sepanjang ingatan nenek
hanya sekali nenek mengalami gangguan ditempat tinggal
ketika mengikut atok bertugas
itupun sekadar ada benda
yang bergayut dan memberatkan mata nenek
seolah memberi nenek rasakan
kerana nenek ada terkeluar cakap
bagaimana agaknya rasa diusik mahluk halus
kebetulan pula
waktu itu nenek baru lepas melihat kawan yang dirawat
dirasuk mahluk halus tersebut
antara percaya dengan tidak melihat dua manusia
berbalas dialog yg entah apa apa
dan suara yang berbeza
nasib baik kejadian berlaku ketika nenek sedar
nenek usaha melawan
nyata mahluk itu cuba untuk menguasai
sampai nenek mampu lafaz takbir
terasa lega amat
dan keadaan pulih seperti biasa
peristiwa berlaku lebih kurang 20 tahun dulu
semalam...
atok balik dari out station
menceritakan sesuatu yang pelik berlaku di bilik penginapannya
gangguan yang atok kata membuat dia seram
dan takkan melupakan
dan takkan bermalam lagi di bilik tersebut
bila diadukan kepada penyambut tetamu ketika check out
mereka hanya tersenyum dan menyarankan atok
menyebut nama bilik yang atok tidak mahu
jika atok ingin bermalam lagi di situ di lain ketika
dan atok kata...
dia takkan bermalam lagi di hotel jika bersendirian
hmmmmmmm....
No comments:
Post a Comment