Thursday 31 January 2013

teman...

pagi ni
teman atok buat medical
seperti biasa
bila atok jumpa doktor
nenek layan sarapan
sambil mengenet

jap lagi..
teman atok ke putrajaya pulak
ke DCA utk update lesen


Sunday 27 January 2013

Frasers Hill

cuti hari ni
saja ambil kesempatan jalan2
ke frasers hill
dengan atok dan mak long
alif balik kampung dengan papamama

cadang tu nak gerak dalam jam 8 pagi
tapi duk siap apa semua
jam 9.45 baru gerak dari rumah
ikut rawang
dan sampai kkb dalam 10.15.
terus kejarkan gap
katanya naik jam ganjil
dan turun jam genap
tapi rupanya dah tak pakai aturan tu
sbb naik ikut jalan lain
dan turun nanti ikut jalan lain

naik tu ok je
cuaca pun nyaman je
sesekali angin bertiup
terasa gak sejuk cam cameron highland
ingat nak berjalan dari satu tempat ke satu tempat
tapi nampak cam jauh je
dan tak larat nak kayuh kaki
jadinya jalan2 sambil berhenti dengan kereta saja
sempat bergambar sana sini
ingat nak ke straberry farm
tapi dah tak de strawberry sgt pun
tak macam cameron highland
tapi ada tarikan lain kat situ
ada tasik allan waters
boleh bagi ikan makan
dan boleh naik paddle boat keliling tasik
bayaran rm6 utk 15 minit
tak naik pun

sebelum turun singgah makan kat restoren puncak
gile mahal
nasi, ikan patin 2, ayam goreng seketul
telor masin setengah, udang lemak 3 ekor
dan ikan pari bakar
makan utk 3 orang
kalau kat tanah rata
mungkin dalam rm30
tapi kat situ
sudah jadi rm65.
aduhai...
bayar je la
atok belanja

restoren puncak


gi kedai cenderamata
sederet dengan restoren tu
beli t-shirt untuk nenek dan alif
atok dan maklong tak mahu
nenek rembat je la magnet fridge sekali
saja buat kenangan

baliknya konon ok cam naik tadi
tapi nenek silap
siap nak muntah bagai
sudahnya nenek pejam mata
dan tak lalu nak tengok jalan yang bengkang bengkok tu

so pada siapa yg nak ke fasers hill
boleh je skrg
tak de gap waktu dah
cuma jalan je la tak boleh tahan
mabuk free saja

tapi alhamdulillah
nenek dah sampai semula frasers hill
setelah 20 tahun tak pernah naik situ
tq atok and maklong
sudi teman dan tunaikan hasrat nenek
bebila kita ke bukit tinggi pulak 

Friday 18 January 2013

alif dah 10 bulan

lama tak update cerita alif

semalam
alif dah 10 bulan pun
belum  boleh berjalan
tapi dah meniti tepi2 sofa
gigi dah 2 batang

super junior nenek ni
cukup cergas orangnya
selain dah pandai macam2

tapi alif tengah tak sihat
demam panas dari kelmarin
dah makan ubat demam
ubat kut bawah pun dah bagi
masih boleh main
cuma tak seaktif masa sihat
demam nak pandai jalan la kut
masa tumbuh gigi hari tu
alif tak meragam
ni la baru alif demam sangat
suhunya tinggi

masa lum tiba untuk alif sembuh
ujian buat papa mama tak tido malam

kesian alif
semoga alif cepat sembuh
dan boleh gurau2 dengan nenek lagi
sayang alif


Thursday 17 January 2013

tetiba...

tetiba
nenek terasa nak makan nasi kenduri la pulak
hmmm...


Saturday 12 January 2013

kali ke tiga

semalam
adalah kali ke tiga
cubaan nenek buat red velvet cake
nenek memang lemah sesangat
bahagian buat kek dan kuih muih
tapi biasalah perempuan
rasa ingin nak buat tu ini
tetap ada

kali pertama dulu
nenek salah adun
kek naik melambung
sampai merekah
tapi sedap di makan
cuma tak semerah yang sepatutnya

kali ke dua pulak
cuba ikut skill yg betul
tanpa sebahagian bahan
tetapi mencampurkan pula sedikit bahan lain
kek keras cam apa ntah
bau pun semacam la pulak
boleh la jamah juga
tapi bila terbau
hilang selera

kali ke tiga ni
ikut semua cara dan bahan dengan betul
masyaAllah...
seronoknya bila menjadi
kek red velvet nenek tu
masaknya setara
merahnya menyala
dan cukup rasa
cuma tak dan buh topping
atok dah suruh potong nak rasa

atok kata "PASS"
orait ahhhhh...
bangga oooo  :)

Monday 7 January 2013

berita...

nenek ambil kesempatan
menghubungi penyewa teratak rindu
sejak dia duduk
belum sekali nenek bersua muka dengan dia
masa awal nak menyewa dulu pun
nenek cuma berkira dengan makciknya

tadi dapatlah ber sms
bertanyakan juga kalau2 ada masalah
maklumlah tuan rumah
nak tahu juga keadaan
kena ambil kisah juga
akan keselesaan penyewa

"sinki bilik air pecah...saya tak tahu camana leh jatuh!"

aduhai...
tentu dia panik
nenek bukan nak marah pun
dah tiba ajal sinki tu
nenek maklum sinki tu pun agak senget sikit
entah camana kontraktor tu buat

so...
nenek kena balik juga la ke teratak rindu
settlekan bil2 yang tentunya dah bertunggak
cukai tanah dan cukai taksiran juga
tentu bilnya dah sampai



gadjet

mungkin...
nenek memang tergolong
dlm kumpulan manusia ketinggalan

nenek tak pernah kesah pun
ada gadjet terbaru di pasaran
nenek tiada sebarang keperluan

tapi nenek bukan lah "peghak" sgt
sampai tak pernah ambik tahu langsung
mungkin nenek tak pandai
gunakan segala application
dalam setiap gadjet tu
but at least
I will try to use
kalau ada peluang

cuma nenek tak tahu nak cakap apa
bila berhadapan dengan situasi
segolongan manusia
yang asyik bertukar gadjet
walau yang tebaru dimiliki
tak cecah pun usia setahun
dah bertukar ke gadjet baru
yg lama simpan
sbb kalau tolak pun
tokey tu mesti ambik murah

aduhaiiii....
malas nak cakap la
sendiri punya duit kan!!

Tuesday 1 January 2013

cuti

1 januari 2013
cuti sempena tahun baru
seperti biasa
atok lebih suka lekat di rumah
orang lain suka atau tidak
ikut saja
(boring!!)   :)

tapi nenek faham kehendak anak anak
cuma nenek pun dah sebati
dengan keadaan ini
sebab tu nenek izin
kalau anak anak nak keluar
jalan jalan dengan kawan
atau keluar mana mana ambil angin
masing masing pun dah pandai memandu
dan punya kenderaan sendiri
nenek teman atok saja la

atok pun tak keberatan
kalau anak anak nak keluar
biasa la nak lepas tension dari kerja
cuti lah masanya
sehari je pun
nak tunggu cuti tahunan
entah diluluskan atau sangkut
macam tahun tahun dulu

kesian juga kat anak anak
walau dah besar panjang dan berkeluarga
tapi kisah dulu
tak pernah nenek lupa
hingga terkadang
buat nenek rasa bersalah
tapi tak dapat nak undur masa

kalau lah..............