nenek tak pasti
siapa mula2 yang reka
atau cipta budaya sedondon ni
kadang2 nampak menarik
atau boleh dikatakan
sehati sejiwa gitu
lebih2 lagi jika warna
dan fesyen gayanya
lembut dan menarik
dan ahli keluarga pula
dalam 4-5 orang
termasuk ibu bapa
tapi kadang2 nampak serabut
bila yang pakai pulak
dalam 10-12 orang
termasuk ibu bapa
warna corak pulak terang dan garang
tambah lagi dengan labuci manik sana sini
aduhaiiii....
itu raya
apahal pulak dengan kenduri perkahwinan
pun nak tema sedondon?
nenek bukanlah anti sedondon
tapi nenek rimas la
budaya siapa sebenarnya ni
sampai menjadi ikutan ramai
nenek maklum
orang kata untuk mudahkan tetamu kenal
keluarga pihak pengantin
hmmm ok...
kalau ianya utk keluarga pengantin saja
boleh diterima
tapi kalau sampai pakcik makcik
nak kena sedondon
tak perlu rasanya
pada pihak pengantin yang bagi kain
alhamdulillah dan terimakasih
namun...
sepasal la pulak nak cari tukang jahit
kadang tu harga upah lebih mahal
dari harga kain yang diberi @ dapat
yang boleh jahit sendiri ok la
entah la...
kadang2 kita terlalu nak jaga
hebat kita
nama kita
majlis kita
sampai kita terlupa
payah orang lain
pemikiran sebegini yang nenek cuba nak org sedar
bukanlah pulak nenek kata
buat majlis takat asal jadi
atau ala kadar saja
dah memadai
nanti marah pulak org yang banyak duit
tapi
cubalah kurangkan kos yang tak perlu
kerana perbelanjaan selepas kenduri
yang lebih perlu
dititik beratkan
bagi yang ada duit lebih silakan
tapi kalau sampai perlu minta sponsor
atau berhutang
tolong la....
tak berdosa pun
kalau buat majlis seadanya
yang penting
tetamu dirai
makan cukup
ada buah tangan sebagai cenderahati
dari keluarga
doa dari tetamu
alhamdulillah semoga berkat
ps*
nenek tumpukan cerita ni pada orang2 yang kurang kemampuan tapi nak buat juga.
No comments:
Post a Comment