Wednesday, 18 September 2013

rela terpaksa...

semalam ada baca post dari seseorang
menyatakan suara hati
bagaimana dipaksa nikah
dengan lelaki pilihan ibunya

kalau si anak buta, pekak, tidak bekerja
atau memang sudah terlalu lanjut usianya
mungkin pilihan si ibu adalah wajar
dan kalau pilihan si ibu
mengutamakan tuntutan agama
berbesar hati lah wahai anak

tapi masalahnya
si anak bukan calang2 ilmu
rupa molek, kerja pula bagus
malah sudah punya pilihan sendiri
si ibu bukan tidak tahu tentang itu
namun si anak
tidak mampu membantah
jika bantah putus hubungan ibu dan anak
kerana si ibu amat yakin
dengan harta lelaki pilihannya
mampu memberi bahagia untuk anaknya

aduhaiiii...
dah nikah pun
kenapa tak suara masa tok kadhi tanya?
rela atau terpaksa
dah jadi tanggungjawab
untuk taat sepenuhnya
pada suami pula
semoga dipanjangkan jodoh
dan menjadi isteri yang solehah


si anak seusia maklong alif je
malah maklong alif pun
belum ada bau apa2 lagi
masih bersemangat tumpu pada kerjaya
esok2... In syaa Allah

No comments:

Post a Comment