Wednesday 29 February 2012

mentang-mentang jawa?

saja nenek up kan kata-kata atok ni
tidak bermaksud apa-apa pun
bukan nak sabit keturunan
sekadar mengenang kaitan
taucu ke jawa?
atau jawa ke taucu?
makan taucu jadi jawa?
atau orang jawa je ke makan taucu?
nenek blur jap
kalau tempe tu boleh gak nenek terima

yang nenek tahu...
orang cina pun makan taucu
orang melayu pun makan taucu
orang india nenek kurang pasti la pulak

tapi nenek memang suka taucu
malah taucu adalah masakan pertama
yang nenek belajar dari arwah abah
masa umur nenek 12 tahun
mudah dan membuka selera
berkuah atau kering
lagi pedas lagi sedap
buh bawang lebih
sampai pijar tangan
dek kerana potong cili api

atok........
taucu sedap apa!!! 

bila resah....



bacalah surah ni banyak2...

Monday 27 February 2012

gout

gout atok menyerang lagi.
kesian nenek tengok
lutut atok bengkak dan merah
menandakan kesakitan yang amat

bila jadi macam ni
nenek hanya mampu melihat dan melayan
ajak gi doktor, tp cam biasa, atok tak mau lagi

skrg atok tengah tido
baru dapat lena lepas makan painkiller

Sunday 26 February 2012

khas

hari ni buatkan satu blog khas buat arnab arnab nenek.
atok yang minta diadakan blog untuk arnab arnab tu
siap ambik gambar
dan cerita lah semua tentang arnab di situ.
rasa teruja sangat bila kali ni anak anak arnab nenek semua hidup.


sesiapa nak tengok blog arnab nenek sila ke http://duniaputihbrowny.blogspot.com/

masih bengkak

alhamdulillah....
lepas mendapat sentuhan tukang urut
yang urutannya amatlah menyakitkan
rasa nak jerit, tapi control ayu gitu. :p
lebih sejam juga tukang urut kerjakan kaki nenek
habis semua urat ditenyehnya.
selesai urutan
nenek cuba berdiri dan berjalan
tanpa tongkat
alhamdulillah
sakit terseliuh ni dah ok.
tidak la hilang, tapi amat berkurang.
dapat nenek bebas bergerak dalam rumah

cuma sampai ke hari ni
kaki nenek masih bengkak.
nampak sementot je jari jari kaki nenek. :)
atok kata nenek tak duk diam
tapi camana nak duk diam?
ishhh.........

nasib baik atok bantu memasak.
terimakasih atoknya.

Friday 24 February 2012

terseliuh...

entah angin mana yang bertiup
tiba-tiba nenek jatuh terpeleot kat dapur
nenek tak terjerit sbb jatuh baik punya!!! :)
aduhai....



dah sapu minyak panas
tapi masih belum ada perubahan
petang ni
nenek ada appointment dgn kawan
yang boleh tolong urut terseliuh
harap-harap semuanya kembali ok


payah sungguh nak jalan pakai tongkat
tak la sakit sangat
cuma nenek tak mahu menambah keterukan kecederaan
di kaki tu

Tuesday 21 February 2012

cerdas

nampak gaya kesemua anak si putih cerdas. :)

jadi kerja pulak atok tolong pegang putih untuk susukan
siap si putih tendang anak-anaknya bila terasa sakit
mungkin susu putih masih belum banyak

nenek geli nak layan anak-anak putih selagi belum tumbuh bulu
so...sehingga waktu itu tiba.....
terpaksa la atok yang bantu pegang putih ikut time.
sib baik atok cuti      :)

Monday 20 February 2012

cik putih dah jadi ibu

cik putih anggora lion head rabbit nenek dah beranak kejap tadi
5 ekor anaknya.
2 hitam, 3 merah
hasil campuran dengan baka giant yang nenek beli sebulan lalu
tapi nampak gaya ibu muda ni belum pandai jaga anak
dan anak2nya nampak ada yang kurang sihat


apapun...all the best putih!!

Sunday 19 February 2012

kenduri

hari ini
dapat sempurnakan majlis kenduri doa selamat utk menantu nenek


seawal jam 7 pagi nenek mulakan masak-masak
nasi putih, ayam goreng, lemak udang campur cendawan tiram,
sambal tumis sotong permintaan atok
ikan bilis kicap yang menjadi trade mark nenek
sup tahu jepun campur fucuk, cendawan hitam dan suun
tak lupa agar-agar kelapa muda,
menu simple tapi alhamdulillah...
semuanya dapat disediakan mengikut masa
nenek tambah kek cokelat yang ditempah dari kawan
dan menantu tambah cream puff yg juga ditempah dari kawan


jamuan bermula dari jam 12 tengahari.
kehadiran jiran dan sedara mara memeriahkan suasana


terimakasih semua kerana sudi hadir
insyaAllah...di lain ketika kita kumpul lagi ramai-ramai.

Wednesday 15 February 2012

sms dari no misteri...

kelmarin nenek terima beberapa sms
sms dari no yang tidak bernama
maknanya nenek tidak mengenali beliau
isi smsnya pulak
boleh membuatkan seseorang sakit jantung
aduhaiiiiiii....


puaslah nenek cuba recall
siapa pemilik no tersebut
walau telah dia nyatakan sikit sebanyak
ttg dirinya dan ibunya
yang menurut katanya adalah sahabat nenek
ishhhh....
siapa ye????


tapi nenek ambil keputusan
untuk abaikan saja isi sms itu
nenek dah malas nak peningkan kepala

Sunday 12 February 2012

ziarah tok besan

tok besan masuk wad.
urine berdarah
berita disampaikan oleh kakak anak menantu
baru se malam di wad kenanga 8
belum tahu lagi diagnosisnya
mungkin akan ditahan di wad dalam 2-3hari lagi
kesian tok besan
dalam usia yg dah lanjut
nampak benar uzurnya
nenek dan atok ambil kesempatan ziarah
tok nek besan juga ada sama
semoga tok besan cepat sembuh.
aminnn

Thursday 9 February 2012

comelnyerr...

aktiviti hari ini adalah melawat kakak nenek.
meriah betul suasana rumah kakak nenek
dikelilingi oleh cucu-cucunya yang seramai enam orang itu
comel-comel semuanya
alhamdulillah semuanya dalam keadaan sihat-sihat belaka

nenek punya masa bakal datang.   :)

Wednesday 8 February 2012

Yes Captain!!!

drama korea terbaru
yang mampu mengisi slot harian nenek
kalau atok ada pun
nenek pasti
atok pun suka drama ni

cam pakar motivasi

itulah kata sepupu nenek
bila nenek ada memberikan pendapat seposen nenek ni padanya


nenek sekadar membantu je
berdasarkan pengalaman sendiri dan perkongsian
bersama teman-teman yang mempunyai berbagai kisah hidup
juga mengambil dari pakar-pakar yang pernah berurusan bersama


kkdg dalam hidup, kita kena berani melepaskan
untuk memberi ruang pengisian kepada sesuatu yang lebih baik.

Tuesday 7 February 2012

sesat di chatuchak

pernah sampai ke chatuchak?


ianya adalah salah sebuah pasar besar terkenal di bangkok.
leka berjalan mencari ole-ole utk dibawa pulang ke malaysia
akhirnya nenek dan seorang kawan sesat di dalam pasar chatuchak.
tak jumpa jalan keluar ke tempat check point


kami teruskan jalan tapi memang tak jumpa jalan balik.
nak bertanya, rata-rata orang sana tak tahu berbahasa inggeris
atau memang malas nak melayan orang sesat macam kami


bila dapat keluar,
tak jumpa pulak check point tu
nasib baik jumpa polis
yang sedang membantu pegawai bank memunggah peti besi duit(agaknya)
beritahu nama bangunan yang sepatutnya menjadi check point kami
rupanya kami dah jauh tersasar ke sebelah hujung satu lagi.
ibarat peta malaysia
kami mula masuk tadi di perlis
tapi kami keluar di johor
masyaAllah


setelah penerangan diberi
kami jumpa bangunan check point..
alhamdulillah..
dan memang pemandu pelancong kami dah macam orang gila
mencari kami ke hulu ke hilir
kawan yang lain lagi la risau.
maklum...
dalam 30 minit juga kami tersesat
sudah mengganggu plan seterusnya


dengan muka yg tak tahu nak kata camana
nenek terus saja naik bas dan berdiam.
malu benar nak berhadapan dengan kawan-kawan serombongan


sejak itu nenek berazam utk tidak mahu lagi merepek
atau dgn kata lain cakap besar
lebih-lebih lagi bila berada di negara orang.


pengalaman yang cukup memalukan, mendebarkan,
dan macam-macam me lagi.
aduhaiii....

Monday 6 February 2012

atok pergi lagi...

hari ni atok pergi lagi.
nenek akan sendirian layan tugasan yang belum selesai

tapi kenapa atok tak bagi nenek ikut?
selalu atok yang beria ia mengajak nenek!!

jeng jeng jeng!!!!