saja ambil kesempatan jalan2
ke frasers hill
dengan atok dan mak long
alif balik kampung dengan papamama
cadang tu nak gerak dalam jam 8 pagi
tapi duk siap apa semua
jam 9.45 baru gerak dari rumah
ikut rawang
dan sampai kkb dalam 10.15.
terus kejarkan gap
katanya naik jam ganjil
dan turun jam genap
tapi rupanya dah tak pakai aturan tu
sbb naik ikut jalan lain
dan turun nanti ikut jalan lain
naik tu ok je
cuaca pun nyaman je
sesekali angin bertiup
terasa gak sejuk cam cameron highland
ingat nak berjalan dari satu tempat ke satu tempat
tapi nampak cam jauh je
dan tak larat nak kayuh kaki
jadinya jalan2 sambil berhenti dengan kereta saja
sempat bergambar sana sini
ingat nak ke straberry farm
tapi dah tak de strawberry sgt pun
tak macam cameron highland
tapi ada tarikan lain kat situ
ada tasik allan waters
boleh bagi ikan makan
dan boleh naik paddle boat keliling tasik
bayaran rm6 utk 15 minit
tak naik pun
sebelum turun singgah makan kat restoren puncak
gile mahal
nasi, ikan patin 2, ayam goreng seketul
telor masin setengah, udang lemak 3 ekor
dan ikan pari bakar
makan utk 3 orang
kalau kat tanah rata
mungkin dalam rm30
tapi kat situ
sudah jadi rm65.
aduhai...
bayar je la
atok belanja
restoren puncak
gi kedai cenderamata
sederet dengan restoren tu
beli t-shirt untuk nenek dan alif
atok dan maklong tak mahu
nenek rembat je la magnet fridge sekali
saja buat kenangan
baliknya konon ok cam naik tadi
tapi nenek silap
siap nak muntah bagai
sudahnya nenek pejam mata
dan tak lalu nak tengok jalan yang bengkang bengkok tu
so pada siapa yg nak ke fasers hill
boleh je skrg
tak de gap waktu dah
cuma jalan je la tak boleh tahan
mabuk free saja
tapi alhamdulillah
nenek dah sampai semula frasers hill
setelah 20 tahun tak pernah naik situ
tq atok and maklong
sudi teman dan tunaikan hasrat nenek
bebila kita ke bukit tinggi pulak
No comments:
Post a Comment