Friday 9 August 2013

sedondon

nenek tak pasti
siapa mula2 yang reka
atau cipta budaya sedondon ni

kadang2 nampak menarik
atau boleh dikatakan
sehati sejiwa gitu
lebih2 lagi jika warna
dan fesyen gayanya
lembut dan menarik
dan ahli keluarga pula
dalam 4-5 orang
termasuk ibu bapa

tapi kadang2 nampak serabut
bila yang pakai pulak
dalam 10-12 orang
termasuk ibu bapa
warna corak pulak terang dan garang
tambah lagi dengan labuci manik sana sini

aduhaiiii....
itu raya
apahal pulak dengan kenduri perkahwinan
pun nak tema sedondon?

nenek bukanlah anti sedondon
tapi nenek rimas la
budaya siapa sebenarnya ni
sampai menjadi ikutan ramai

nenek maklum
orang kata untuk mudahkan tetamu kenal
keluarga pihak pengantin
hmmm ok...
kalau ianya utk keluarga pengantin saja
boleh diterima
tapi kalau sampai pakcik makcik
nak kena sedondon
tak perlu rasanya

pada pihak pengantin yang bagi kain
alhamdulillah dan terimakasih
namun...
sepasal la pulak nak cari tukang jahit
kadang tu harga upah lebih mahal
dari harga kain yang diberi @ dapat
yang boleh jahit sendiri ok la

entah la...
kadang2 kita terlalu nak jaga
hebat kita
nama kita
majlis kita
sampai kita terlupa
payah orang lain

pemikiran sebegini yang nenek cuba nak org sedar
bukanlah pulak nenek kata
buat majlis takat asal jadi
atau ala kadar saja
dah memadai
nanti marah pulak org yang banyak duit

tapi
cubalah kurangkan kos yang tak perlu
kerana perbelanjaan selepas kenduri
yang lebih perlu
dititik beratkan

bagi yang ada duit lebih silakan
tapi kalau sampai perlu minta sponsor
atau berhutang
tolong la....
tak berdosa pun
kalau buat majlis seadanya
yang penting
tetamu dirai
makan cukup
ada buah tangan sebagai cenderahati
dari keluarga
doa dari tetamu
alhamdulillah semoga berkat


ps*

nenek tumpukan cerita ni pada orang2 yang kurang kemampuan tapi nak buat juga.



salam aidilfitri

Kata Imam Al-Ghazali : yang jauh itu WAKTU,yang dekat itu MATI,yang besar itu NAFSU,yang berat itu AMANAH,yang mudah itu BERBUAT DOSA,yang panjang itu AMAL SOLEH, yang indah itu SALING MEMAAFKAN

"Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin”



Ps**

Pada kawan baik nenek, minta halalkan segala apa adanya. Rindu kat kau!!! :)

Wednesday 7 August 2013

melecur

uishh...
bukanlah teruk sangat pun
tapi sajalah nak kongsi

semalam buka puasa dengan ikan bakar
bersama nasi beras rebus

atok beli ikan merah
hampir sekilo juga beratnya
mintanya di bakar
jadi nenek uruskan ikan tu
buh garam kunyit, lada
lepas tu perap kejap

bila sebelah  ikan masak
nenek cuba terbalikkan
dengan rasa yakinnya
nenek terus pegang tangkai pembakar ikan
aaaauuuccchhhh....sakitnya
terus baca doa nabi ibrahim
dan curahkan jelly aloevera neubest
denyutnya jangan cakap la

tapi pagi ni
tangan nenek dah baik
tanpa kesan melepoh
terima kasih jelly aloevera neubest

terharu

semalam adik nenek telefon
adik bongsu
sebelum lahir adik bongsu sorang lagi
13 tahun kemudiannya. :)

hajat telefon untuk bertanyakan khabar
setelah dia ada bermimpi nenek sakit
selain agak lama nenek menyepi
dari fb

aduhai terharunya
rindu sangat agaknya
sampai termimpi2
lama juga la layan  nyembang
agar terubat rindunya
dan terjawab
tafsiran mimpinya

tq sis...kalian tetap dalam hati