Friday 27 April 2012

mykid

balik dari klinik kesihatan tadi
terus singgah ambil mykid Alif
insyaAllah minggu depan kita buat akaun bank ye Alif.
tabung Alif pun dah penuh tu!!!

alhamdulillah

hari ni
Alif dibawa ke Klinik Kesihatan lagi
untuk di ambil bacaan bilirubin dalam darahnya

dari rumah jam 8.45 pagi
budget sampai dalam jam 9 pagi
dan boleh selesai sekitar sejam selepas tu

kali ni parking luar kat jalan
kena jalan jauh sikit la Alif
dan saja nak biasakan Alif kena panas pagi

dapat no 8008
sekarang no 8003
ok la tu
tak la lama nak menunggu

dalam masa menunggu
Alif poopoo pulak
kenalah mama Alif tukar diapers
dan kena ganti susu yang dah keluar dengan poopoo

masa kena cucuk ambil darah
Alif nangis cam biasa
tapi nurse tu pandai pujuk Alif
nangis sekejap je
mungkin juga sebab nurse tu puji Alif dah besar
cam faham je apa nurse tu kata
lagipun dah sebulan lebih
tentulah dah besar
dapat susu ibu terbaik pulak tu  :)

Alif n mama ikut nenek hantar sample darah ke lab
tunggu lagi kat situ dalam 5 minit
bila nama Alif dipanggil
tiada benda lain yang nenek tengok
mata nenek tertumpu pada cebisan kertas
hasil bacaan darah Alif

alhamdulillah!!
syukur pada Allah.
bacaan bilirubin dalam darah Alif sudah kembali normal
78.8/umol bersamaan 4.63/mg
hati siapalah yang tak gembira
akhirnya Alif sembuh dari penyakit kuningnya
terus nenek sms atok dan bagitahu
nenek rasa seronok sangat

esok Alif nak balik kampung mamanya
nenek will miss Alif










Tuesday 24 April 2012

jemputan

awal pagi tadi ada sms masuk
menjemput nenek ke majlis "malam selimut putih"
nenek pasti ramai yang tahu siapa penganjur majlis ni
nenek dibenarkan membawa seorang lagi teman
majlis bermula jam 8 malam ini

sayangnya nenek tidak dapat pergi
nenek kena jaga mama Alif
yang masih dalam pantang
nenek tidak tahu jam berapa majlis akan tamat
dan tak sesuai nak balik lewat malam

terimakasih PK atas jemputan
maaf sekali lagi kerana tidak dapat hadir
insyaAllah di majlis yang lain nanti kita jumpa
salam buat MK

kunjungan

hari ini kawan nenek datang melawat Alif
nenek ingatkan dia sorang saja
rupanya bawa sorang kawan lain
riuh rendahlah jadinya rumah nenek sekejap

apapun...
terimakasih atas kunjungan :)
insyaAllah bebila nenek free
kita ngeteh sama sama

Monday 23 April 2012

hatimu milik siapa?

buku ni nenek beli lebih kurang 5 tahun dulu.
sebuah novel motivasi karya Dr HMTuah.

masa tu, nenek tak tahu pun apa isi ceritanya
nenek beli kerana tajuk dan nenek tengah gila baca novel
nenek rembat novel ni dan 2 novel karya Sri Diah.

bila ada perjumpaan@gathering dgn kawan net
nenek hadiahkan novel ni sebagai kenangan.
gitu juga dgn buku-buku dan novel lainnya

hari tu...
bila jalan-jalan di MPH store
nenek beli semula novel-novel yang nenek rasa patut milik

dalam novel hatimu milik siapa?
nenek suka sangat dgn watak salina.
kenapa?
kenalah beli dan baca

browny...

si browny dah beranak semalam
tak tahu jam berapa
rasanya awal pagi
nenek buka pintu belakang jam 8
nampak anak-anak browny dah bergolek golek
cepat cepat panggil atok
tapi atok tak berapa sihat la pulak
jadi panggilkan papa Alif
mujur hari cuti
nenek minta tolong ubahkan anak anak browny
nenek geli tengok baby browny yang tak berbulu tu
cam anak tikus

6 ekor anak dia
tapi 2 mati sebelum sempat di ubah
tinggal 4 ekor
anak anak browny semua merah
atau mungkin nanti jadi cam warna browny
cokelat keemasan
tak de pulak hitam macam anak anak si putih
tapi tetap ada dot dot hitam di badan dan telinga hitam
dari kejauhan je pun nenek jeling jeling

tapi nenek tiada pilihan
terpaksa juga uruskan baby browny
since atok kena kerja luar lagi
dan yg lain keje
dan mama Alif masih dalam pantang

nenek tak pegang pun
cukup sekadar masukkan browny ke dalam bakul anak anaknya
dan browny susukan
tapi kena sapu minyak kapak dulu kat hidung browny
untuk elak dia bau tangan orang kat anak anak dia
dan nampak browny ok la dari si putih
harap harap semuanya ok

Saturday 21 April 2012

gangguan

sepanjang ingatan nenek
hanya sekali nenek mengalami gangguan ditempat tinggal
ketika mengikut atok bertugas
itupun sekadar ada benda
yang bergayut dan memberatkan mata nenek
seolah memberi nenek rasakan
kerana nenek ada terkeluar cakap
bagaimana agaknya rasa diusik mahluk halus

kebetulan pula
waktu itu nenek baru lepas melihat kawan yang dirawat
dirasuk mahluk halus tersebut
antara percaya dengan tidak melihat dua manusia
berbalas dialog yg entah apa apa
dan suara yang berbeza

nasib baik kejadian berlaku ketika nenek sedar
nenek usaha melawan
nyata mahluk itu cuba untuk menguasai
sampai nenek mampu lafaz takbir
terasa lega amat
dan keadaan pulih seperti biasa
peristiwa berlaku lebih kurang 20 tahun dulu

semalam...
atok balik dari out station
menceritakan sesuatu yang pelik berlaku di bilik penginapannya
gangguan yang atok kata membuat dia seram
dan takkan melupakan
dan takkan bermalam lagi di bilik tersebut

bila diadukan kepada penyambut tetamu ketika check out
mereka hanya tersenyum dan menyarankan atok
menyebut nama bilik yang atok tidak mahu
jika atok ingin bermalam lagi di situ di lain ketika

dan atok kata...
dia takkan bermalam lagi di hotel jika bersendirian

hmmmmmmm....






Friday 20 April 2012

110/umol

bacaan darah Alif 110/umol hari ini
alhamdulillah
walaupun masih diatas 100, tapi menurun
minggu depan sekali lagi nampaknya kena ambik darah

tapi today cucu nenek baik sangat
dah besar kut
kurang nangis
susu pulak dah makin banyak hisap
masih fully bf

Tuesday 17 April 2012

4kg

berat badan Alif naik 4kg
itulah catatan untuk bulan pertama

tadi Alif nangis masa timbang
kena buka semua baju
malah pampers pun tak boleh pakai
memang timbang bogel bulat
lepas timbang kena ukur pulak

lepas beberapa ketika menunggu
kena bogel lagi sekali
nurse nak belek satu badan
menangis la pulak lagi

bila time cucuk
Alif menangis juga
tp tdk sekuat nangis dibogelkan
sikit je nangis Alif

dan nurse ada bagitahu
yang kuning Alif masih nampak
tunggu tengok jumaat nanti
harap harap bacaan darah kuning Alif
akan menurun
InsyaAllah

Monday 16 April 2012

my dear Alif...

hari ni Alif genap 30 hari.
kalau ikutkan dah sebulan la
tapi ikut tarikh
esok la baru genap usia Alif sebulan
dan esok
adalah hari untuk Alif kena cucuk

esok kalau sempat
nenek akan cerita
bagaimana reaksi Alif
kena cucuk diumur sebulan

harapnya Alif dah imune dengan cucuk cucuk ni
kan Alif dah biasa kena cucuk ambik darah
cucu nenek kan kuat!!!
sayang Alif!

Friday 13 April 2012

dendang

tiap kali nak tidorkan Alif
menjadi kewajipan nenek dendangkan tasbih
tak sampai 10 minit
tentu Alif dah pun terlena

tapi tadi
tiba tiba je
ada yang bersuara
Alif boring la dengar lagu tu
asyik asyik pulak muka yang sama je dendangkan

nenek sabar je
Allah lebih tahu

atok......boring ke???

naik

bacaan darah Alif naik pulak hari ni
cuba nenek sembunyikan rasa bimbang
tapi mana mungkin nenek berdiam
puas nenek mencari punca
seingat nenek
sudah mengikut semua saranan doktor
mahupun teman teman yang mengenali

tapi nenek akur
nenek maklum paras bilirubin tu
memang ada kemungkinan naik semula
bergantung keadaan
dan bayi G6PD
memang agak lambat untuk sembuh dari jaundice

minggu hadapan
Alif perlu jalani ujian darah lagi
kalau masih diatas paras 100
Alif perlu dirujuk kepada pakar kanak kanak

doakan semuanya kembali kepada normal

Thursday 12 April 2012

repek nenek lagi

kali ni nenek nak repek tentang rumah
bagi nenek
rumah adalah tempat untuk seisi keluarga
bermesra, bergurau, beristirehat, berkreatif
atau apa saja
yang terlintas difikiran
rumah adalah tempat yang cukup privacy
utk melepaskan segala rasa
yang ada dalam jiwa
samada suka dengan suasana yang riuh rendah
atau suka dengan suasana sunyi sepi
rumah adalah tempat paling selesa
bagi setiap orang

sesetengah orang
amat berbesar hati
menerima siapa saja tetamu
keluarga mahupun peminta sedekah
tanpa mengira waktu
lewat daun pintu yang sentiasa terbuka luas
bagi mereka
tiap tetamu yang hadir
ada membawa rahmat dan rezki tersembunyi
dari Ilahi

sesetengah orang pula amat pantang
jika ada tetamu yang hadir
dengan sayup salam atau pun bunyi ding dong
atau juga dari ketukan sederhana dibalik pintu
tanpa sedar
mulut terkeluar kata-kata kurang menyenangkan
pastinya tamu tanpa diundang
terkadang ditunggu hingga salam ke tiga
atau berapa kali salam sekalipun
daun pintu tetap terkatup rapat
berbetulan pula kalau yang empunya rumah
tengah angin satu badan

dan bagi sesetengah orang
ada diperuntukkan ruang waktu untuk tamu
kerana rumah tidak sebesar mana
atau tiada apa pula untuk disaji
malah tiada acara penting untuk dirai
makanya hanya waktu-waktu tertentu saja
daun pintu rumahnya dibuka
untuk merai keluarga, kenalan dan jiran tetangga
seadanya
semampunya

bagi nenek pula...
semua keadaan di atas adakalanya berlaku
lebih-lebih lagi kalau bersendirian dirumah
nenek takkan buka pintu
kalau dipagar sana nenek tidak kenal
nenek perlu hati-hati

nenek juga kurang selesa
jika tetamu yang hadir
adalah orang yang nenek telah maklumkan pada atok
yang hati nenek belum terbuka untuknya
memang atok saja cari pasal!

nenek juga tidak menolak
kalau tetamu yang hadir adalah keluarga
datang lah waktu mana pun
tentu ada perlunya
sampai mereka berpayah ke rumah nenek

tapi lebih baik
andai tetamu yang mahu hadir
maklumkan dulu
sekurang-kurangnya dua tiga jam sebelum muncul
dapatlah nenek persiap apa yang patut
maklumlah
kalau dirumah
nenek gunakan sepenuhnya privacy yang ada
lebih-lebih lagi setelah ada Alif

apapun...
nenek pernah impikan sebuah rumah
ada 7 bilik tak termasuk store
1 bilik ibu, 1 bilik solat, 1 bilik bacaan,
2 bilik untuk anak-anak, 1 bilik tamu
dan 1 lagi bilik khas
untuk nenek letakkan semua hasil kerja nenek di situ
macam mini studio
tapi belum tercapai lagi
insyaAllah satu hari nanti
nenek tetap percaya impian itu mampu dicapai

Wednesday 11 April 2012

happy ending

drama korea Yes Captain! dah pun berakhir semalam
seperti diduga ianya happy ending
atok nampak suka sangat
dan puas hati dengan pengakhirannya
melekat nonton dari awal episod akhir tu

nenek hanya perhati dari jauh je
nenek tau ada babak yang menyentuh hati atok
sebab tu nenek dah cakap awal dulu
atok tentu suka tengok drama tu

sabar la atok
kalau jodoh tak ke mana

Saturday 7 April 2012

121

bacaan darah Alif semakin turun
untuk semalam, bacaan darah Alif turun kepada 121
alhamdulillah...
namun nenek tetap akan usaha
agar bacaan darah Alif turun keparas normal

jumaat depan Alif ada temujanji
dengan doktor lagi
di KKIA shah alam

Wednesday 4 April 2012

jadual

jadual tugasan nenek sedikit berubah
buat sementara ni nenek sedang cuba menyesuaikan diri
dengan segala perubahan
tidor malam nenek pun sesekali terjaga
bila terdengar suara tangis Alif
bukan nenek tak percaya pada kebolehan mama dan papa Alif
cuma naluri keibuan nenek saja yang begitu peka
dan tak sampai hati pulak rasanya
nak biarkan saja Alif menangis
kekadang tangisnya sampai tiada suara
tiba tiba saja

apapun...
sekarang Alif dah lebih banyak berjaga dari tidor
sesekali layan sembang dengan Alif
nenek takkan jemu tunggu
sampai Alif pandai balas sembang dengan nenek. :)