang mahu berurusan hari ini

setengah perjalanan beratur
ada sorang wanita menghampiri nenek
terus bagi no giliran dia
katanya terlupa bawa sijil lahir asal anaknya
kerana ikut peraturan
warganegara bawah 18 tahun
kena bawa sijil lahir asal
dan sijil lahir salinan
juga ibu dan ayah menemani
ketika buat passport
tiada rayuan jika tidak lengkap segala yg dikehendaki

pun begitu...
alhamdulillah
terimakasih kat Cik Puan tu
dapat lah maklong no 4097
kalau ikut aturan maklong beratur tu
harus no maklong 4150
syukur sesangat
tepat jam 8.20 pagi
terpapar di kaunter
no giliran habis

urusan maklong selesai
sekitar jam 11 pagi
selepas sejam boleh ambil passport tu
tapi sebab dah lama sangat
nenek dan maklong balik dulu
sbb maklong ada urusan lain yg telah diprogram

btw:
skrg tak perlu bawa gambar (kat shah alam la)
kena ambil gambar kat situ juga
cam buat ic
jimat rm12
juga kena pakai tudung hitam
atau warna yg paling gelap
utk elak guna tudung hitam yg disediakan
bagi yang tak selesa

tetapi untuk permohonan passport
secara berkumpulan
lebih mudah jika bawa gambar passport siap2
berlatarkan warna putih
untuk melancarkan urusan di kaunter imigresen
dan kesemua ahli kumpulan perlu ada

mesin kiosk diberhentikan perkhidmatan
buat sementara waktu
tak tahu lah sampai bila
itu yang nenek diberitahu
kalau ada mesin kiosk tu
tak perlu tunggu ambik no giliran pun

Wednesday 26 March 2014

MAHA SUCI ALLAH....

berita sedih tentang pesawat mh370
seperti yang telah di umumkan
mereka berakhir di lautan hindi
bermakna...pesawat sudah terhempas
sangat tersasar jauh dari laluan
di satu lokasi yang terpencil
di lautan yg sangat luas
yg bakal mengambil masa cukup lama
untuk segala penyelesaian

kalau ikut kes terdahulu
7 tahun kawan nenek menanti
bila pesawat juang suaminya
hilang tanpa dapat di kesan
dan selama 7 tahun
dia sabar menanti
namun akur
bila pihak mahkamah
telah mengisytiharkan kematian suami
di akhir penantiannya

pun begitu
nenek setuju pengisytiharan kematian
tidak dibuat teburu2
untuk mengelak sebarang perkara
yg tidak diingini
kerana belum ada secebis daging mayat pun
yang ditemui
sebagai bukti

MAHA SUCIMU YA ALLAH
PERMUDAHKANLAH PENYELESAIAN
DALAM PENCARIAN MH370 INI
DAN BERILAH KETABAHAN
KPD SEMUA AHLI KELUARGA YG TERBABIT


Tuesday 18 March 2014

antara ramah, segan dan silaturrahim...

tiap2 hari
seawal jam 6 pagi
whatsapp nenek dah bertalu2 bunyinya
ucapan salam dan doa
masuk sambung menyambung
dari rakan2 sekolah lama
yang baru dapat bersatu semula

mereka sangat rambong@ramah menyembang
mengembalikan kenangan zaman sekolah
dan gaya nyembang mereka
memang tak macam ibu2 anak 2,3,4 dan 5
bahasa juga masih seperti dulu
malah bahasa fa, ma masih digunakan sesekali
dalam gurau, mengusik
sesekali merajuk

tapi nenek...
tetap dengan bahasa biasa
taip penuh walau ambil masa
sedikit mengganggu kelancaran nyembang di whatsapp
membuatkan nenek
lebih selesa memerhati saja
ikut nyembang bila perlu

entah lah....
nenek memang betul2 lupa
kebanyakkan cerita masa zaman sekolah dulu
bila kawan2 upload gambar2 lama
nenek tertanya....
adakah aku serapat itu dengan mereka dulu?

ahhh....ingatan nenek semakin teruk
namun nenek benar2 mengharap
silaturrahim sesama kami berpanjangan
in shaa Allah


Thursday 13 March 2014

alahai kawan.....3

sambungan....

sms tersebut dari si wanita penjual rumah
menyatakan dengan lain maksudnya
jualbeli tamat

si pembeli sengaja menduga lagi
bertanyakan kenapa tiba2 urusan tamat
si wanita memberitahu
sudah ada pembeli untuk kereta itu

hah???

siapa yang nak beli kereta?





dari hasil penyiasatan dalaman tersebut
si wanita adalah orang yang sama
suka menipu orang beberapa kali
modes operandi juga sama
memperdaya mangsa
dengan segala cerita sedih dan masalahnya
kemudian dia lari
sembunyi sana sini
bila kegiatannya diketahui penduduk setempat

dalam pada itu
tiadalah wanita itu
mempunyai rumah seperti dinyatakan
malah kereta juga hanya sebuah
yg digunakan hari2
buat pengangkutan keluarga

habis yg nak dijual tu rumah siapa?
cerita pajak kereta pula, kereta siapa??
pendahuluan 2k untuk apa sebenarnya
yg beria2 minta di bank-in kan hari itu juga

rumah yang dinyatakan memang wujud
tapi bukan rumah si wanita
dia hanya menyewa disitu
bersama suami dan anak2nya
tuan rumah dan tuan tanah
cha ya nun alif

alahai kawan....
kenapa buat macam ni?
you tak tahu ke saya kawin dengan siapa?
kalau betul tengah masalah
kenapa mesti reka cerita macam ni?
ini boleh sabit jenayah penipuan
tak kesian ke pada anak2

hmmm....
tak serik2
buat masa sekarang
perbincangan masih berlangsung
tetapi bukan urusan jualbeli rumah
ianya tentang jenayah yang akan dilaporkan
sekiranya si wanita
masih meneruskan penipuan nya
pada masa akan datang
segala bukti whatsapp, mesej facebook
dan sms telah di simpan
buat peringatan untuk orang2 seperti wanita tersebut


btw...bila pulak si pembeli dan penjual
ada cerita pasal pinjam duit?
pendahuluan ada la

hello kawan....don't play...play...
ingat anak2

~tamat~


alahai kawan....2

sambungan.....

penyiasatan dijalankan
oleh bahagian siasatan dalaman
siasatan dua hala
menggunakan segala kepakaran yang ada
lalu penyiasat mendapati
keraguan si pembeli berasas
maka satu rancangan telah dibuat

tanpa disedari si wanita
si pembeli bertanya kan alamat rumah
yang hendak dijual
nak jual rumah tentu lah ada rumahnya kan
ada rumah tentu ada alamat nya
ni bukan cerita nak sewa rumah
tapi JUALBELI RUMAH!!

setelah mendapat alamat rumah yang dinyatakan
si pembeli sambung perbincangan
seolah memang sangat berminat untuk memiliki rumah tersebut
dan kemudian memberitahu cadangannya
utk menghantar orang melihat rumah tersebut
dan menilai semula dengan sebut harga yang diberi
mana tahu boleh nego lagi

tiba2 si pembeli mendapat sms....

"sayang kawanku....
jangan stress k
pasal i nak pinjam duit tu....
lupakan saja yer...tq..."

disertakan sekali simbol ok, peace dan wink jelir





alahai kawan........ 1

al kisah....

seorang wanita yang sedang terdesak
memerlukan bantuan kewangan
lalu mencetuskan cerita
terpaksa menjual rumahnya
dan mempajakkan satu dari dua keretanya
jumlah yg dinyatakan
nilai rumah rm110k
nilai pajakan kereta rm2k

wanita itu turut menyatakan
selepas rumahnya dijual
dia mohon untuk duduk sebagai penyewa
kepada sesiapa saja
yang membeli rumah tersebut

betul!!
ceritanya membuatkan seseorang berminat
untuk membeli rumah tersebut
maka...
sedikit perbincangan dilakukan
dan wang pendahuluan sebanyak 7k
minta di bank-in kan seberapa segera

namun entah kenapa
hati si pembeli rasa kurang sedap
timbul sedikit keraguan
lalu tanpa lengah
penyiasatan dijalankan



Wednesday 12 March 2014

persoalan.....

mh370
sudah beberapa hari hilang
kehilangannya misteri
berbagai persoalan timbul
betulkah ianya sabotaj
apakah ianya terhempas
atau adakah ditawan pengganas
atau dirampas
atau itu
atau ini

bila membaca berbagai cerita
andaian dan kemungkinan
ianya memang membimbangkan semua orang
lebih2 lagi keluarga mangsa yg terlibat

apapun ceritanya
nenek doakan
semoga ada pengakhiran bagi misteri ini
secepat yang boleh
dan semoga semua keluarga redha
walau apapun khabarnya nanti

Thursday 6 March 2014

gamit....

sudah beberapa kali
rancangan balik ke alor setar
tergendala
sampai nenek tidak pasti
bila akan ada peluang
untuk hantar segala bunga telor
dan kotak comel berisi kurma tu
waktu terasa pantas berlalu

teratak rindu juga menggamit
memanggil2 nenek ke sana
ishhhhh....
kalau lah dekat.....

Thursday 27 February 2014

lawak hari ini....


di hospital sakit jiwa

ada seorang pesakit mental 
dikurung didalam sebuah bilik
kerjanya tiap tiap hari menyanyi
pagi petang siang malam dia menyanyi
tak penat-penat
kalau dah betul betul penat
barulah dia tidur

lagu yang paling dia suka lagu 60-an 
semua lagu dia tahu
dari Jefridin, A halim, L ramlee

tapi yang peliknya
dia suka nyanyi sambil telentang 
agak-agak lepas sejam
dia nyanyi sambil meniarap
selepas sejam telentang semula
begitulah cara dia nyanyi
kejap telentang kejap meniarap
berulang ulang sampailah malam.

si warden penjaga hospital ni

rasa heran jugak tapi malas nak tanya
tapi satu hari dia tanya jugak

"tanya sikit bang, kenapa kalau nyanyi, sekejap telentang, sekejap meniarap?" 


jawap pesakit mental tu 


"kalau telentang tu side A, meniarap tu side B lah... tak pernah dengar kaset ke?"

Wednesday 26 February 2014

reunion...

bila bertemu kawan sekolah
yang sesetengahnya nenek dah lupa
kemudian bersembang tru whatsapp
mengenang kisah lalu
tawa tangis zaman remaja
tersenyum sendiri bila mengingatnya
buat atok courious je
jangan bimbang atok
semuanya perempuan
yang lelaki entah ke mana perginya

terimakasih lah pada facebook
kalau jadi
dan dengan izin Allah
kami nak buat reunion
bulan April nanti

nenek sebenarnya rasa terharu
bila kawan masih ingat nenek
dan sudi bertanya kabar
di ketika
daya ingatan nenek semakin lemah
dan nenek tidak tahu
bila ingatan nenek akan kembali sihat
seperti dulu2

yang pasti...
nenek tidak mahu lepas kan peluang
bertemu dan saling berpelukan
mohon ampunan
andainya dulu
disebabkan nenek
purata markah kelas
selalu rendah
dan jejaskan prestasi kawan2
juga guru

aku tak sabar nak jumpa korang....   :)

Friday 14 February 2014

lama...

agak lama juga tak menulis
ada cerita yang nenek nak tulis
tapi dah lupa
sebab terlalu leka dengan rutin harian

bulan ni
kena selesai kan buat bunga pahar
ada tambahan bunga dulang juga
dan bunga tangan
in shaa Allah
akhir bulan ni boleh disudahkan

khabar sahabat lama
alhamdulillah
email nenek berbalas juga
sihat dalam keadaan dia la
masih mampu tersenyum harap nya
menghabiskan sisa usia
di ketika nikmat deria
ditarik satu persatu

semua itu mengingatkan nenek
untuk muhasabah diri
yang terlalu banyak silap
namun masih ada peluang
untuk taubat

Thursday 6 February 2014

pondok pak ya...

waktu tragedi ini berlaku
nenek baru 3 tahun lebih kawin dgn atok
maklong dan papa alif dah ada masa tu
keluarga kecil nenek
menyewa di kg melayu subang

tapi nenek tak ingat
apa2 pun tentang peristiwa
yang meragut nyawa 27 pelajar putri
cuma pernah tengok kat tv
dan baca dalam suratkhabar
takat tu saja

tapi minggu lepas
bila nenek tengok telefilem
yang disiarkan melalui astro
airmata nenek mengalir deras
terasa betapa huruharanya keadaan
di ketika masing2 panik dan ketakutan
SUBHANALLAH!!!

cerita benar
yang kalau di panjang kan lagi sikit
tentu lebih menyayat hati penonton

semoga kesemua para syuhadah
ditempatkan bersama golongan mukminin

Al-Fatihah....

semoga juga
pondok pak ya, tenaga pengajar dan pelajar2nya
juga keluarga sekalian mangsa yang terlibat
baik yang sudah kembali kerahmatullah
atau yang masih hidup hingga kini
sentiasa diberkati dan dirahmati Allah
dan dilindungi dari segala perkara yang tidak baik
aamiiinnn

salam takziah...


Monday 3 February 2014

istana negara...pameran khas

semalam...
janji dengan maklong alif
juga adik nenek
nak pergi ke pameran khas
di istana negara lama

janji awal nak keluar jam 9 pagi
tapi terlewat
maklong nak cuci kereta semua
dalam jam 11 pagi baru gerak

nenek dan maklong
terus ke istana negara
jumpa adik nenek di sana saja
jam 11.30 pagi sama-sama sampai

masuk kena rm5 utk dewasa
rm3 utk kanak2
rm10 utk pelawat tanpa mykad
tidak dibenarkan ambil gambar ye
untuk ruang dalam istana
kena buka kasut ye
juga perlu berpakaian sopan

nenek pernah la masuk istana negara tu
masa atok dapat KAT dulu
itu pun di balairong seri saja
selepas 10 tahun
nenek datang lagi
kali ni sebagai pelawat

dapat tengok
balai mengadap kecil
ruang tamu utk kerabat
ruang tamu utk para duta
ruang tamu utk menteri
ruang tamu utk Permaisuri Agong
ruang pejabat Agong
ruang pejabat Permaisuri Agong
ruang santapan di raja
ruang santapan kerabat
ruang nonton cinema
bilik peraduan Tengku Mahkota
bilik2 peraduan kerabat
bilik peraduan Agong
bilik persalinan
bilik bersiram di raja
bilik bacaan
klinik di raja
apartment Agong
gambar2 kenangan DYMM Agong
semuanya di bangunan utama istana negara
yang setinggi 2 tingkat itu

kemudian ke balairong seri
boleh ambil gambar di sini
tetapi tak dapat bergambar
di peterakna di raja
kerana ruang itu ditutup
tak pasti utk sementara
atau selamanya
sbb ada nampak blogger yang bergambar di situ
tak de rezeki kami
sekadar mengembalikan kenangan 10 tahun dulu
untuk diceritakan pada maklong

jujur kata
takkan istana negara macam tu kut??
juta2 kos pengubahsuaian setiap 5 tahun
takkan cam tu kut!!!
banglo orang kebanyakkan pun
rasanya lebih hebat dari itu
hmmm....

apapun...
memang patut Agong baru
merasmikan istana negara yang baru
tak sesuai istana negara lama tu
teringin nak pi tengok istana negara jalan duta
bila la agaknya berkesempatan

dan satu lagi...
kenapa tak bagi rasai suasana istana sepenuhnya?
kan banyak petugas muzium di sana
boleh tinjau dari luar saja
rasa tak puas

Saturday 1 February 2014

aduhai alif...

lepas seminggu alif keluar hospital
nenek dan mama bawa alif
untuk temujanji seterusnya di sana

alhamdulillah
perut alif dan dada semua ok

lepas jumpa paed
kena jumpa pakar ent pulak
sebab hari tu doktor kata
telinga alif ada infection

lepas dicuci dan teropong
sah telinga kanan alif berkulat
doktor tunjuk lah gambar kulat tu
doktor cuba cuci cungkil buang
tapi tak boleh
sebab alif tak mahu diam dan menangis
doktor suh masuk wad semula
untuk bius alif supaya tido
dan mudah laku kan pembersihan tu
tapi disebabkan mama keje
kami cadang datang semula esoknya

so alif kena puasa
dan jam 11 nenek dan mama dah bawa alif
masuk daycare saja
jam 12.30 alif masuk dewan bedah
sekejap je pun
tak sampai 20 minit
lepas doktor bagi penerangan
kami balik
dapat ubat titis dan makan
nanti lepas 2 minggu
nak bawa alif teropong balik telinga dia
semoga telinga alif kembali sihat

tentang kulat tu...
doktor kata mb sebab suka korek telinga
atau selalu gi swimming
tapi kedua2 tu jarang amat laku kan
apa lagi swimming
tapi ye la...
benda nak jadi
nenek amat berharap
keadaan itu
tidak mengganggu pembesaran alif
tidak mengganggu pendengaran dan percakapan alif

nenek sayang alif..



Wednesday 22 January 2014

sebuah catatan....

dear nur ain maisarah,

kelmarin
tok mak ain datang
awalnya
sekadar untuk menjenguk
kemudian ain akan ditinggalkan lagi
dengan tok su
tanpa ibu ain
yang akan sambung pengajiannya

tapi tok su
betul2 tak upaya
nak terus jaga ain
seperti yang wan su janjikan dulu

bukan saja ibu ain
malah tok mak ain pun
tentu rasa terkilan
sebab wan su
akhirnya terpaksa akur
untuk tidak terus menjaga ain
kerana keadaan tidak mengizinkan

kelmarin ain berangkat
setelah lebih 2 minggu ain lahir
dan hampir dua bulan lebih kurang
dari ain dalam perut lagi

perasaan tok su
biasa2 saja
tok su tak mahu bersedih
kerana tok su yakin
tok mak ain
telah memikirkan
apa yang terbaik buat ain

be a good girl
and stay healthy
tok su will miss you

Tuesday 21 January 2014

happy birthday atok

atok dah 50 tahun sekarang
dalam keadaan kesihatan
yang kadangkala terganggu
tetapi masih lagi semangat kerja

ulangtahun kelahiran atok hari ni
tak bersambut pun
dengan alif masih di demc
tiadalah keseronokkan
untuk menyambutnya
selain melihat alif
kembali sihat seperti biasa

nenek doakan
atok sentiasa dalam rahmat Allah
happy dan sihat selalu
semoga impian ke tanah suci
dimakbulkan Allah SWT
aamiiinn

love you atok :)

rotavirus...

Apa itu ROTAVIRUS

Rotavirus adalah sejenis virus yang mula ditemui di Melbourne, Australia kira-kira 26 tahun lalu dan ia disahkan antara virus yang sangat mudah berjangkit. Virus itu boleh kekal selama beberapa jam di atas kulit dan mampu bertahan beberapa hari pada permukaan keras. Ia juga boleh hidup selama seminggu dalam najis individu yang dijangkiti. Perunding Pediatrik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Rotavirus adalah penyebab utama cirit-birit teruk atau (gastroentiritis akut) di kalangan kanak-kanak di negara maju dan negara membangun.

Dianggarkan 40 peratus kanak-kanak di seluruh dunia mengalami cirit-birit teruk dan ia pembunuh kedua tertinggi di kalangan kanak-kanak berusia bawah 5 tahun selepas pneumonia.
Mengikut perangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kira-kira 2 juta pesakit dimasukkan ke hospital setiap tahun kerana rotavirus manakala seramai 440,000 pesakit menemui maut akibat cirit-birit teruk dan dehidrasi atau kehilangan banyak air.

Bagaimana mengenali jangkitan rotavirus?

Cirit-birit biasanya berlaku selama tiga hingga sembilan hari dan ia boleh berlanjutan sehingga tiga minggu. Dalam tempoh ini pesakit kanak-kanak boleh mengalami gejala demam, cirit-birit, sakit perut dan muntah pada bila-bila masa. Lee berkata, ramai ibu bapa menganggap masalah cirit-birit akibat jangkitan rotavirus sebagai sesuatu yang normal di kalangan kanak-kanak tanpa mengetahui ia sebenarnya boleh membawa maut.

Di Malaysia, seramai 15,000 pesakit berusia kurang lima tahun yang datang mendapatkan rawatan dikesan dijangkiti rotavirus. Daripada jumlah itu, 9,000 dimasukkan ke hospital manakala 34 kanak-
kanak maut hanya selepas disahkan positif rotavirus.

Penyebab utama berlakunya rotavirus adalah tahap kebersihan yang kurang baik. Namun, jangan silap kerana negara maju seperti Amerika Syarikat juga mempunyai jumlah jangkitan rotavirus yang tinggi. Bagaimanapun, jumlah jangkitan akan menjadi lebih tinggi di negara membangun terutama jika tiada kemudahan perubatan yang baik serta tahap kesihatan yang kurang memuaskan. Rotavirus tersebar dengan mudah terutama melalui najis yang mengandungi rotavirus ke mulut, air tercemar atau alatan permainan disentuh pesakit.

Virus itu juga mampu hidup di permukaan keras seperti tombol pintu, lantai dan udara. Simptom atau gejala biasa yang dialami kanak-kanak terutama bayi apabila dijangkiti rotavirus adalah demam disusuli muntah dan cirit-cirit menyebabkan kehilangan air dalam badan yang terlalu banyak sehingga boleh membawa maut.

Jarang kanak-kanak yang dijangkiti rotavirus mengalami hanya satu daripada simptom jelas iaitu demam, muntah dan ciri-birit. Selalunya mereka akan mengalami ketiga-tiga simptom berkenaan atau paling kurang, hanya dua kesan jelas sebagai petunjuk dijangkiti rotavirus.

Cara untuk melihat sama ada anak anda kehilangan banyak air di dalam badan adalah dengan mencubit sedikit kulit di bahagian abdomen dan jika dilepaskan cubitan, bahagian kulit tidak kelihatan lembik atau jatuh.

Jika cirit-birit dan muntah berlarutan tanpa rawatan di antara tiga hingga tujuh hari, pesakit boleh mengalami kekurangan nutrisi, kejutan serta degupan jantung yang tidak normal, tekanan darah rendah, penurunan kadar darah sehingga menyebabkan kegagalan buah pinggang dan kematian. Rawatan Setakat ini, tiada rawatan khusus yang boleh merawat rotavirus kerana ia adalah sejenis virus.

Walaupun ia tersebar akibat persekitaran yang tercemar, membasuh tangan mampu mencegah tapi ia tidak boleh dihapuskan sepenuhnya kerana rotavirus sangat kebal serta mudah berjangkit. Kesedaran perlu ada di kalangan ibu bapa sebelum rotavirus menyerang dan menyebabkan tubuh kecil bayi anda merasai derita.

Rotavirus boleh dikawal melalui pengambilan vaksin seawal bayi berusia enam minggu dan berakhir sebelum bulan ketujuh. WHO mengakui pembangunan vaksin rotavirus banyak membantu mengurangkan jangkitan dan kadar kemasukan ke hospital akibat virus itu. Vaksin yang mampu melindungi sehingga tempoh tiga tahun berfungsi merangsang badan untuk meniru tindak balas imunisasi secara semula jadi terhadap jangkitan rotavirus.

Saturday 18 January 2014

demc

baru saja cerita pasal alif
betapa seronoknya
melihat keletah
jerit dan berlari sini sana

semalam
alif terpaksa masuk demc
setelah demam lebih 4 hari
tak baik2

kesian dengar dia menangis
ketika jururawat
pasangkan tiub drip tu
habis semua dipanggilnya
atok, nenek, maklong, papa, mama

masa nenek datang lagi petang semalam
alif dah tenang
tapi jenis tak duk diam
ajak pusing satu wad kanak2 tu
buat rondaan
mujur bawa stroller dia
kalau tidak jenuh la nak dukung
jadi lah tolak dia
dengan tiang drip tu sekali
aduhaiiiiii...

cepat sembuh ya alif
nenek sayang alif

Friday 10 January 2014

alif....

kisah alif....

selalunya
kalau mama keje pagi
waktu papa bawa turun
alif masih lagi tido
dan sambung tido dalam buai
tapi seminggu ni
alif mesti menangis
bila papa dukung nak turun ke bawah
nak mama je sebutnya
(terganggu tido sebenarnya)
puas pujuk...
ajak babai papa
ajak keluar tengok langit
tengok kapalterbang
tengok burung
barulah tenang
masuk bagi susu
sambung tido buai

sekarang alif ada habit baru
suka menjerit dan ajuk cakap orang
berjalan berlari tu
memang kesukaan dia
tak sampai seminit berdiam
alif dah berjalan dan berlari lagi
siap ajak nenek main kejar2
jenuh kepong
bimbang terlepas pandang

alif juga dah tak takut orang
dah tak scan cam dulu
peramah juga nampak gayanya
gigi alif juga dah tumbuh banyak
tapi makan
alif sangat jarang makan nasi
kalau makan pun sesuap dua
kemudian tak mahu dah

macamana pun
bab membuli atok dan maklong
usah cakaplah
dua2 kalah dengan alif

alhamdulillah....
alif membesar dengan baik
berkembang ikut waktu
walaupun badan tak tembam
seperti idaman kebanyakkan ibu
nenek amat bersyukur
kerana alif  membesar
dengan akal dan fizikal
yang cerdas dan cergas

nenek sayang alif


Tuesday 7 January 2014

al kisah...

nenek dapat pengalaman baru
yang kalau orang lain
tak mahu la bersusah payah
mengambil pengalaman sebegitu

semalam
nenek dapat call
dari seorang pegawai
jabatan sosial hospital
merangkap jabatan kebajikan masyarakat
berhubung kes kelahiran
bayi tak sah taraf

setelah usaha menghubungi
waris kepada si ibu gagal
nenek ada lah waris terdekat
yang boleh dipercayai
untuk menjadi penjaga sementara
nenek perlu hadirkan diri
ke jabatan tersebut
sebelum jam 5 petang

setelah diberi penerangan panjang lebar
sain itu
sain ini
situ
sini
hmmm...
beratttt....

atok?
tak satu pun borang2 tu
tertera nama atok
sebab?
seperti yang maklong alif kata
orang lain yang berhajat
orang lain yang bersusah

selagi mampu
in shaa Allah

saat diri terbuang

permulaan hari
di daerah yang jauh
dari saudara sedarah

masih ada yang sayang
yakin tuhan mengetahui
rezeki, jodoh, ajal dan maut
perancangan dari NYA juga

si kecil juga
seperti mengerti diri
tiada ragam
seolah memberitahu
aku tidak berdosa
aku juga punya hak
untuk di manja

semoga Allah mempermudahkan
apa yang berlalu
biar saja berlalu
apapun berlaku
hidup perlu diteruskan

Monday 6 January 2014

alhamdulillah

untuk sementara ini
kesakitan itu telah reda
untuk kemudian nanti
cerita ini masih terlalu panjang
kesakitan bakal terasa lagi dan lagi
diasak kanan dan kiri
atas dan bawah
dari setiap sudut dunia
namun bersabarlah
wahai jiwa2 yang tenang

Wednesday 1 January 2014

setahun sudah berlalu....

setahun lagi sudah berlalu pergi
meninggalkan banyak kenangan
suka duka
pahit manis
dan juga pengalaman
menambah kedewasaan

alhamdulillah...
kita masih diberi peluang
melangkah lagi
menggapai impi

salam santun tahun baru
semoga bermula dengan baik
dan berakhir juga dengan baik
in shaa Allah

hari ini
sarapan bikin sendiri
bihun goreng
dan cucur tahu

makan tengahari
ayam masak merah
lemak sotong
goreng sayur kobis + carrot
ikan goreng
sambal belacan

makan malam
panaskan saja lauk tadi
alhamdulillah

maklong alif
cubaan pertama masak
resepi udang salut kelapa
menjadi
sedap
next time boleh masak lagi ye maklong


ps* tadi terima sms dari kawan baik
mengucap selamat tahun baru
terimakasih atas ingatan
semoga kau sihat selalu
kita diam bukan beerti lupa :)
takecare my dear friend