kali ni nenek nak tulis
tentang sesuatu yang serius
kawan nenek ditimpa ujian
yang ibu mana pun akan sedih
bila mendapat kabar sedemikian
anak gadisnya mengandung
tanpa nikah
dan lebih berat lagi
kerana kandungannya
telahpun berusia 6 bulan
kawan nenek tak boleh terima
sedih, terkejut dan rasa teraibkan
dia ambil keputusan
tak mahu menerima lagi
baik anak gadisnya
mahupun cucu yang bakal lahir
jijik benar dia mendengarnya
berat...
ujian ini memang berat untuk diterima
si gadis masih belajar
terpaksa ambil cuti panjang
untuk selesaikan semua ni
si lelaki?
tidak la pula nenek ketahui
nenek simpati pada keduanya
diketika si anak memerlukan sokongan keluarga
begitulah pula penolakkan di ibu
seolah mereka tiada pernah berbuat salah
seolah mereka terlalu suci
hingga mereka lupa
ujian kasih sayang dari allah
tetap akan datang dalam berbagai cara
bila atok dengar tindakan si ibu begitu
kalau betul dia tak mahu cucu tu
atok sudi nak ambik jaga
mana tahu
satu hari nanti
tuhan uji pulak dia tak punya cucu
dari perkahwinan anak2nya yang sah
tentu dia teringin nak tahu
tentang cucu yang satu ni
semua ni kan kuasa tuhan
tak siapa meminta diuji sebegini
tapi kalau berlaku
tanganinya dengan fikiran terbuka
dan muhasabah diri
minta allah berikan jalan penyelesaian
dan permudahkan segalanya
bukan buang dan tutup
lama mana nak rahsiakan
walau tak diketahui orang
percayalah
jiwa mereka tidak akan pernah tenang
No comments:
Post a Comment