Monday 31 December 2012

tahun baru

selamat tinggal 2012
dan selamat datang 2013

semoga kita semua dilindungi
dari segala kejahatan dan kecelakaan
dimurahkan rezeki
dipermudahkan setiap urusan
dan semoga kita sentiasa redha
dengan segala ketentuan ALLAH.

salam sayang buat semua



Wednesday 26 December 2012

semakin sayang

masa kenduri anak buah nenek
semua adik beradik hadir
walaupun ada yang tak cukup ahli keluarganya
lantaran terrpaksa berbagi jemputan

selepas majlis masih berlangsung
kami bersembang adik beradik
bergurau dan mengusik
tanpa hiraukan tetamu lainnya
namun di satu sudut yang lain
nampak benar uzurnya kakak sulung nenek

dalam keadaan masing masing
semakin bertambah usia
semakin mesra pula kami semua
semakin erat pula persaudaraan ini
semakin saling ambil berat

kalau nak dibanding masa nenek kecil kecil dulu
memang jauh bezanya
tapi masa
mana mungkin diundur semula
betapa ruginya masa yang berlalu
dengan sia sia
mungkin nenek sendiri yang telalu ego
pada ketika itu

YA ALLAH...
AMPUNILAH DOSA DOSA KAMI
DOSA DOSA KEDUA IBUBAPA KAMI
KASIHANILAH MEREKA
SEBAGAIMANA MEREKA MENGASIHANI KAMI
LAPANGKANLAH KUBUR MEREKA
DAN BERIKANLAH MEREKA NIKMAT SYURGA
DIAKHIRAT NANTI

LINDUNGILAH SETIAP AHLI KELUARGA KAMI
DAN SAHABAT SAHABAT KAMI
DAN JIRAN JIRAN KAMI
DARI SEGALA KEJAHATAN
DAN KECELAKAAN
PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN KAMI
ERATKANLAH SILATURRAHIM SESAMA KAMI
DAN TUNJUKKANLAH KAMI
JALANMU YANG LURUS
JALAN YANG ENGKAU REDHAI

AAMIIINN...


Saturday 22 December 2012

hantaran..

esok anak saudara nenek akan bertunang
anak perempuan kepada abang nenek
seusia dengan papa alif
mereka di kelang
dapat orang ampang

tadi nenek hantarkan tart coklat buahan
buat dulang hantaran
mengikut tema yang diberitahu kepada nenek
pink
juga nenek bagi cream puff
untuk sajian tambahan

tart coklat buahan

cream puff

cantik betul tart tu
geram pulak
nenek order saja pada yang pakar
nenek tak pandai buat dessert
alang alang order
order cheese tart untuk nenek makan sama
sedap!!!

cheese tart dah tinggal 5 baru snap gambar :)

semoga majlis pertunangannya berjalan lancar esok
dan selamat hari lahir untuknya

Wednesday 19 December 2012

anak malang...


sedih betul
bila ada lagi berita
anak malang yang menemui ajal
didera teman lelaki @ kekasih
atau bapa tiri
atau keluarga sendiri

lebih sedih
bila si ibu pernah mengesan
ada lebam pada si anak
tapi masih percaya
atau tidak ambil peduli

benar malang tidak berbau
namun sikap si ibu boleh dipersoalkan
kenapa perlu menyesal
atau rasa sedih sekarang?

semoga Muhammad Faiz Iqmal Iskandar
di syurga tempatnya

pada si ibu
tak tahu nak kata apa
(geram betul!!)

bagaimana pun
nenek ucapkan takziah
pada keluarga anak malang itu

Tuesday 18 December 2012

di mana kau??

sudah beberapa hari
nenek tak dengar kabar dari kawan
email nenek tak berbalas
menjengah ke blog dia pun
hanya cerita lama
yang telah dipost
agak lama dulu

di mana dia?
nenek tertanya
kerana jalinan persahabatan nenek dengannya
bukan sehari dua
telah terjalin sekian lama

akhir dia telefon nenek
adalah 2 minggu lepas
di akhir bicaranya
"i will miss you"
nenek tak terkata
ada sebak
ada rasa terharu
dia betul betul sakit sekarang
dan nenek harap
dia masih ada di sana
dan jalani kehidupan seharian
sebahagia seceria mungkin
doa nenek semoga dia tabah
hadapi segala ujian Allah

be strong my dear best friend


*edit
kawan nenek dah respond. terimakasih teman. alhamdulillah dia baru selesai jalani pembedahan. bermulalah diari baru hidupnya. nenek doakan dia diberi kemudahan dalam setiap urusan. dan sentiasa sabar dalam menempuhi ujian Tuhan. aku yakin kau mampu dan kuat.

Sunday 16 December 2012

ambil tindakan?

nenek dah lama guna produk tu
lagipun produk orang melayu kita
nenek pun serasi dengan produk ni
yg telah memberikan perubahan pada nenek
dan selama ni tak pernah berlaku
tapi sejak tiga bulan kebelakangan ni
tak tahu la kenapa

nak salahkan tuan empunya produk
atau salahkan pengilangan
atau salahkan egen
nenek pun tak pasti
tapi ianya tidak boleh dibiarkan lagi
nenek kena bersuara

sejak kakak ipar nenek tak lagi aktif
jual produk ni
kerana sibuk dengan kedai coswaynya
nenek beli produk tu kat agen jualan
yang mengatakan mereka egen sah
dah selalu pun beli kat situ
cuma sesekali beli tempat lain
kalau terlupa bawa
bila nitestop mana mana

nak jadi cerita
kotak tulis lain
bila buka kotak
di botol terpampang lain





kes produk dah luput tarikh la ni
kalau sehari dua boleh tahan lagi
ni dah berbulan
luar kotak jelas luput tahun depan
tapi di botolnya dah luput tarikh hampir dua bulan

kes pertama dulu
nenek tak perasan tarikh luput tu
dah separuh guna baru perasan
so nenek diamkan saja
dah salah sendiri kan
nenek pun hanya anggap kesilapan teknikal
tapi bila berlaku lagi
nenek pulangkan la balik
mula risau gak
sebab nenek dah buka seal kotak
kotaknya memang cantik
mustahil kes tukar botol berlaku
entah la
nenek kan lembut hati
nasib baik la tak jadi apa apa kat nenek
cuma pelik kenapa tak macam selalu(dan dan :))

tapi kali ni memang nenek kena bertindak
bukan murah produk tu
nasib baik dia terima
dan mahu gantikan yang baru
of course nenek suruh egen tu buka dulu
kotak yg dia nak ganti tu
dan nasib baik
kotak yang tu pun sama kes ngan nenek punya
ada bukti kukuh

dia minta maaf apa semua
dan ganti balik duit nenek
terpaksalah nenek beli pula kat tempat lain
dan untuk elakkan perkara sama berulang
nenek suruh dia buka kotak tu dulu
baru nenek beli

satu pengajaran buat nenek
tapi produk ni pun memang dah bagus
nenek nak tukar lain la
rania gold nenek tak serasi
tengah fikir produk apa pula nanti
hmmm....

hasil tuaian

hari ahad biasa la
bersih bersihkan keliling rumah

daun kering dari pokok nangka
memang pantang lepa
sejak jaga alif
tak berapa ada masa
nak bakar atau bungkus dalam plastik sampah
tadi settlekan semuanya

sambil ngemas
nampak buah mulberi lebat berbuah
sebelum ni nampak juga
tapi sebab tinggi dan lebatnya diluar pagar
malas pulak nak pusing keluar
sambil usung bekas
selalunya biar saja burung makan

tapi kali ni terasa teringin pulak nak makan
dan kebetulan banyak pulak yang dah ranum
nenek tuai buah mulberi tu
dapat la dua mangkuk
tapi lupa nak snap gambar sebelum kunyah
sebab yang dah hitam
sedap dimakan gitu saja
yang merah tua
nenek buah jus
nak buat jem rasa sikit sgt la pulak

sebahagian buah mulberi tuaian nenek(sebahagian dah masuk blender)

siap sedia nak blend


campur dengan sikit limau kasturi
 
tanpa pewarna tanpa bahan awet :)
 


segarnya dapat minum jus mulberi(gambar tak sempat snap)
masam masam manis
tentunya dapat melancarkan sistem pembuangan
ok la tu...


Wednesday 12 December 2012

saja teringat

hari ini
adalah tarikh akhir
bagi yang suka kombinasi tarikh
121212

lepas ni dah tiada lagi
tarikh yang boleh dikombinasikan

apapun...
hidup perlu diteruskan
dengan pengisian yang baik baik
untuk jasmani juga rohani



Monday 10 December 2012

tumbuh

benih pisang kaki @ persimmon nenek
dah pun tumbuh bercambah

anak pokok pisang kaki persimmon @ fuyu(korea) dalam tayar terpakai

anak pokok pisang kaki dalam pasu 1

anak pokok pisang kaki dalam pasu 2 (tumpang pokok kucai)

2 anak pokok pisang kaki yang diubah kedalam polybag

awalnya nenek main campak saja benihnya
tak sangka pulak tumbuh
tu yang cuba ubah dalam polybag
kalau menjadi dan teguh batangnya
nak ubah ke teratak rindu
atau bagi pada kawan nenek
yang ada dusun di sik kedah
juga bagi pada adik beradik tanam kat rumah
mana tahu salah satu darinya akan membuahkan hasil

masih banyak benih yang belum disemai
akan nenek semai dalam polybag terus lepas ni
tapi kena cari tanah baik sikit
in shaa allah

nenek selitkan juga pokok lain yang nenek semai


anak pokok longan

anak pokok mangga


pokok mulberry dan kantan akan nenek update kemudian.

pokok kantan disemai baru

anak pokok betik (tak sure baka apa)

anak mulberi yang cukup senang ditanam (bertunas sekali dgn buah)


benih pisang kaki yang hidup di pasu pokok bunga raya

sudut semaian mini


*kawasan rumah nenek ni terlalu banyak siput dan ulat bulu. kena tanam pokok lasak baru baloi
dah beberapa kali tanam bendi dan tomato, tapi tak menjadi. 

Thursday 6 December 2012

cheaper by the dozen

nenek layan movie cheaper by the dozen 2 tu semalam
tapi bukanlah nak ulas pasal cerita tu
diorang tu berlakon boleh la
cuba kalau betul ada anak seramai itu

tapi memang murah kan
kalau kita beli dalam dozen
kalau anak ramai
tentulah memerlukan seorang ibu yang bijak belanja
dan bijak dalam segalanya
selain sabar
dan tabah hadapi saat sukar
melayan suami dan kerenah anak anak
namun masih mampu tersenyum

teringat kata seorang teman...

"orang kita begitulah
takut beranak ramai
takut itu takut ini
padahal itulah dituntut

setiap anak anak
ada rezeki mereka masing masing"

nenek memang kagum dengan teman nenek tu
bagaimana dia membagi emosi dan masa
dengan anak yang ramai
dan hampir kesemuanya berjaya sekarang
subhanallah
sungguh mereka keluarga yang hebat
dan kalau ada pertandingan ibu mithali
pasti nenek akan undi untuknya

mereka adalah ibubapa yang dipilih Allah
untuk punya anak seramai itu
untuk dijadikan contoh
bahawa anak ramai tidak semestinya terbiar
dan terpaksa diberi kepada orang
mereka telah buktikan
mereka berjaya membesarkan anak anak
dengan didikan agama yang sempurna
sehingga menjadi mereka sekarang ini

Tahniah teman.

Wednesday 5 December 2012

limau gedang

mak aii...
pahitnya limau ni!!

pertama kali tengok
tak tahu camana rasanya masa beli
tengok nama limau gedang
rupa cam sunquick orange tu
cuma besar sikit
tak teringat pun nama limau ni dalam english
beli la juga
4 biji, rm5.29
kat tesco

bila balik
potong dan rasa
warna isinya yg oren pink
memang memikat
tapi bila rasa
aduhaiii.......
tak lalu nak kunyah
baru sentuh di bibir pun dah terasa pahitnya

nenek terus surf tenet
rupanya grapefruit
spesis limau bali lebih kurang
cuma tekstur isinya lebih kecil dan banyak air

kalau dibiar saja memang tak termakan la limau tu
dah la mahal
so nenek buat cam nak makan limau bali
nenek ambil isinya
buh kicap
dan cili sikit
baru boleh telan

Monday 3 December 2012

nenek dah mula tugas

nenek dah mula kerja hari ini
ngasuh alif sementara mama kerja

alhamdulillah...
so far alif cuma rengek manja dia saja
teringat nenen la tu :)
in shaa Allah
nenek harap alif akan biasa dengan keadaan
dan nenek harap segalanya dipermudahkan

nasib baik juga
mama alif kerje dekat dekat taman saja
just in case
senang nak balik jenguk alif

Friday 30 November 2012

penawar tradisional

nenek saja nak kongsi petua dan kaedah
merawat penyakit darah tinggi cara tradisional
mai pakat cuba sama sama

petua lanjut di sini


Perubatan Islam untuk Penyakit Darah Tinggi, Kencing Manis & Jantung



Baru saja tahu yang ada rawatan perubatan secara islam untuk penyakit darah tinggi, 
kencing manis dan penyakit jantung. Letak di blog ni sekadar untuk berkongsi dan untuk rujukkan diri sendiri. Makan ubat hospital dah setahun tapi BP masih tidak banyak perubahan. Rasanya nak cuba pula kaedah perubatan altenatif ni. Bahan-bahan untuk rawatan senang nak cari. Kelapa muda my paberet. Kalau kena makan / minum dua biji sekali rawatanpun tidak menjadi halangan ... he33

Cara menyediakan penawar penyakit darah tinggikencing manis dan berkaitan jantung melaluikaedah perubatan Islam.

Bahan-bahan yang digunakan :

  • Sebiji kelapa muda ( Dalam istilah : Berhingus )
  • 7 biji halba ( untuk sekali rawatan )
  • 3 batang serai ( untuk sekali rawatan )
Kaedah Rawatan :
  1. 3 batang serai diketuk atau dititik dan dimasukkan kedalam kelapa muda tadi.
  2. 7 biji halba dimasukkan juga  ke dalam kelapa.
  3. Kelapa kemudian dipanaskan di atas api sehingga airnya menjadi suam.
  4. Ambil isi kelapa dengan serai tadi dan airnya diminum. 
  5. Ulang sebanyak 7 kali ( selang dua hari sekali rawatan )


Thursday 29 November 2012

bacang

ada dua biji buah bacang nenek dapat
kiriman dari tok besan
masa alif balik kampung sabtu lepas
bukan saja bacang
ada rambutan, manggis, dokong dan juga putik jagung
susah susah je
tapi nenek suka

nenek cuma pesan patin tempoyak dgn patin kicap je
tapi dapat extra buah buahan lagi
terimakasih banyak tok besan
dah habispulun pun buah buahan tu

cuma buah bacang tu je tinggal
baunya memang menyengat hidung
tanda dah masak sgt tu
kalau ikut nakal nenek
kupas dan makan gitu je
tapi bimbang getahnya
tak pasal pasal kudis mulut nanti

tapi nenek tak pasti nak masak apa
nenek ingat nak buat pajeri
atau juga buat sambal tumis dengan ikan masin
tak sabar nak cuba




Wednesday 28 November 2012

tersingkir sudah...

malam hari isnin lepas
menyaksikan che lah tersingkir
dari program masterchef 2 malaysia
setelah tinggal 8 peserta saja lagi

hari sabtu fizwan tersingkir
ahadnya pula nora
dan malam semalam
nina pula tersingkir

sekarang tinggal 4 peserta saja lagi
dalam nenek punya pemerhatian
ah hong ada potensi
si pakar geologis kita boleh juga menang
along dan etiqa 50-50

apapun...
nenek akan terus tonton walaupun tanpa che lah
yang menjadi penyeri program ini

semoga rezeki che lah lepas ini terus berkembang
"orang cantik pun boleh masak"
tagline che lah

hantu...

semalam nenek ke teratak rindu lagi
plan asal, nak tebang pokok di luar rumah
yang semakin tinggi
pokok pokok hutan yang liar tumbuhnya

nenek ajak alif dgn mamanya sekali
saja la ajak jalan jalan
dari rumah alif ok je
sampai teratak rindu, buka pagar, pintu rumah, bagi salam semua
alif mula nangis
tak mau duk pulak
hantu banyak sangat kut kat rumah nenek tu
maklum la rumah tinggal
ada penyewa pun bilik yang di luar
rumah ibu memang tak usik langsung untuk di sewa

nenek dapat la tebang dua pokok
sementara batang pokok tu masih sebesar lengan
dan tingginya mencecah 10 kaki
nenek potong kecik dahan dan ranting pokok tu
dan nenek tinggalkan berlonggok kat tepi jalan
tak sempat nenek nak bakar
alif dah ragam sangat
jadinya balik shah alam je la

sampai shah alam nampak alif lega betul
elok je main sendiri
betul la kut kat rumah nenek tu ada apa apa
budak kecik kan boleh nampak
apa yang org dewasa tak nampak
nenek percaya itu
walaupun ada yang kata karut

next time kalau nak bawa alif balik ke teratak rindu
selepas nenek balik 2-3 hari dulu
bagi bersih rumah
baru alif selesa main

kesimpulannya...
misi nenek semalam tak selesai
kena balik teratak rindu semula
untuk bakar pokok yang ditebang tu
dan mungkin boleh jumpa dengan penyewa
sembang sembang sambil ngeteh

Monday 26 November 2012

balik papan

atok ke balik papan lagi
nenek hantar atok awal tadi
schedule jam 7 etd
kali ni lebih lama
2 malam kalimarau
2 malam tanjung pandan belitung
1 malam batam (batam?)
apapun la
asal atok selamat dalam tugasannya

lebih kurang gini la peta perjalanan atok

nampaknya nenek ada banyak masa
untuk berkeras tangan
di ketika ketiadaan atok

Friday 23 November 2012

8 bulan

alif dah lapan bulan sekarang
dah merangkak
dah boleh duduk tegak
dah boleh nak berdiri tepi sofa
dah boleh main sendiri
dah pandai buat lawak

di sini lah alif selalu menikmati pandangan luar rumah


bila suruh alif buat muka comel, inilah hasilnya. dengan air liur lencun habis.

tapi alif susah nak makan
puas pujuk
badan pun nampak susut

aktiviti alif tiap petang
jalan2 dengan atok
suka sangat la dia
tapi selalunya
setengah jalan je
alif dah terlena

Monday 19 November 2012

persimmon lagi...

nenek beli buah pisang kaki lagi
kali ni lebih besar dan murah lagi
kawan nenek bagitahu
dekat pasar ampang lagi murah
sebiji 50sen
kalau dapat kat nenek
mau nenek beli sekali sekotak

tengok dalam berita memang buah ni tengah musim sekarang
geram pulak tengok petani tu petik buah ni



Thursday 15 November 2012

salam maal hijrah

tahun baru hijrah menjelang lagi
marilah sama sama kita berhijrah
kepada sesuatu yang lebih baik

semoga perjalanan hidup kita
sentiasa diberkati Allah

salam maal hijrah 1434

Sunday 11 November 2012

bigfood

malam tadi
raikan anni nenek dgn atok kat bigfood ttdi
hujan agak lebat
so malam tadi kena duduk bahagian dalam

seperti biasa nenek order chicken chop
gitu juga dengan papa dan mama alif
atok order tenderloin steak
maklong alif pulak order rib eyes

entah kenapa malam tadi
lain yang diorder
lain pulak yang sampai
sos lada hitamnya pulak cair
dan semua itu
memang buat atok hangat hati
mulut tu mula keluar kata yang bukan bukan
sib baik atok makan juga steak tu
walaupun semata mata daging tu je yg dimakan
tinggalkan duit pada nenek
dan atok keluar main dengan alif kat luar
hmmm....

nenek tak mahu cakap banyak
bukan menangkan tauke kedai tu anak kawan nenek
yg secara tak langsung ayahnya kawan atok juga
dan semestinya ibunya kawan nenek

nenek pun kesal juga layanan malam tadi
tapi nenek cuba jaga suasana
kan nak raikan benda baik
tak yah la upkan benda2 yg remeh cam tu
sudahnya nenek tak sedap hati
nak biarkan atok dengan alif lama lama
habiskan makan, bungkus mana yang tak habis
bayar dan keluar

bila sampai rumah atok tanya
berapa bil kena bayar
nenek bagitahu dan tunjuk bil
rm138.00
atok tak tengok pun bil tu
sbb atok takde hal tentang harga

cuma nenek tak perasan
benda yang tak masuk dalam order pun
ada dalam bil
uishhhhhhhhhhhhh....
dah bayar pun
halalkan je la

**pada yang nak pergi bigfood silakan. hal yang berlaku pada nenek ni jarang sangat berlaku kut. entri ni bukan nak jatuhkan bigfood. harap maklum.

Friday 9 November 2012

semoga bertambah kasih

tarikh ini
nenek dan atok selamat diijabqabulkan
di rumah kelahiran nenek
di kg pandan

sudah 26 tahun usia perkahwinan
maklong alif pun dah usia 25 tahun
dan papa alif sudah 24 tahun

alhamdulillah
segala ujian dapat dilalui
berkat sabar dan tabah
sentiasa  berpegang pada kata kata
segala yang berlaku ada hikmahnya
dan setiap masalah ada penyelesaiannya

diusia semakin bertambah
apa lagi diharapkan dalam hidup
selain memohon
agar bertambah kasih sayang
sentiasa di lindungiNYA
dipermudahkan segala urusan
dan semoga berpanjangan
berkekalan hingga akhirnya

terimakasih atok untuk segalanya  :)

Tuesday 6 November 2012

hebatnya dia...

melihat program selami jiwa
hati tersentuh betul
dengan kisah Pn Hajah Norlina Hj Alwi


ibu kepada 7 orang anak kandung
dan ibu kepada lebih 30 orang anak angkat berdaftar
baik dalam keadaan sihat
mahupun anak anak yg istimewa
masyaAllah...
hebatnya dia

bersuamikan seorang anggota tentera
yang tidak menyokong kerja amalnya diperingkat awal
memang agak sukar untuk Pn Hajah Norlina
membagi masa
untuk suami
anak kandung
anak angkat
ikut program BAKAT
ikut suami posting sana sini
namun rasa takut kepada Allah,
rasa cinta kepada anak anak terbiar
keazaman dan kesungguhan
mengatasi segalanya

rasa tercuit dengan kata kata Pn Hajah Norlina
kalau nak suami suka @ sokong
kena la beli hati suami
jangan susahkan suami minta itu ini
jangan biarkan anak anak comot

kerana itu Pn Hajah Norlina cari duit sendiri
buat bisness katering, khemah dan kanopi
serta sudah terbitkan buku juga

Subhanallah...
semoga Allah permudahkan segala nya
dan semoga Pn Hajah Norlina dan keluarga
sentiasa dirahmati Allah

dia memang wanita hebat!!

Monday 5 November 2012

serap masuk

cam dah jadi biasa pulak
dalam rancangan realiti
mesti ada serap masuk
peluang terbuka
bagi 13 peserta yang telah tersingkir

gitu juga dalam masterchef 2 ni
setelah jalani 3 peringkat ujian
akhirnya Hafiz dan Along berjaya
untuk teruskan perjuangan
bersama 11 lagi peserta




setia city mall



malam tadi
jadi jalan jalan window shopping
ke setia city mall
mula nak jalan jalan dengan maklong alif saja
sudahnya semua sekali ikut

parking ok
(tp tak faham kenapa org masih park kat tepi jalan)
ruang belanja juga selesa
3 tingkat yg menawarkan barangan dari berbagai jenama
tapi harga boleh tahan mahalnya

tak de apa yang nenek beli
memang betul betul window shopping saja
puas masuk situ masuk sini
balik lenggang
selamat rm atok

tapi bila masuk MAMOURS(peralatan bayi)
dengan SPRING(ibu dan bayi)
lekat kat alif dua mainan
dua dua atok yang belanja
kalah atok dengan alif

Sunday 4 November 2012

hari ini

awal pagi lagi
nenek dah gegas ke pasar
beli udang, ayam, sayuran dan bahan bahan masak lainnya

balik dari pasar terus nenek tanak nasi lemak
tak guna santan
letak minyak zaiton, halia dan kayu manis
juga garam dan perasa daun pandan
nenek rebus ayam bersama halia, serbuk kunyit, garam dan bawang
dan biarkan rebusan tu sampai kering airnya
nanti terus goreng je ayam tu (cam ayam berempah jadinya)
kemudian kerjakan udang
mesin cili, belacan dan bawang

sementara rebusan ayam lum kering
nenek buat telor dadar
bekas kuali telor dadar nenek guna buat sambal udang
kemudian panaskan rendang daging semalam

oppss..
takde timun la pulak
bilis dan kacang goreng pun tak de
tak pe la..
itu hidangan sampingan saja
kalau ada pun nenek je yang jamah

kesudahannya...
nasi lemak siap
berlaukkan ayam goreng
sambal tumis udang
telor dadar
dan rendang daging
makan lah sampai ke malam nanti

dan jap lagi
nenek nak berwindow shopping dengan mak long alif
ke setia mall

jommmm!!!



Saturday 3 November 2012

makan makan

malam ni mak long alif nak belanja makan
restoren pilihan mak long alif adalah the homst
chinese muslim


pilihan menu selalunya
kailan oyster
siakap 3 rasa
lemon chicken
buttered prawn
sotong petai





tak sabar nunggu malam
dah kosongkan perut siap siap

masterchef...antara kemahiran dan suka-suka




tinggal 10 peserta akhir (opss 11 la. camana leh terlepas sorang :))
masterchef malaysia musim 2
nenek memang tak lepas peluang nonton rancangan ni

tiada peserta favorite
nenek cuma nonton utk tengok cabaran yg di beri
dan bagaimana mereka menyelesaikannya
kemahiran mereka menggunakan masa
menggunakan bahan dan peralatan
mengolah dan merekacipta masakan
dan juga kemahiran mereka mengawal emosi
di ketika masakan mereka dikritik juri
atau paling sedih tak dijamah pun
sedangkan segala tenaga dan usaha
telah dicurahkan sepenuhnya

bagaimana pun
nenek suka tengok Che Lah
seorang penasihat kecantikan





dia memang happy go lucky je
nampak ceria(dalam hati tak tahu la kan)
walaupun lenggok manja gediknya
terkadang nampak over
tapi itulah dirinya
biarpun banyak kali tersenarai diujian penyingkiran
tapi dia tetap berjaya melepasi
dan memang benar kata katanya
kalau banyak masuk ujian penyingkiran
lama lama jadi pandai masak(dengan nada manja gitu)
suka tengok dia
semoga Che Lah berjaya
juga kepada peserta yg lain juga

nenek cukup lah jadi chef kat rumah saja
nenek hanya suka suka masak
nenek tak cukup berani nak kerja dengan tekanan
cukup lah ambik upah masak sikit sikit
cadangan nak buka little library and cafe pun masih jauh
tapi hajat tetap ada

buah pisang kaki

waktu untuk nikmati buah pisang kaki
atau persimmon fruit

diketika di Tesco pun harganya rm3.99/biji
nenek rembat yang di pasar malam
pada harga rm10 untuk 8 biji
nenek beli 16 biji

memang belum berapa ranum
nenek cadang peram dulu
tapi dah jadi mangsa 3 biji balik dari pasar malam
kesedapannya tak boleh tahan





Friday 26 October 2012

salam aidiladha

selamat hari raya qurban
tahun ni nenek beraya kat shah alam saja
alif baru gerak ke temerloh
balik kampung mama

lepas solat jumaat
nenek ada undangan yang perlu dipenuhi
insyaAllah

nenek masak simple saja raya ni
nasi carrot dengan ayam merah
rendang daging dan kurma kari ayam
nasi himpit dengan kuah kacang
permintaan atok tiap kali raya

pada yg balik kampung
hati2 di jalanraya
semoga sentiasa dilindungi allah
sepanjang perjalanan

tingkatkanlah pengorbanan
dan suburkanlah keihklasan

Sunday 21 October 2012

sweet weekend

malam ni memang best sangat
sbbnya atok alif ikut main bowling sama sama
di shalins@spaceU8





atok alif mula cuma nak teman saja
dah cuba sekali....
baru tahu syok main bowling tu
siap ajak main tiap minggu
aduhaiii..

lepas puas main
makan makan di hardware cafe
sementara ada diskaun ahli cafe kan
main bowling ada diskaun
makan makan ada diskaun
menarik ahhh...

pendek kata
memang sweet weekend lah!!

terimakasih atok.

Wednesday 17 October 2012

your wish come true!!

memang teringin nak menang
sejak menang peraduan avon tahun 2000 dulu
semangat nak sertai mana2 peraduan
semakin berkobar kobar
tiap hari cuba buat slogan
siapa tahu ada nasib lagi kan!

tapi entah la...
peraduan online ni tak berapa ngam ngan jiwa nenek
biarpun beberapa kali
benda yang sama berulang datang di inbox nenek

seingat nenek
hari tu memang pernah cuba sertai peraduan ni
tapi sekerat jalan je nenek ikut arahannya
tetiba naik nama nenek sebagai pemenang
dan kemungkinan boleh memenangi RM1000
berupa baucer

hmmmm....


Sunday 14 October 2012

terkejut

dalam jam 8 pagi tadi
nenek baru je selesai buat nasi lemak
tengah menghidang kat meja makan
tiba tiba terdengar benda jatuh kat tingkat atas
kuat betul
nenek dan atok berpandangan
tak lama lepas tu suara tangisan

masyaAllah....
Alif jatuh katil rupanya
berlari nenek ke atas mendapatkan Alif
mama Alif  cam dah panik
nenek ambik Alif
cuba pujuk dan redakan kesakitannya
sampai teresak esak Alif nangis
sakit sangat tu

bila Alif dah reda dari menangis
nenek belek kepala Alif
kut ada benjol here there
alhamdulillah takde apa apa
buka baju semua pun takde lebam kat mana mana
memang takde
nenek perhati tengok mata Alif semua
panggil nama dia dan cuba gurau gurau sikit
alhamdulillah takde tanda tanda membimbangkan
berdasarkan pembacaan nenek tru internet
tentang peringkat tumbesaran kanak kanak

bila Alif dah betul betul reda
nenek serah balik pada mama suh susukan

Alif terkejut saja kut
ayat nak legakan hati nenek dan semua yg ada

nenek tak tahu macamana Alif jatuh
kepala dulu ke
atau badan dulu ke
mama pun tak mahu cerita
tak perlu nak marah mama pun
benda dah berlaku
tapi berdesing juga la telinga nenek
dengar bebel dari atok






Thursday 11 October 2012

blackberry

nenek tak pernah idam pun nak pakai blackberry
nenek lebih suka telefon yang user friendly
so far nokia mmg pilihan nenek
atau juga sony

tapi bila mak long alif beli telefon baru
dan sayang nak trade in yang lama
atok suruh nenek pakai blackberry mak long alif tu
model bold 9870 kut

sejak awal pakai sampai hari ni
dah seminggu lebih
nenek masih tak lancar guna
apa lagi nak watsap atau bbm
maaf le
tujuan nenek pakai telefon
hanya untuk call dan sms
nampak kolot
memang kolot pun
nenek dipaksa guna benda yang nenek tak suka
ambik masa la sikit nak pandai

apapun...
terimakasih la bagi nenek peluang guna blackberry ni
sib baik dapat percuma
kalau kena beli....
nenek takkan beli



Sunday 7 October 2012

Friday 5 October 2012

itulah ikhtiar hidup...

nenek tertarik membaca update terkini
oleh salah seorang blogger
yang menaik muat gambar cara tentera memasak telor
jangan terkejut katanya



itulah tentera kita
bukan setakat masak telor menggunakan 'scoop' simen@pasir
malah apa saja boleh dilakukan pada sebarang ketika
selagi mahu hidup
dan ada daya untuk terus hidup

itulah yang dinamakan ikhtiar hidup
yang telah dipraktikkan oleh tentera kita
sejak sekian lama
malah turut diikut oleh pasukan beragam lainnya

walau apapun orang kata tentang mereka
nenek tetap suka dan sayang pada semua anggota tentera
berpuluh tahun hidup bersama mereka
nenek sikit sebanyak
menimba pengalaman
mempelajari ikhtiar hidup
menempuh apa juga keadaan

nenek lebih suka
kalau anak-anak yang menyertai latihan plkn
diterapkan ikhtiar hidup ni
bukan setakat seronok-seronok beraktiviti lasak
tapi tahu apa perlu dilakukan
di saat-saat kecemasan
atau sekurang-kurangnya
tahu macamana nak teruskan hidup
dalam keadaan tidak ada sebarang benda
cuma akal dan usaha
baru tahu hargai nyawa




Thursday 4 October 2012

belanjawan

belanjawan 2013 telahpun dibentangkan
kakitangan kerajaan nampaknya 'happy' sikit
mendengar ayat-ayat akhir PM kita
dalam pembentangan budget selama hampir 3 jam tu
mereka dapat 'bonus' 1 1/2 bulan gaji
sorak gembira tuuuuu
walau dibayar 3 kali
biasalah...

nenek??
budget ke tak budget ke
yang pasti harga barang memang tetap akan naik
buktinya gula naik 20 sen
kalau gula dah naik harga
nasi lemak pun akan naik harga
roti canai pun akan naik harga
minuman lagi la....
dan nenek pasti
harga barang yang lain akan dinaikkan tanpa kita sedari pun
hmmmmmm...

dalam sibuk bercakap hal budget yang tak habis-habis ni
kelmarin nenek ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Kelang
kerana melawat anak saudara nenek
yang cedera selepas terlibat dalam kemalangan motosikal

seperti biasa
keluhan dari ibu bapa atau pesakit
tentang layanan dan ubatan
walau dah beberapa jam dibawa ke hospital
dibiarkan saja tanpa sebarang bantuan
bagi ubat pun hanya 'panadol'
(itu apa yang diluahkan kepada nenek)

ishhh....
dengar budget berjuta-juta malah bilion
diberi kepada setiap kementerian
tapi kenapa persoalan yang sama tetap timbul
setiap masa, setiap hari, setiap tahun
di mana silapnya
dan sampai bila akan terus berlaku
perkara remeh temeh
dan kesilapan demi kesilapan
yang berulang-ulang

mungkin kerana itu
ramai dari kita yang dikategorikan mampu
atau memampukan diri selagi mampu
lebih suka mendapatkan rawatan di hospital swasta
yang bayarannya lima atau berpuloh kali ganda
dari hospital kerajaan
asalkan tindakan cepat dilakukan

yang jelas
sikap sabar, ikhlas dan jujur semakin terhakis
dalam diri
dan semua ambil langkah jaga 'pungkok' sendiri

bagi nenek
berdasarkan pengalaman
hospital kerajaan atau swasta
layanan lebih kurang sama saja
ubatan pun lebih kurang

bezanya
hospital swasta lebih teratur dan bebas
mereka buat 'business'
kenalah nampak begitu
dan beri begitu
anda bayar tunai@cepat,
anda dapat khidmat segera
dapat jimat masa dan mungkin juga nyawa
(itu pendapat nenek)

celoteh nenek ni
bukan nak sentuh sgt belanjawan yg dibentangkan baru baru ni
sajalah selitkan isu peruntukkan belanjawan kementerian kesihatan
untuk diambil perhatian

apapun...
sepatutnya setiap pesakit dan keluarga
perlu tahu tatacara hospital
dan tahu apa perlu dilakukan
sebaik menerima berita kemalangan@kecemasan
yang telah pun dirujuk ke hospital
barulah mudah bagi pihak pesakit, keluarga malah hospital sendiri
untuk melancarkan perkhidmatan
jangan malu bertanya di kaunter pertanyaan tu

dan pihak hospital pula
berilah jawapan yang mudah faham dan logik
bila diperlukan oleh pesakit dan keluarga
tentulah timbul resah
dan rasa ingin tahu pihak waris
yang sememangnya mereka sedia maklum

kebanyakkan minda masyarakat kita masih belum selari dgn pembangunan
itu yang menjadi masalah utama sekarang
cuma nenek harap sangat
masyarakat gunakan kemudahan kerajaan sepenuhnya
itu hak kita
hadirkan sabar dalam diri

pun begitu nenek faham
situasi pekerja swasta atau berkerja sendiri
yang sememangnya kurang disenangi
atau dilayan sambil lewa
oleh kakitangan hospital
memang ada
tapi kalau anda sedar, faham dan sabar
anda tetap dilayan serupa
insyaAllah
hak kerajaan hak kita bumiputera
gunakanlah sebaiknya

semoga kita diberikan jalan kemudahan
dalam menghadapi setiap dugaan dan ujian

untuk anak buah nenek
semoga cepat sembuh
bersyukurlah kerana masih diberikan kesempatan
untuk memperbaiki diri

Friday 28 September 2012

ole ole dari Belitung


udang kara @ adik lobster

atok bawa ole ole dari Belitung
udang ketak besar ala ala lobster
aduhai...
tak reti la pulak nak masak apa
kalau udang lipan nenek biasa masak
papa Alif punya favorite tu

nenek cuba surf internet
tengok tengok resepi yang sesuai
kalau silap masak nanti
rasa rugi pulak ole ole dari jauh tu

cara terbaik dari semua resepi
bakar, lemak cili api atau buat salad

nanti nak cuba yang mana sesuai
rasanya 2 ekor satu resepi pun dah cukup
besar amat udang ni!!



udang lipan @ udang pasir


***edit: antara dua udang ni, nenek lebih suka udang lipan. sekilo baru rm5 ikut musim. walaupun mudah hancur isinya, tapi rasanya lebih kepada isi ketam. buat lemak cili api memang sedap sangat lah. lebih lebih lagi kalau yang ada telor di badan udang tu. pergh!!! beza dengan udang kara, yang isinya lebih kenyal dan tak tahu rasa apa. bukan rasa udang, bukan juga rasa ikan, bukan juga rasa ketam. camana tu? tapi kenapa udang kara tu mahal sangat? atau mmg tekak nenek yang tak biasa makan makanan mahal2 ni. mujur dapat free. :)

Thursday 27 September 2012

geleng geleng

agak lama tak update perkembangan Alif
Alif dah 6 bulan sekarang
dan boleh makan selain susu badan
alif makan biskut milna dan nestum beras saja
nenek dah masakkan bubur dan puree
tapi Alif tak mahu
habis disemburnya keluar

sejak minggu lepas
Alif dah pandai geleng geleng kepala bila tak mahu apa apa
kalau dah tak mahu makan pun dia geleng
tak mahu orang lain dukung pun dia geleng
lebih lebih lagi kalau mak long nak cium dia
dia tahu mak long kalau cium dia
sampai penyek muka muka
kan main laju dia geleng
bila dengar suara mak long semakin hampir dengan dia
kalau mak long cium juga
siap la lepas tu kena sembur
atau kena jerit dek Alif
hehehe...

sekarang pun Alif dah duduk dalam walker
saja atok belikan yang biasa saja
bukan lama mana pun nak pakai
setakat nak kuatkan kaki Alif
biasakan dia gunakan kaki dengan baik
sebelum berjalan sepenuhnya nanti
merata dah Alif jalan dengan walker tu

sesekali letak Alif dalam booster seat
buka kan siaran upin ipin, zon aulad, 613, 610
memang melayan la dia

itulah cerita terbaru Alif.
alhamdulillah...semoga Alif terus sihat
dan membesar dengan cerdas akal dan bijak langkah








Saturday 22 September 2012

jalan masjid india

hari ini
nenek dengan atok jalan jalan
ke jalan masjid india
ada barang yang atok nak cari
nenek tumpang sekaki je

cadangan asal nak naik komuter saja
turun di masjid jamek
dan jalan sikit

congak punya congak
dengan keadaan yang tak berapa nak izinkan
akhirnya nenek tawarkan khidmat jadi supir atok
untuk memudahlancarkan urusan

walaupun lebuhraya persekutuan agak jem
tapi nenek dah jangka
dan khidmat supir dijalankan dengan baik sekali
sehinggakan atok boleh nyenyak terlena
dan sedar hanya setelah hampir tiba di destinasi
berhemah kan nenek pandu!! :)

nenek parking di semua house
terlupa pulak hari ini ada pasar malam
kami terus tuju mencari barang di kedai yang atok mahu
setelah selesai urusan
atok ajak ngeteh
pekena mee bandung
lepas tu jalan jalan jamu mata
sangkut tudung dua helai
baju dua helai(atok belanja untuk hadiah birthday) :)
terimakasih atok.
cari juga mainan untuk alif
(kes atok nak ganti sbb tak sempat beli masa kat orlando)
tapi tiada yang sesuai
dah banyak pun mainan alif kat rumah ni.

lepas pusing pusing
kami balik dan khidmat supir diteruskan
singgah giant shah alam sebelum balik rumah




cuti

cuti hari malaysia yang lepas
mak long alif ajak nenek main bowling
dekat shalin's@spaceU8.
pusat bowl baru
dan penuh dengan gambar kegemilangan shalin zulkifli

dah lama nenek tak main bowling
agak lambat sikit nak panas
tak sangka mak long alif pandai main rupanya
patut la ia ia ajak nenek
nak tunjuk bakat! :)


kami main 2 game je
sesaja nak habiskan masa
dan isi aktiviti hari cuti dengan hal berfaedah
alif, mama dan papa pun turut serta dalam game ni

pssstttttt...ada shalin masa tu
tapi nampak letih
tak jadi nenek nak usik dan bergambar dengan dia


oh ya...
lepas main bowling kami jamu selera di hardware cafe
bersebelahan ngan shalins bowl
not bad...harga pun ok

TAHNIAH ATOK

oh ya...
atok dah selamat balik ke malaysia rabu lepas
atok terlepas penerbangan balik di Incheon
sebab penerbangan dari detroit terlewat

terpaksa la atok ikut penerbangan ke hong kong
kemudian baru ke malaysia

apapun...
TAHNIAH ATOK!!
atok dah berjaya dapatkan apa yang atok harapkan
setelah mengharungi segala macam keadaan
tahniah sekali lagi


open house

aidilfitri telah berlalu seminggu
tetapi undangan ke majlis open house masih ada

isnin lepas
nenek menerima sms jemputan open house
oleh Chef Selebriti Pak Engku dari Kuzie Catering
seperti biasa Pak Engku jemput dua suami isteri
majlis akan diadakan pada malam hari jumaat
nenek dah signal atok
walaupun atok agak kekok untuk join
tapi nenek tetap pujuk

malangnya
atok memang tidak dapat menemani nenek ke majlis tersebut kerana bertugas
tapi nenek diizinkan pergi bersendirian
setelah anak anak dan menantu juga ada urusan tersendiri

majlis diadakan jam 8 malam
tapi nenek bergerak dari rumah pun dah jam 8.10 malam. :)
aduss!!
nenek dah dua kali bertamu ke majlis yang dianjurkan Pak Engku
tetapi di Dewan Catleya bangunan PKPS
namun kali ini open house
tentu lah di rumah kan
di Villa Prince Rosley seksyen 8.

nak jadi lawak
nenek rasa pasti dan yakin sangat
lokasi villa Pak Engku mudah ditemui
bila tengok google map sekali lalu
sudahnya nenek sesat entah ke mana mana
cermin mata pun lupa bawa
pulak bukan kawasan perumahan biasa biasa
sini pak guard
situ pak guard
lepas satu lorong ke satu lorong nenek pusing
hmmmmmmmmmmmm....

niat nenek untuk ke villa Pak Engku tetap membara
nenek berhentikan kereta dan bertanya pada pak guard tu
nenek tunjukkan alamat yang ada dari sms Pak Engku
pak guard yang bangla dan indon tu pun bagi arahan
"naik sana, kiri jalan, turun kiri..."
pening..............

nasib nenek baik bila mereka nampak nenek agak keliru
"kereta naik, motor depan."
maksud dia, nenek follow motor dia.
agak jauh juga nenek tersasar
tetamu dah ramai datang

Villa Prince Rosley(Pak Engku)
maaf tak berapa jelas sbb pakai camera telefon saja
ni permandangan dari sudut pintu pagar utama

alhamdulillah
sampai juga nenek ke villa Pak Engku
walaupun terpaksa guna khidmat GPS bergerak kepala hitam
hehe...terimakasih pak guard

masyaAllah...
itulah ungkapan pertama yang keluar dari mulut nenek
bila melihat mahligai indah Pak Engku
yang tinggi di atas tu
siap ada pokok pokok cahaya seperti di taman ict

dari pintu pagar masuk lagi sudah tersusun berbagai jenis juadah
nenek sempat menyapa Pak Engku
sempat bergambar lagi dengan Nasir Wahab
maklum...majlis Pak Engku dah sinonim dengan artis terkenal
ada Jamal Abdillah, Rohana Jalil, Mas Omar, Abon, Nasir Wahab
Azizul Khamis, Ibnor Riza, Zur Eda dll...

kata kata aluan dari tuan rumah

hiburan dari rohana jalil dan nasir wahab

nenek ambil port kat tepi kolam
sambil sambil berhibur dengan jurumagik hafidz osman
macam2 nenek makan
walaupun nenek sendirian
nenek belasah je
nenek duk menyelit je dengan tamu yang lain
dah kenyang, nenek minta izin balik
sebab dah tak cukup ruang perut nenek
walaupun nenek duduk kat satu bahagian dari empat bahagian yang lain
                                    
                                                                  magician hafidz osman

                                             
                                                                             pecal

putu piring

                                                                apam balik crispy

                                                                       pita kebab ayam
bihun sup



keseluruhannya...berbintang bintang Pak Engku punya open house
terimakasih Pak Engku
insyaAllah kita jumpa lagi