hari ni
Alif dibawa ke Klinik Kesihatan lagi
untuk di ambil bacaan bilirubin dalam darahnya
dari rumah jam 8.45 pagi
budget sampai dalam jam 9 pagi
dan boleh selesai sekitar sejam selepas tu
kali ni parking luar kat jalan
kena jalan jauh sikit la Alif
dan saja nak biasakan Alif kena panas pagi
dapat no 8008
sekarang no 8003
ok la tu
tak la lama nak menunggu
dalam masa menunggu
Alif poopoo pulak
kenalah mama Alif tukar diapers
dan kena ganti susu yang dah keluar dengan poopoo
masa kena cucuk ambil darah
Alif nangis cam biasa
tapi nurse tu pandai pujuk Alif
nangis sekejap je
mungkin juga sebab nurse tu puji Alif dah besar
cam faham je apa nurse tu kata
lagipun dah sebulan lebih
tentulah dah besar
dapat susu ibu terbaik pulak tu :)
Alif n mama ikut nenek hantar sample darah ke lab
tunggu lagi kat situ dalam 5 minit
bila nama Alif dipanggil
tiada benda lain yang nenek tengok
mata nenek tertumpu pada cebisan kertas
hasil bacaan darah Alif
alhamdulillah!!
syukur pada Allah.
bacaan bilirubin dalam darah Alif sudah kembali normal
78.8/umol bersamaan 4.63/mg
hati siapalah yang tak gembira
akhirnya Alif sembuh dari penyakit kuningnya
terus nenek sms atok dan bagitahu
nenek rasa seronok sangat
esok Alif nak balik kampung mamanya
nenek will miss Alif
No comments:
Post a Comment