Friday, 8 April 2011

jagalah bicaramu...


"Kepala ot*k korang la...c*b*i...bar**..." ect...ect.......................

Aduhai....istigfar panjang nenek tiap kali mendengar sesiapa saja yang menyebut perkataan-perkataan begitu. Tentu perkataan tersebut sudah sebati di jiwa, perkara biasa, makanya dikeluarkan tanpa rasa segan dan rasa bersalah.Walaupun asalnya hanya suka-suka dan bergurau senda terlepas kata.

Kalau ianya disebut oleh anak-anak atau remaja yang masih boleh ditegur dan dididik, satu hal. Tetapi yang nenek kesalkan adalah apabila perkataan dan ayat-ayat tersebut disebut oleh seseorang yang bergelar ibu dan isteri. Memang ianya sesuatu yang tidak beradap dan memalukan. Ianya perlu dihentikan.

Berguraulah dengan kata-kata yang manis. Biar nampak skima...tapi belajarlah untuk lebih beradap dan menjadi contoh terbaik buat anak-anak. Bahasa menunjukkan bangsa. Kalau bahasa bicara hari-hari pun kita tak jaga, siapa tahu nasib bangsa kita kemudian hari.

Nenek pesan sangat pada diri nenek dan anak cucu nenek...jagalah bicaramu. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Sebelum ini terjadi, berhati-hati lah.

No comments:

Post a Comment