esok penentu segalanya
kalau dulu
nenek tak berapa nak endah pun
selain telah di paksa atau terpaksa
sebab atok keje gomen
tapi lepas atok bersara
rasa bebas
banyak hal yang dulu angguk saja
sekarang tidak lagi
masing2 ada sejarah
dan sejarah tak pernah mati
tapi kita pun dah pandai fikir
maklumat hujung jari
dan bukti dengan mata sendiri
nenek berharap sangat
siapa pun yang menang esok
tolong lahhhh....
nenek mahukan perubahan
nenek tak nafikan jasa org terdahulu
tapi inilah akibatnya
bila pembangunan meterial
tak selari dengan pembangunan minda masyarakat
sebab ketika itu kita belum sedia
dah terlalu lama
apa salah ubah
baru nak tahu perbezaan
kalau tak bagus
kita ada peluang ubah lagi
5 tahun akan datang
No comments:
Post a Comment