Thursday 12 September 2013

kalau dah rezeki...

semalam nenek ajak atok ke klia
atok tanya juga untuk apa?
sahih atok lupa
lepas asar nenek siapkan alif
dan jom...kita gi klia

semalam
tarikh anak buah atok berangkat ke Jordan
untuk sambung belajar
ya...anak buah atok
yang nenek pernah cerita hari tu

pemergiannya dengan tajaan
jabatan agama negeri
dapat zakat semua
Alhamdulillah

gitulah
kalau dah rezeki
dapat juga dia ke Jordan tu
pelan2 nanti
dewasa lah dia

sebenarnya...
nenek pun berat nak lepaskan dia
lebih2 lagi
bila ada pelajar
yang tarik diri kerana kabar angin
akan berlaku serangan
di negara bersebelahan sana

sesambil menunggu flight
sembang dengan anak buah atok tu
tiba2 dia kata
nanti raya haji kita jumpa ye
aikk!!!
ada la yang nak kena perli nanti tu
kalau betul dia balik
hai laa..

semoga anak buah atok selamat
dan dilindungi Allah selalu
dan pulang dengan kejayaan

maksu sayang man
wish you luck
and be the best among the best





ps*tadi dapat berita dari utara
anak buah atok dah selamat sampai di bumi Jordan
Alhamdulillah...


No comments:

Post a Comment