Thursday, 12 April 2012

repek nenek lagi

kali ni nenek nak repek tentang rumah
bagi nenek
rumah adalah tempat untuk seisi keluarga
bermesra, bergurau, beristirehat, berkreatif
atau apa saja
yang terlintas difikiran
rumah adalah tempat yang cukup privacy
utk melepaskan segala rasa
yang ada dalam jiwa
samada suka dengan suasana yang riuh rendah
atau suka dengan suasana sunyi sepi
rumah adalah tempat paling selesa
bagi setiap orang

sesetengah orang
amat berbesar hati
menerima siapa saja tetamu
keluarga mahupun peminta sedekah
tanpa mengira waktu
lewat daun pintu yang sentiasa terbuka luas
bagi mereka
tiap tetamu yang hadir
ada membawa rahmat dan rezki tersembunyi
dari Ilahi

sesetengah orang pula amat pantang
jika ada tetamu yang hadir
dengan sayup salam atau pun bunyi ding dong
atau juga dari ketukan sederhana dibalik pintu
tanpa sedar
mulut terkeluar kata-kata kurang menyenangkan
pastinya tamu tanpa diundang
terkadang ditunggu hingga salam ke tiga
atau berapa kali salam sekalipun
daun pintu tetap terkatup rapat
berbetulan pula kalau yang empunya rumah
tengah angin satu badan

dan bagi sesetengah orang
ada diperuntukkan ruang waktu untuk tamu
kerana rumah tidak sebesar mana
atau tiada apa pula untuk disaji
malah tiada acara penting untuk dirai
makanya hanya waktu-waktu tertentu saja
daun pintu rumahnya dibuka
untuk merai keluarga, kenalan dan jiran tetangga
seadanya
semampunya

bagi nenek pula...
semua keadaan di atas adakalanya berlaku
lebih-lebih lagi kalau bersendirian dirumah
nenek takkan buka pintu
kalau dipagar sana nenek tidak kenal
nenek perlu hati-hati

nenek juga kurang selesa
jika tetamu yang hadir
adalah orang yang nenek telah maklumkan pada atok
yang hati nenek belum terbuka untuknya
memang atok saja cari pasal!

nenek juga tidak menolak
kalau tetamu yang hadir adalah keluarga
datang lah waktu mana pun
tentu ada perlunya
sampai mereka berpayah ke rumah nenek

tapi lebih baik
andai tetamu yang mahu hadir
maklumkan dulu
sekurang-kurangnya dua tiga jam sebelum muncul
dapatlah nenek persiap apa yang patut
maklumlah
kalau dirumah
nenek gunakan sepenuhnya privacy yang ada
lebih-lebih lagi setelah ada Alif

apapun...
nenek pernah impikan sebuah rumah
ada 7 bilik tak termasuk store
1 bilik ibu, 1 bilik solat, 1 bilik bacaan,
2 bilik untuk anak-anak, 1 bilik tamu
dan 1 lagi bilik khas
untuk nenek letakkan semua hasil kerja nenek di situ
macam mini studio
tapi belum tercapai lagi
insyaAllah satu hari nanti
nenek tetap percaya impian itu mampu dicapai

No comments:

Post a Comment