Thursday 24 May 2012

cukur jambul

Alif cukur jambul sabtu lepas
nenek memang niat nak buat
kenduri ringkas dan hanya menjemput saudara mara
dan teman serta jiran

majlis jalan lancar
nenek masak nasi dan lauk pauk
ada beberapa jenis pencuci mulut
serta air sirap dan buah tembikai

kenduri kali ini sangat meriah
kerana disertai juga oleh keluarga sebelah atoknya
dua keluarga besar turun ke shah alam
sempena cuti sekolah
terimakasih kepada Ustaz Saleh
yang membantu menjadi ketua majlis kenduri
juga jutaan terimakasih
kepada semua yang sudi hadir

Saturday 19 May 2012

tembamnya...

seronok tengok baby one of the blogger yg tembam la sesangat
nampak sihat dan cergas
tengok kan tangannya pun
dah tahu camana debabnya dia

Alif maintain style dia
tak la tembam
tapi berisi
nenek pun tak berani nak bagi Alif tembam
bimbang tak terangkat
kesian pulak dia nanti

apapun...
nenek suka dengan perkembangan dua baby ni
yang lahir pada tahun yang sama
cuma lain bulan
semoga keduanya menjadi anak yang soleh
dan berjaya dunia dan akhirat

Tuesday 15 May 2012

cucuk

Alif gi cucuk 2 bulan hari ni...
Berat dah 4.85kg...
Panjang dah 58cm...
Alhamdulillah.

Kalau ikutkan
Lusa baru Alif 2 bulan
Tapi dah tarikh appointment hari ni
Nenek ikutkan saja

So far ok...
Cuma ragam biasa.

Tarikh temujanji bulan depan lagi awal
12 hari bulan dah kena gi cucuk 3 bulan

Sunday 13 May 2012

tentang Alif

belum pun usia Alif dua bulan
tapi dah pandai main
kerjakan mama dan papa
melayan Alif bersembang tengah malam
bukan nak menyusu pun
saja nak main main

dah pandai main buih mulut
menyembur sampai basah baju

Friday 11 May 2012

iklan ke apa??

memang nenek lemas tengok iklan iklan over sekarang ni...
terutama iklan yang melibatkan barangan intim wanita..

kalau dasarkan testimoni...
nenek pun boleh pakat tulis apa saja..
atau cakap apa saja untuk lakukan barang jualan kita...
tapi tengok tengok la juga.

gitu juga iklan diet atau pusat kuruskan badan..
hanya beberapa percen saja yang berjaya...
selebihnya hanya membazirkan duit..

iklan dengan bahasa badan dan memek muka keterlaluan..
boleh mendatangkan berbagai tanggapan..
dan fitnah kemudian hari..

nenek memang tak gemar dengan iklan sebegini..
betul ada iklan yang boleh dijadikan sumber inspirasi..
tapi puan janganlah over!
orang sekarang bukan bodoh

nenek bebel bukan sebab nenek cemburu...
tapi nenek dah pernah cuba..
keputusannya ada yang menghampakan..
malah ada yang merosakkan keadaan yang sedia elok..
jadi bagi yang terlalu taksub dengan segala iklan..
berhati hati lah..
fikirlah dengan logik akal

Thursday 10 May 2012

puasa

atok puasa sunat hari ni
ada juga yang tumpang sekali

menu buka puasa nanti
kurma
agar agar santan
kopi
nasi dengan segala lauknya

selamat berpuasa sunat

Wednesday 9 May 2012

kenapa???

MASYAALLAH!!
ASTAGFIRULLAH....!!!


tak sanggup nenek tengok video tu
video yang merakamkan seorang perempuan
mungkin ibu, kakak atau pengasuh
yang memukul seorang bayi
sambil tindakannya dirakam oleh adik, atau kawan
yang sampai hati meneruskan rakaman
tanpa membantu si kecil
yang mungkin baru berusia 4-5 bulan

meleleh airmata nenek
menyaksikan si kecil teresak esak nangis
menggapai tangan yang kecil
minta simpati dan pertolongan
namun ditepis dan dipukul lagi dan lagi
sampai lemah pergerakannya

mana pergi nya rasa sayang?
mana pergi nya rasa belas ikhsan?

bayi tu masih terlalu kecil untuk mengerti
dipukul sesedap hati

video sepanjang 4minit lebih tu
kabarnya telah pun di buang
dari suara perakam
besar kemungkinan orang melayu kita
yang entah apa masalahnya

malang sungguh nasib si kecil
semoga ALLAH memberi balasan setimpal
kepada si pemukul dan si perakam
dan sesiapa saja yang berada di situ
pada ketika rakaman tersebut dibuat



**edit tambah 10/5/2011
video tu rupanya diambil tahun lepas
bayi tu perempuan dan dalam usia setahun
ibunya sakit mental dan sedang menjalani hukuman 18 bulan penjara
si perakam yang membuat laporan setelah tak tahan melihat
si kecil menjadi bahan amarah si ibu
apapun.....
nenek masih tak boleh terima keadaan itu
semoga bayi tersebut menerima kasih sayang
dan perlindungan yang sewajarnya

Tuesday 8 May 2012

teman

hari ni
nenek temankan atok ke bangi

kalau ikut google map
ada je jalan yang paling mudah
untuk ke sana
tapi atok pilih jalan lain
yang lebih jauh
lebih jauh dari 3 jalan yang google map bagi
aduhai....

takpe la
nenek kan teman saja
Alif tinggal la dengan mamanya sekejap

Monday 7 May 2012

tentang browny

oh ya...
anak anak browny dah buka mata semuanya
dah lincah berlari

tak seperti anak anak putih dulu
kami sentiasa belek
membilang hari
bila la nak tumbuh bulu
bila la nak buka mata
bila la nak tegak telinga
macam macam
membuatkan masa berlalu lambat

bila browny beranak
nenek pun sibuk dengan Alif
makanya tak siapa nak rajin belek anak anak browny
hanya jadual penyusuan yang perlu diberi perhatian
alhamdulillah...
semua sihat dan dah lincah berlari

nenek bersyukur kerana semuanya dipermudahkan



tentang Alif

hampir jam 9.30 pagi
Alif belum bangun lagi
cuaca pulak amatlah mendung
redup sejuk dan membuat mata berat

bila cuaca gini
nenek mandikan Alif lambat sikit

Alif dah banyak menyusu
pantang buka mata je lapar
lambat bagi susu
mulalah nyaring tangisnya
dan merajuk

sekarang Alif dah pandai minum susu dengan botol
sebagai persediaan sebelum mamanya kerja semula
4 oz Alif boleh habiskan sekali penyusuan
jenuh perah susu la mama Alif

semalam Alif dapat stroller
juga sebagai persediaan
sebelum Alif tambah berat untuk didukung
kena ajar Alif biasa tempat ramai orang
untuk permulaan
tempat paling sesuai adalah space u8
yang belum ada ramai orang
insyaAllah

Thursday 3 May 2012

keletah

hampir seminggu nenek tak update blog
bukan ada cerita menarik pun
yang pasti semua baik baik saja
Alif pun dah banyak keletah
sesekali tersenyum bila di agah
sesekali membalas bila diajak sembang
trademark Alif ialah mulut muncung
bila lambat bagi susu
mulalah merajuk
dan bila pasang video baby bersembang
bukan main lagi Alif menghayati

sekarang
rancangan TV dah kena kongsi dgn Alif
tapi tak semua rancangan Alif boleh tengok
kecuali TV Al Hijrah dan Oasis
boleh la pasang selalu
lebih lebih lagi bila ada selawat dan tasbih

semoga Alif sihat sihat selalu
dan menjadi anak yang soleh...aminn..