Nenek dah agak memang keadaan ini akan berlaku. Sembang boleh lah. Bukan dekat jarak antara Jalan Sastera ke Taman Intan. Kalau memandu sejam setengah juga baru sampai. Lagi lah kalau nenek yang memandu. Dengan mata tak berapa nak elok. Tapi kerana rindu dan menunaikan hak, kunjungan perlu juga dilakukan. Sekarang sudah berseli dua minggu sekali. Kesian rumah nenek.
Kebimbangan tentang kejadian pecah rumah juga sesekali hinggap dalam kepala nenek. Walau telah membuat aduan ke balai polis berdekatan, rasa bimbang tetap ada.
Tilapia di kolam perlu diberikan makan. Walaupun tilapia dan keli tu spesis ikan yang tahan lasak, tapi itulah penjaga rumah nenek sementara waktu. Susunan pasu-pasu lama berupa orang-orangan juga sebagai penambah seri. Rumput juga perlu diracun. Pokok-pokok perlu disiram dan dibaja.
Wangian bunga kemuning, ros dan melur, sudah terlalu lama tidak tercium. Sungguh nenek rindu untuk kembali menetap di situ. Entah bilakah sampai waktu itu. Mungkin...Teratak Rindu perlu ditukar nama kepada Teratak Rahim(sayang), mengharap semoga kasih sayang penghuninya berterusan dan sentiasa diberkati. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment