Monday, 6 May 2013

rm30

semalam
nenek ke teratak rindu
betul...
nenek bukan sekadar menjengah
tapi meneman atok dan mak long
yang perlu menunaikan undi di sana

selesai nenek membuat pilihan
di kawasan nenek
kami terus ke tempat undi atok dan mak long
kemudian baru ke teratak rindu

yang menariknya
ada yang memberitahu
bahawa atok dan mak long
layak menerima rm30/seorang
kerana balik tunaikan kewajipan
duit tambang katanya
siap nak temankan gi ambik lagi
dalam nada bersungguh

sajalah nenek terus mengusik
beria2 juga nenek lakon nak tahu lanjut
dan kata boleh la gi ambik
lepas kami balik dari mandi laut

selesai mandi laut
balik teratak rindu bilas apa semua
singgah lagi kat situ
tiba2 dia kata
"peruntukkan habis...bla...bla...bla...."
siap tunjuk sms
tak pasti pulak dari siapa

hehehe...
rugi tak ajak terus pergi tadi
nak tahu gak apa cerita sebenar
korek korek lagi
nenek kan suka nak tahu
tapi nenek memang agak dah

nenek bukan kemarok sangat rm30 tu
rm250 ke...rm500 ke...
eh tak pe tak pe
nenek tak perlukan duit tu untuk nenek
tak layak pun sebenarnya
kenapa tak cx betul2
jatuhlah standard atok!!!!

tapi kalau nak bagi juga
atas nama nenek
nenek ambik
boleh nenek sedekahkan pada yg perlu

kenapa???
tak percaya???

No comments:

Post a Comment