Wednesday 29 May 2013

bukan mudah...

kata orang tua2...
bila buat makan2...
biar berlebih...
jangan kurang...
kalau lebih tu...
rezeki murah katanya...

bukan mudah nak merancang sesuatu majlis...
banyak hal yang perlu diperhatikan...
perlu ada plan A dan plan B...
mungkin juga plan tambahan...
bersedia dengan segala kemungkinan...

nak upah perancang majlis?...
tak ramai yang mahu kut...
kecuali mereka dari kalangan keluarga...
yang benar2 tahu ttg keluarga tu...

dalam majlis perkahwinan...
anak buah nenek baru2 ni....
mungkin capai 50k juga....
atau mungkin lebih....
tapi semua siap la....
katering, khemah, pelamin, baju, cenderahati....
baju sedondong untuk keluarga juga ada...
memang meriah sungguh...
dengan celoteh dj lagi...

kenduri anak sulung perempuan....
dan satu2nya anak perempuan pulak...
of course la nak buat yang terbaik...
mungkin nenek pun akan lakukan yang sama...
untuk maklong alif...

tapi entah la...
yang nenek nampak...
hujung2....
pembaziran...
makanan banyak tak habis...
cenderahati juga masih melambak...

masalah yang hampir sama...
masa kenduri papa alif dulu...
tapi budget nenek tak sampai 16k pun...
cuma salah buat kira2 tetamu...
kad keluar tak sampai 300 pun...
tapi order catering untuk 800 orang...
memang berlebih la...
juga terlupa nak pesan...
pada pihak catering...
untuk asingkan dalam 100 orang makan...
untuk nenek bungkus buat berkat...
memang terlupa sungguh yang tu...

padahnya...
makanan berlebih banyak...
tapi nenek puas hati....
sebab adik beradik dapat bawa balik...
dan tetamu puas makan berulang....
walau tak dapat nak bagi berkat...
pada tetamu yang hadir...
sepertimana perancangan awal...

moga jadi peringatan...
pada sesiapa saja....
yang bakal buat kenduri...
bagus kalau beringat...
biar lebih jangan kurang...
tapi kalau terlampau berlebih...
jatuh membazir pulak...
lebih2 lagi bab cenderahati...
yg kos nya mungkin rm3 dan keatas...
hmmm.....

Friday 24 May 2013

kenduri

"musim mengawan tiba lagi"
gitulah ayat yang selalu kedengaran
bila tiba musim kenduri perkahwinan
pada setiap waktu cuti persekolahan

nenek baru saja balik
dari majlis akad nikah dan berinai besar
anak perempuan abang nenek
kebetulan ada majlis marhaban
nenek masuk sekali berzanji
dah lama nenek tak bermarhaban

dari semalam nenek membantu
isi jajan dalam kotak dan rebus telor pindang
pagi tadi bantu pulak siapkan bunga pahar
sebelum balik tadi
bantu bungkuskan hamper
bekas warna warni dari cosway
buat tetamu esok yang bertuah

esok majlis persandingan
majlis mula jam 11 pagi- 5 petang
kalau ikut nenek
nak saja datang seawal boleh
tapi  nenek gerak lambat sikit kut dari rumah
atok tak kerasan
kata bahasa nenek

ok.......

Wednesday 22 May 2013

tertanya...

lebih 2 bulan lalu
nenek terima email
dari kawan lama

isi email menyatakan
yang beliau sedang berada di london
menziarah kakaknya
yang sedang mendapatkan rawatan
sakit buah pinggang

beliau menyatakan sekali
kos perubatan yang perlu ditanggung
dan memohon bantuan kewangan
seberapa ikhlas yang boleh

hmm...
dari email address tu
mmg la kawan nenek
tapi nenek tak sedap hati
macam ada yang tak kena
lagi pun nenek dah lama tak hubung dia
jadinya nenek abaikan saja email tu

baru2 ni
nampak kawan nenek tu
update status fb dia
nenek pun ambil peluang tanya
bimbang timbul salah faham

menariknya...
bukan cuma nenek
tapi ramai lagi yang hubungi dia
untuk bertanyakan ttg hal itu
dan salah seorang rakan dia
yang turut mendapat email tersebut
ketawa besar tiba2
sebab kawan yang dia kenal
yang kononnya minta bantuan dari london tu
duk bagus punya tengah ngeteh dengan dia

aduhaiii....

Monday 13 May 2013

hari ini dalam sejarah....

saja teringat tarikh ni
arwah mak nenek selalu cerita
masa tu
tengah perintah berkurung
nenek tak sampai usia setahun pun lagi
dan kebetulan nenek demam
maka arwah mak nenek terpaksa
bawa nenek ke klinik kerajaan
yang jauhnya lebih kurang 3 batu
jalan kaki
walaupun tengah sarat
ngandungkan adik nenek
arwah mak nenek kendong juga
bimbang melarat katanya
dengan dua orang ibu lagi
yang anaknya demam juga

tapi sampai di pertengahan jalan
sebuah land rover polis kelihatan
seorang dari mereka laung
"balik!! kalau tidak kami tembak!!"

kecut perut arwah mak nenek
dan ibu lain yang ada
tak banyak soal
kelam kabut semua mencicit balik

sampai situ saja ceritanya
demam nenek baik sendiri
dan nenek tak ingat dah
cerita selepas dari kejadian itu

seingat nenek
arwah abah nenek juga
akan selalu cerita tentang tarikh ni


Sunday 12 May 2013

hari ibu

*edit

bila mak masak...makanlah
kerana ketika mak memasak
mak sentiasa ingatkan kamu

bila mak belikan sesuatu...terimalah
kerana ketika mak memilihnya
mak fikir ianya sesuai buat kamu

bila mak menyuruh...buatlah
kerana ketika mak menyuruh
mak tahu kamu mampu laksanakannya

bila mak menegur...dengarlah
kerana ketika mak sudah menegur
mak bimbang langkahmu tersasar

bila mak katakan jangan...taatlah
kerana ketika mak mencegah
mak takut ianya memudaratkan

yang sebenarnya...
dalam banyak keadaan
kekadang...
mak tiada jawapan sesuai
bagi setiap persoalan
yang kamu tanyakan
namun
mak mahu kamu tahu
yang mak terlalu sayangkan kamu
biar tak selalu mak pamirkan

maafkan mak anakku
kerana mak bukan ibu terhebat
tidak perlu dirai
cukup doa kalian
moga Tuhan berikan kemudahan buat mak
meniti hari tua di depan

mak hanya wanita biasa
bersyukur seadanya

~mak


Monday 6 May 2013

rm30

semalam
nenek ke teratak rindu
betul...
nenek bukan sekadar menjengah
tapi meneman atok dan mak long
yang perlu menunaikan undi di sana

selesai nenek membuat pilihan
di kawasan nenek
kami terus ke tempat undi atok dan mak long
kemudian baru ke teratak rindu

yang menariknya
ada yang memberitahu
bahawa atok dan mak long
layak menerima rm30/seorang
kerana balik tunaikan kewajipan
duit tambang katanya
siap nak temankan gi ambik lagi
dalam nada bersungguh

sajalah nenek terus mengusik
beria2 juga nenek lakon nak tahu lanjut
dan kata boleh la gi ambik
lepas kami balik dari mandi laut

selesai mandi laut
balik teratak rindu bilas apa semua
singgah lagi kat situ
tiba2 dia kata
"peruntukkan habis...bla...bla...bla...."
siap tunjuk sms
tak pasti pulak dari siapa

hehehe...
rugi tak ajak terus pergi tadi
nak tahu gak apa cerita sebenar
korek korek lagi
nenek kan suka nak tahu
tapi nenek memang agak dah

nenek bukan kemarok sangat rm30 tu
rm250 ke...rm500 ke...
eh tak pe tak pe
nenek tak perlukan duit tu untuk nenek
tak layak pun sebenarnya
kenapa tak cx betul2
jatuhlah standard atok!!!!

tapi kalau nak bagi juga
atas nama nenek
nenek ambik
boleh nenek sedekahkan pada yg perlu

kenapa???
tak percaya???

corat coret

alhamdulillah...
calon pilihan nenek menang
baik dun mahupun parlimen
selamat jalankan tanggungjawab anda
untuk tempoh 5 tahun lagi
buktikan janji anda mampu ditunaikan

tapi tiadalah kereta murah
mungkin minyak
dan harga barang akan naik lagi
tanpa kita sedari
sebab dah terlalu banyak makan budi
dan beraku janji

nak buat camana
dah itu keputusan
yang dikeluarkan
oleh pihak yang diberi kepercayaan

pelik juga
di kala pilihanraya besar
yang bakal menentukan hala tuju negara
boleh berlaku perkara2
yang bersabit kelalaian manusia

hmmm....
penutup cerita yang penuh tanda tanya
dan tiada kesudahan
selagi terus begini olahan
dan kehendak penulisnya

tahniah pada yang menang

Sunday 5 May 2013

dengan harapan....


                                                                calit jangan tak calit!!!
                          

nenek dah selesai
tunaikan tanggungjawab nenek
sebagai pemilih
dengan harapan
calon pilihan nenek menang
dan dapat jalani tanggungjawabnya pula
sebagai wakil suara rakyat

sekarang dlm perjalanan ke PD
untuk jenguk teratak rindu

laman grill....

malam ni mak long belanja makan
cadang awal tentu di the homst
tapi penuh

kemudian plan b
ke mr steak house
dalam perjalanan
atok cadang beberapa tempat lagi
sambil lalu tengok
penuh juga tempat yang atok cadang

akhirnya atok ajak ke laman grill
kebetulan masa kami sampai
ada 3 meja 4 seater yang kosong
minta gabung 2 meja
duduk luar macam biasa

atok dan papa alif
order lamb shank
mak long order tenderloin
mama alif nak carbonara spageti
nenek cam biasa cuba chicken chop

                                                                         lamb shank

carbonara
 

                                                                       chicken chop
                              
                                                                welldone tenderloin
        
                                                    laman grill milik chef zubir masterchef



                                                     

*sumber gambar dr internet


masa menunggu tak la lama
dan menu nenek memang meletop
padan la dgn harganya
terimakasih mak long alif
moga tambah murah rezeki mak long

boleh ke sana lagi kut
terutama bila ada org nak belanja  :)


Saturday 4 May 2013

esok...ubah...

esok penentu segalanya

kalau dulu
nenek tak berapa nak endah pun
selain telah di paksa atau terpaksa
sebab atok keje gomen

tapi lepas atok bersara
rasa bebas
banyak hal yang dulu angguk saja
sekarang tidak lagi

masing2 ada sejarah
dan sejarah tak pernah mati
tapi kita pun dah pandai fikir
maklumat hujung jari
dan bukti dengan mata sendiri

nenek berharap sangat
siapa pun yang menang esok
tolong lahhhh....
nenek mahukan perubahan

nenek tak nafikan jasa org terdahulu
tapi inilah akibatnya
bila pembangunan meterial
tak selari dengan pembangunan minda masyarakat
sebab ketika itu kita belum sedia

dah terlalu lama
apa salah ubah
baru nak tahu perbezaan
kalau tak bagus
kita ada peluang ubah lagi
5 tahun akan datang