nenek tak tahu nak kata apa
dan mengapa ini masih berlaku
jika tahap ekonomi negara
dikata stabil
rakyat sudah dibantu
dengan segala bram brim brum
nyata masih belum cukup
kerana desakan hidup yang melampau
nenek pasti mereka lakukan dengan niat
tanpa segan
malah orang boleh baca
apa yang mereka fikirkan saat itu
tanpa sedar laku mereka
nenek rakamkan
di bawah topi tu la duitnya. tak tahu berapa, tapi merah.
duit yang diterima
hasil bincangan segala
mungkin bukan banyak mana pun
tapi kesan dari duit tu
mendarah daging
jadi keturunan
lahir anak2 kurang peradaban
keluarga pula berantakkan
perkara ni
buat nenek menyampah
pada mereka2 itu
tapi nenek tak pernah menafikan
tanpa mereka
boleh kelam kabut dunia ni
tolonglah...
kalau benar mereka salah
saman saja
hentikan rasuah
hapuskan duit kopi!!!
No comments:
Post a Comment