pagi tadi, nenek terima sms dari seorang sahabat lama. ada dia menceritakan tentang satu kes yang sedang dihadapinya sekarang. dia sudah sedaya membantu, tetapi dia juga meminta pandangan nenek tentang kes tersebut.
keganasan rumahtangga. itu kes pokoknya. tetapi si mangsa tidak mahu membuat aduan ke pihak yang bertanggungjawab lantaran masih sayang kepada si pelaku. anak-anak? apakah mereka perlu menerima saja segala takdir yang berlaku tanpa sebarang pembelaan?
aduhai...nenek mohon sangat kepada si mangsa. buatlah aduan hitam putih. beranilah kerana benar. kalau kita jujur, insyaAllah, jalan penyelesaian akan ada. semakin jauh kita lari, semakin susah kita jadinya. malah melibatkan anak-anak juga.
nenek sekadar mampu mendengar. nenek pun sudah tiada apa2 kuasa untuk digunakan selain bantu mencarikan saluran yang benar untuk melancarkan bantuan. itu sahaja. nenek harap si mangsa dapat memikirkan kebaikan untuk anak-anak dalam masa yang terdekat ini.
No comments:
Post a Comment