Monday, 24 June 2013
jerebu...
sejak seminggu ni
keadaan cuaca memang tidak baik
untuk sebarang aktiviti luar
pandangan mata kasar pun amat terhad
buka2 pintu rumah je
bau habuk menerkam
terus masuk dalam hidung
sangat sangat tidak selesa
bukan setakat budak sekolah
alif juga terpaksa jalani perintah berkurung
sehingga keadaan jerebu bertambah baik
bila?
nenek pun tak tahu
setakat jam 5 petang tadi
bacaan ipu di selangor
masih melebihi 100 (171*)
tanda * tu maknanya berhabuk halus
mujur semalam
penerbangan atok lancar
dan mendarat pulang dengan selamat
pada semua
jaga kesihatan baik2
pakai topeng untuk perlindungan
kalau rasa tak selesa di hidung, tekak dan mata
segeralah berjumpa doktor
untuk pemeriksaan dan rawatan
terutama pada penduduk
yang tahap ipu nya tinggi
jangan lupa minum air masak banyak2
untuk bacaan terkini ipu
sila ke: http://www.nre.gov.my/malay/pages/IPU.aspx
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment