Thursday 26 July 2012

apa nak jadi....

amat mengecewakan
bila statistik pelajar yang terlibat dgn jenayah
semakin bertambah...
walaupun dikatakan berkurangan setiap tahun,
namun tetap membimbangkan...

apa nak jadi dengan Malaysia satu hari nanti??
tentu ada yang kata nenek risau banyak sangat...
entah la...

KELAB GREENBOC: 198 Perogol Di kalangan Kanak-kanak; Fakta Sosial ...

KELAB GREENBOC: 198 Perogol Di kalangan Kanak-kanak; Fakta Sosial ...: D alam pada pelbagai yang berpihak mendakwa, indeks jenayah negara dilaporkan menurun, namun perlakuan jenayah membabitkan kanak-kanak dan p...

Monday 23 July 2012

hari ke tiga puasa

hari ni hari ke tiga puasa
alhamdulillah
puasa nenek sekeluarga lancar
bersahur dan berbuka
sederhana saja menunya

paling seronok
Alif meneman nenek masa sediakan sahur
jam 3 pagi mesti dia jaga
golek2 sambil tengok tadarus
selesai sahur jam 5.30 pagi
Alif masih tak mahu tidur lagi



Friday 20 July 2012

selamat berpuasa

esok kita semua akan mula berpuasa
nenek ucapkan selamat berpuasa kepada semua
(macam la ada org baca blog nenek ni)

semoga kita dapat jalani ibadah puasa tahun ini dengan penuh keinsafan
dan dipenuhi dengan amalan amalan yang mulia
selamat bertarawih dan bertadarus Al Quran

ampun maaf dari nenek dan keluarga

Thursday 19 July 2012

menjadi jadi...

kes jenayah
semakin menjadi jadi kebelakangan ni
kalau buka internet saja
mesti ada
berlaku di siang siang hari
malam jangan cakap la
tempat sunyi
tempat terbuka
malah jenayah dilakukan
oleh orang yang sepatutnya melindungi kita
dan orang yang sepatutnya kita percaya
kalau buat laporan pun
sudahnya selesai luar
tak mahu panjang panjang kes
akhirnya...
jenayah semakin berani dilakukan
manusia semakin tak takut pada TUHAN

keadaan ini
membuatkan masyarakat makin gelisah
selamat mana kah kita sekarang ini?


nenek berdoa
agar kita semua dilindungi NYA selalu




Tuesday 17 July 2012

4 bulan

Alif dah 4 bulan hari ni
dalam usia ni
Alif dah pandai meniarap sendiri
pantang baring
terus pusing badan meniarap
bila penat
mulalah nak jerit. :)


Tuesday 10 July 2012

lagu simple tapi cukup menusuk kalbu



Lagu untuk Ibu

Setitik air susu
Yang masuk ke mulut
Besar hajat ibu
Nak tengok ku hidup

Air susu ibu
Nilai tak dak harga
Walau pitih ribu
Dengan duit berjuta

Ku tengok muka ibu
Sejak muda sampai tua
Dahi kedut seribu
Uban putih penuh kepala

Tapi aku tahu
Ibu banyak jasa
Air tangan ibu
Seribu bau seribu rasa

Oh ibu oh ibu
Terimakasih ibu

c/o tinggi
Sejak kecil
Hingga aku dewasa
Nyamuk sekor tak bui ketik
Mu dok jaga

Makan minum kain baju
Tak bui kurang
Didik aku
Dengan penuh kasih sayang

c/o rendah
Bila besar
Baru aku kenal diri
Tak dak nilai
Jasa ibu tabur budi

Tangan peha kaki
Sanggup jadi jamban
Rela susah diri
Pegho(pelihara@jaga) aku sorang


Ibu yang tua
Duk perati anak anak
Hok(yang) dia tabur jasa
Bila besar dia nak tengok

Anak yang berjaya
Ditaroh harapan
Bekal hari tua
Tempat dia nak menumpang

Oh ibu oh ibu
Jasamu ku kenang

c/o tinggi
Selama ini
Ibu duduk jadi hamba
Hari ini
Ku nak balas segala jasa

Sakit demam makan minummu
Ku jaga
Nak bui senang
Hidup mu di masa tua

c/o rendah
Jasa baik
Budi ibu ku tak lupa
Walau setitik air susumu
Ku rasa

Nak buleh ku sorang
Mu ngandung sembilan bulan
Letih penat badan
Mu tak ghoyak(beritahu) ke orang


Ku cium tangan ibu
Mintak halal mintak ampun
Segala salah aku
Banyak sangat kalu hitung

Hari ni aku tahu
Nilai kasih ibu kandung
Budi dan jasa ibu
Setinggi tinggi aku sanjung

Pada anak anak
Hok (yang) masih ada ibu
Tolong lah pakat tengok
Walau sekali sehari seminggu

Harta dia tak nak
Harap kasih anak cucu
Tengok mata anak
Terubatlah segala rindu

Oh ibu oh ibu
Ku sayang padamu
Oh ibu halallah
Makan dan minumku
Oh ibu oh ibu
Ampunkan dosaku
Oh ibu oh ibu
Terimakasih ibu

Monday 9 July 2012

persiapan

ramadan bakal menjelang
nenek perlu buat persiapan
nak tumpu pada ibadat

segala persiapan raya
yang perlu
akan disiapkan sebelum ramadan
insyaAllah
rasanya sederhana saja
cuma extra untuk Alif

Friday 6 July 2012

politik semasa

nenek bukanlah terlalu anti dengan politik
tetapi kebelakangan ini
keadaan politik semasa begitu menjengkelkan

Monday 2 July 2012

jewel in the palace



menarik betul drama ni
dulu nenek terlepas drama bersiri ni
tak sangka ianya diulang tayang semula
terimakasih tv al hijrah

terdapat satu blog yang menulis ttg cerita ni
episode by episode
menarik betul dan terimakasih kepada penulis blog

http://sembangtv.blogspot.com/2012/06/jewel-in-palace-episod-1.html

Sunday 1 July 2012

anakku...

semalam
hantar borang pertandingan
gambar bayi untuk brand anakku

setiap belian lebih rm60
dapat la borang tu
kebetulan hari tu
berbelanja baju Alif di butik anakku sacc

dalam borang tertulis
mahukan gambar penuh satu badan bayi
tertanya juga
bogel kah?
ishhh..........

pilih punya pilih
gambar Alif yang banyak dalam folder ni
kami sepakat
hantarkan gambar yang biasa saja
berbaju penuh dengan aksi meniarap

Alif dah tegak kepala bila meniarap
tapi berat nak golek sendiri