(*edit)
bila bercakap tentang kongsi
ramai yang suka @ boleh terima
kongsi niaga
kongsi mainan
kongsi makanan
kongsi idea
kongsi untung
kongsi macam2
tapi bila timbul bab kongsi suami
rasanya ramai isteri yang terkedu seketika
kkdg hati kata cam ok je
tapi hati juga yang soal...boleh ke?
nenek tak bantah hukum Tuhan
bila usia dah macam nenek ni
nenek sedar manfaatnya hukum Tuhan tu
cuma sikap tipikal perempuan
biasalah...susah nak terima
kongsi suami ni bukan sesuatu yang main2
dan si pelaksana tu
kenalah faham bebenar ttg hal ni dulu
jangan suruh orang redha
dan terima saja qada dan qadar tuhan
kalau diri sendiri pun belum ikhlas
menerima sesuatu ujian
dan jangan bila nak nikah je
sesedap mulut kata itu ikut sunnah Nabi
tapi amalan harian
tak pula ikut sunnah
peliknya mereka boleh kata
"you nak ke i terus buat maksiat?"
masyaAllah...
awak dah dewasa
awaklah masing2 perlu kawal diri
sedar kedudukkan masing2
kenapa perlu sampai keluar kata2 seperti itu
sedang isteri sedia ada kadang2 tersepit
dalam situasi
yang jaaaaaarang sangat orang boleh faham
apalagi bila pelaksana mohon dirahsiakan hal tu
dari pengetahuan ahli keluarga lainnya
baik anak2 atau adik beradik
nenek dikelilingi
mereka2 yang hidup berkongsi ni
99% darinya mengecewakan
1% peratus yg ok tu pun
sebab si pelaksana memang banyak duit
keperluan rumahtangga ni sebut saja nak apa
pembantu rumah sampai dua orang disediakan
walau bab yg lainnya hampeh juga
ada juga kes yang minta izin macam budak2
macam esok sudah tiada
isteri sedia ada hanya mampu turut
mahkamah lulus
seronok dia dapat nikah
elok sebulan lepas nikah tu
isteri baru selamat lahirkan bayi
kira lahir berbapa la bayi tu
walau tak ber bin @ binti kan atas namanya
si pelaksana fikirkan mungkin masalah selesai
dah sah pun nikah
tapi sebenarnya
masalah kemudian2nya
lebih banyak lagi
yang dia tak pernah mahu fikirkan sebelum ni
di mana rahmatnya dalam perkongsian tu?
di mana manisnya dalam bermadu?
nenek suka dengan kata2 ni
"kalau mula pun tak cantik........"
(sambung sendiri)
sebenarnya...
nenek cuma teringat pada seseorang
yang sedang alami masalah kongsi ni
kongsi duduk serumah pulak lagi
hmmmm...
semoga dia tabah hati selalu
dan teruskan hidup walau apapun berlaku
No comments:
Post a Comment