*edit
bila mak masak...makanlah
kerana ketika mak memasak
mak sentiasa ingatkan kamu
bila mak belikan sesuatu...terimalah
kerana ketika mak memilihnya
mak fikir ianya sesuai buat kamu
bila mak menyuruh...buatlah
kerana ketika mak menyuruh
mak tahu kamu mampu laksanakannya
bila mak menegur...dengarlah
kerana ketika mak sudah menegur
mak bimbang langkahmu tersasar
bila mak katakan jangan...taatlah
kerana ketika mak mencegah
mak takut ianya memudaratkan
yang sebenarnya...
dalam banyak keadaan
kekadang...
mak tiada jawapan sesuai
bagi setiap persoalan
yang kamu tanyakan
namun
mak mahu kamu tahu
yang mak terlalu sayangkan kamu
biar tak selalu mak pamirkan
maafkan mak anakku
kerana mak bukan ibu terhebat
tidak perlu dirai
cukup doa kalian
moga Tuhan berikan kemudahan buat mak
meniti hari tua di depan
mak hanya wanita biasa
bersyukur seadanya
~mak
No comments:
Post a Comment