Thursday 31 October 2013

boleh ke??

tadi masa jalan2 dengan atok
nampak la satu motor ni
dari baju penunggangnya
mungkin dia
bekerja sebagai pengawal keselamatan
siap bawa senjata
selempang kebelakang



mungkin senjata tu kosong
tapi persoalannya
boleh ke?
dalam keadaan tengah kecoh sekarang
dengan hal yag membabitkan
pegawal keselamatan
baik warga kita sendiri
atau pun warga asing

dalam kejadian terbaru ni
takziah pada keluarga mangsa

keadaan keselamatan dinegara kita
memang semakin membimbangkan
suka2 je tembak orang
suka2 bunuh orang
yang buruk
negara kita juga
tapi bila ditegur
banyak lah pulak yang melatah
sebab sangkut juga
dengan sepupu sepapat
adik beradik
kawan seganding
akhirnya kes senyap atau tutup gitu je





Tuesday 29 October 2013

siap sudah...

bunga untuk 7 dulang hantaran
tema biru dan silver
dari stoking dan reben
untuk anak buah nenek
dah pun siap
alhamdulillah....


dekat dekat nak kenduri nanti
baru gubah kat dulang hantaran tu

sekarang ni
nak mencari bahan
untuk bunga telor pahar
sebanyak 100 kuntum
juga dari stokin
untuk anak buah atok
tapi tema belacan
nak kenduri bulan mac tahun depan
in syaa allah

Thursday 24 October 2013

maaf la....

petang tadi
nenek dapat call
dari no yang tiada dalam senarai nenek

kalau nenek
memang nenek tak kan angkat
call la banyak kali pun
memang nenek tak kan jawab

tapi tadi
atok tolong jawab pulak
mula suara lelaki tua
kemudian suara wanita
bertanya dan menyebut nama nenek yang penuh

terus atok bagi pada nenek
nenek pun keliru juga
lama juga baru ingat
rupanya makcik nenek
adik kepada arwah abah nenek
masyaAllah...
sungguh
nenek memang tak simpan no dia
malah tak pernah tahu pun
maaf cik...tak niat pun nak lupa
cuma no cik memang tak de
dalam senarai
tu saja

makcik nenek telefon
sebab nak buat majlis walimah anaknya
minta nenek jemput sekali
adik beradik yang lain
in syaa Allah cik

sebaik perbualan tamat
terus nenek simpan no makcik
rasa malu betul
terlupakan makcik
yang dah jarang2 bertemu
maaf ya cik
lepas ni tak kan lupa lagi




Tuesday 22 October 2013

menjejak kasih....

"makcik...ada tahu abah kat mana tak?
kami dah cari sampai ke kuala lumpur
kawan2 abah kata dia kat sana
puas cari tapi tak jumpa....bla...bla....bla..."

gitu lah luahan hati seorang anak
dalam usaha mencari si ayah
yang menghilang entah ke mana
sekian lama

tak tahu la di mana silapnya
kalau sekali pun salah si ibu
anak2 masih darah daging kita
memang lah anak2 dah besar panjang
tapi selagi belum menikah
mereka tanggungjawab kita
kita ni wali mereka
kenapa perlu terpisah sebegini
kenapa perlu menjauh hati sebegini
tanpa kabar
menimbul risau dan payah keluarga
orang lain pulak
terpaksa subahat
merahsiakan keberadaannya
hmmm....kesian....
tak patut betul!!!

nenek tahu kabar abah dia
malah nenek ada jumpa
masih sihat walau pun dah usia
bersama isteri baru
yang dah pun diperkenalkan
kepada keluarga si abah
tapi nenek diminta untuk tidak suara

rasa bersalah pulak
tentu la ada sebabnya
sampai perlu ambil cuti
hanya untuk mencari ayah
sedang ayah
tak ambil peduli pun
tentang mereka

nenek terfikir
begitukah nasib nenek
kalau atok menikah lagi
tanpa pengetahuan nenek
tapi adik beradik atok dah tahu
malah merestui
mendahului nenek
walau pun adik beradik memang dah lali
sebab bukan baru kedua atau ketiga kali
tapi dah ke empat kali
sedih betul!!
siapa kena siapa rasa la


Sunday 20 October 2013

home sweet home....

cuti2 malaysia nenek lancar
seronok rasanya bila sampai rumah sendiri semula

keadaan rumah ok
walau ditinggal seminggu

ya
nenek pulang bercuti ke kampong atok
raya haji hari tu
buat korban dan aqiqah alif sekali
bukan tak boleh buat kat shah alam
tapi saja la
nak bawa alif beraya di kampong
dan alhamdulillah
alif tak ragam

bertolak isnin jam 10 pagi
jalan tak jem
sbb orang masih kerja

kami gerak 2 kereta
untuk memudahkan urusan
dan keselesaan
singgah sekejap di hentian sg perak
sampai kedestinasi dalam jam 4 petang

kami nginap di pak man homestay
saaangat selesa
untuk keluarga nenek

pagi raya
lepas solat
atok ke tempat korban lembu
nenek bantu2 kakak atok
persiap apa patut

menu hari tu
ketupat palas
rendang ayam
sup tulang
daging goreng kicap

bila lembu yang dikorban sampai
bantu2 bersih dan asingkan
untuk kenduri esok hari

nenek juga sempat bantu
kemaskan dulang hantaran
untuk kenduri pertunangan
anak buah atok
pada hari raya kedua
majlis jalan lancar
dan kalau tiada aral
bulan mac tahun depan nikah

merah dari rombongan lelaki berbalas ungu dari pihak perempuan


raya ke tiga
ke bukit kayu hitam
jalan2 makan angin saja
tak larat nak berjalan ke danok
cuma di kompleks
dan beli coklat serba sikit

saja jalan2


cadang dari shah alam lagi
nak balik nginap 4 hari 3 malam je
maknanya raya ketiga tu
dah gerak balik turun
sebab nak singgah cameron highland
tapi atok tambah lagi satu malam
di pak man homestay
tak larat katanya
lagipun tentu sampai cameron lewat dah

apapun...
penginapan di pak man homestay
memang terbaik
tapi nenek sibuk bantu kenduri
so tak gerak mana
maklong, papa, mama dan alif
kena jalan2 sendiri
tanpa nenek dan atok

tapi nenek tetap dapat curi masa
ke pekan rabu membeli jajan
buat buah tangan
untuk jiran dan sedara mara
di shah alam dan kl

in syaa allah
bulan mac tahun depan
nenek balik pulak
berdua dengan atok saja kut
anak2 tak dapat cuti
pun kalau mama boleh cuti jaga alif
hmmm...

terimakasih atok
untuk perbelanjaan kenduri aqiqah alif
juga perbelanjaan cuti2 malaysia kita
kali ini
sayang atok!!! :)

Saturday 19 October 2013

strawberry park

waktu untuk bernyaman2
di cameron highland

cadangan awal
hanya nak lalu saja
naik dari simpang pulai
singgah beli apa patut
dan turun ikut tapah

alih2
atok kata jom la tido satu malam
alang2 dah sampai
nginap di iris house hotel

malamnya ke pasar malam
tak cukup tangan bawa jajan
tapi puas hati
dapat beli barang yang dikehendaki

esoknya
ke ladang strawberry
cam biasa
buah bukan manis mana pun
dan tak besar
buah dah hujung2
alif pun sibuk nak petik strawberry

buah tak besar dan tak berapa manis. lagi sedap yang beli di pasar malam brinchang

hasil tuaian maklong


lepas puas jalan
dan beli lagi dan lagi
kami turun jam 2 petang
singgah minum2 di bharat tea
pekena scone la pulak
saja la gatal mulut nak makan scone ni


dalam perjalanan turun
atok dah bagitahu
nak singgah juga gerai orang asli
atok nak beli madu dan petai
nenek cam biasa
usha pokok eksotik
sangkut juga sepokok

kali ni
tak dapat beli tanah cameron
kat cactus point tu
kereta dah over load
tak pasal pulak nanti

keseluruhannya
cuti2 malaysia kami
lancar dan menyeronokkan

terimakasih atok  :)

Sunday 13 October 2013

ujian...

kali ni nenek nak tulis
tentang sesuatu yang serius
kawan nenek ditimpa ujian
yang ibu mana pun akan sedih
bila mendapat kabar sedemikian

anak gadisnya mengandung
tanpa nikah
dan lebih berat lagi
kerana kandungannya
telahpun berusia 6 bulan

kawan nenek tak boleh terima
sedih, terkejut dan rasa teraibkan
dia ambil keputusan
tak mahu menerima lagi
baik anak gadisnya
mahupun cucu yang bakal lahir
jijik benar dia mendengarnya

berat...
ujian ini memang berat untuk diterima
si gadis masih belajar
terpaksa ambil cuti panjang
untuk selesaikan semua ni
si lelaki?
tidak la pula nenek ketahui

nenek simpati pada keduanya
diketika si anak memerlukan sokongan keluarga
begitulah pula penolakkan di ibu
seolah mereka tiada pernah berbuat salah
seolah mereka terlalu suci
hingga mereka lupa
ujian kasih sayang dari allah
tetap akan datang dalam berbagai cara

bila atok dengar tindakan si ibu begitu
kalau betul dia tak mahu cucu tu
atok sudi nak ambik jaga
mana tahu
satu hari nanti
tuhan uji pulak dia tak punya cucu
dari perkahwinan anak2nya yang sah
tentu dia teringin nak tahu
tentang cucu yang satu ni
semua ni kan kuasa tuhan

tak siapa meminta diuji sebegini
tapi kalau berlaku
tanganinya dengan fikiran terbuka
dan muhasabah diri
minta allah berikan jalan penyelesaian
dan permudahkan segalanya
bukan buang dan tutup
lama mana nak rahsiakan
walau tak diketahui orang
percayalah
jiwa mereka tidak akan pernah tenang


pantang kosong....

awal pagi lagi
dah dapat panggilan telefon
dari jiran nenek di PD
melaporkan tindakan kurang adap
segelintir jiran
yang geram dengan mangga nenek
yang besar dan dah tua dan hampir masak

mereka siap panjat masuk
dan panjat pokok mangga tu
dengan selambanya
dan bila jiran nenek menegur
mereka seolah2 terkejut
yg rumah nenek masih ada penjaga
walaupun tiada penghuni
hmmm...

bila atok terdengar perbualan nenek
terus atok suruh jiran nenek
petik je semua mangga tu
bagi2 pada jiran utk rasa
lagipun mangga yang nenek bawa balik
minggu lepas masa jenguk teratak rindu
dah pun masak nenek peram
dah dapat rasa
dan nenek pun tak tahu
bila pulak ada peluang nak balik PD
cuti balik kampong
untuk raya haji

terimakasih kak mah
tolong jenguk2 dan perati rumah
jasa kak mah sekeluarga
hanya allah yang mampu membalasnya

alhamdulillah dah masak dgn elok dalam 12 biji

puas juga la rasa dan nak bawa balik kampong sikit


Thursday 10 October 2013

masa berjalan...

begitu cepat masa berjalan
pejam celik dah bulan 10
minggu depan dah raya haji

dengan masa yang cepat berjalan ni
nenek tak boleh leka lagi
bunga untuk 7 dulang hantaran
yang dijanjikan
perlu siap secepat yang boleh
untuk elak kalut dengan hal diluar jangka

memandangkan temanya warna biru
jadi nenek pilih buat bunga stoking
digabungkan dengan warna perak
sebab untuk diberi kepada pihak lelaki

sementara alif tido
gentel la bunga stoking ni
in syaa allah
akan siap bulan depan
atau awal disember nanti



Wednesday 9 October 2013

indah water

nenek pun tak faham
nak kata wujud
cam tak pernah nampak dah
lori2 depa ni
tapi bil masih sampai

bukanlah mahal mana pun
takat rm48 utk setahun
boleh je bayar online
atau bayar cash di mana2
pusat bayaran setempat

entah la...
ada org cakap tak payah bayar
depa tu mengarut je
tak pernah buat apa pun
kalau ada problem
dekat 2 hari baru muncul
ikut nasib la
hmmm...

tapi bila tak bayar
biar bil bertunggak lama
mulalah bil tu nak merah
selalunya bila bil dah rm200
maknanya dah 5 tahun bertunggak
siap dapat surat saman bagai
dari peguam tu peguam ni
tu baru nak kalut pi bayar
haisshhhhhh...
adakah orang yang cakap tak payah bayar tu
masih selamba tak bayar juga?
atau masih boleh tidur lena?

moral of the story
biar apapun la keje IWK tu
bila bil sampai rumah
atas nama kita pulak tu
bayar je
jangan biar bil bertunggak
kan dah susah diri sendiri

Sunday 6 October 2013

alhamdulillah...

petang semalam
nenek ke teratak rindu
menjenguk rumah
yang lebih 2 bulan terbiar

dalam kepala
tentulah mangga
yang nenek nak tahu sangat
apa perkembangannya

nenek gerak dari shah alam
dalam jam 3.30 petang
ajak atok
tapi atok cam malas je nak ikut
so nenek plan balik sendiri

bila dah siap masak
dan mama alif pun dah balik
nenek terus bersiap
alih2 atok kata nak ikut
ok...

sesampai je kat teratak rindu
nenek sungguh teruja
melihat mangga
yang 2 bulan lalu
hanya sebesar biji kacang hijau
sekarang dah sebesar tapak tangan nenek
malah ada yang lebih besar dari itu
tu dia ehhh...
alhamdulillah...
rezeki dari Allah

lebih kuranglah besarnya banding ngan gunting dapur

Thursday 3 October 2013

liz claiborne...

alhamdulillah
atok selamat kembali semalam
nenek gi klia dengan alif
tunggu flight yg transit dr amsterdam
landed on time

bagai dikata
ole2 utk alif yang banyak
atok beli beg tangan jenama liz claiborne
untuk nenek, maklong dan mama alif
nenek sukaaaa....
untuk papa alif atok beli t-shirt
tq atok