Wednesday, 4 September 2013

mas manja

entah la
nenek pun tak tahu sebenarnya
nama mangga yang sedang berbuah
di laman rumah nenek ni

tapi bila bawa balik 6 biji ke kedah hari tu
kak ipar nenek la bagitahu namanya
mas manja

inilah rupa mangga tu

dan yang ini selepas dibalut untuk peram


buahnya sebesar tapak tangan
panjang dan gemok
sebiji boleh mencapai 200-300gm

sesedap namanya
mangga ni sangat sedap bila masak
manis sesangat
tapi kalau mentah atau baru2 nak masak
tak lalu nak gigit
punyalah masam
terasa sampai ke akar gigi masamnya
orang mengandung mungkin suka la kut

raya hari tu
memang tengah nak masak dah mangga tu
nenek dah siap peram 5-6 hari
beberapa biji mangga tu
bila buat open house hari tu
nenek bagi sorang 2-3 biji bawa balik
siapa yang rasa tak cukup
kait la sendiri tambah
silat la dengan kerengga
nenek boleh bagi plastik
dan cara2 nak peram saja

sekarang masih ada lagi
mangga2 yang terlalu tinggi
tapi nampak masih belum cukup tua
untuk dikait dan peram
mungkin esok lusa
kena ambik juga mangga tu
kalau tidak
jatuh sesaja sbb angin dan hujan
sayanggg...

tiba-tiba...
nenek teringatkan teratak rindu
camanalah putik2 mangga yang lebat hari tu
dah sebesar mana agaknya


No comments:

Post a Comment