Monday, 9 September 2013

sebak...

semalam kenduri kat rumah jiran
kenduri doa selamat dan baca yasin
untuk hadapi pembedahan
dua orang dari empat anaknya
yang sulong berusia 10 tahun
dan yang bongsu berusia 2 tahun

yang bongsu disahkan thalassemia major
yang sulong akan dermakan air sum sum tulang
untuk si adik
selepas ibu dan ayah tak serasi

selepas selesai bacaan yasin
si ayah buat ucapan sikit
sebak dia bila menyatakan terimakasihnya
dan hajat kenduri tu
tersekat2 dia bersuara
siisteri turut menitiskan airmata
nenek pun tak tahan sedih

ya la...
siapa tahu
apa yang ada dalam fikiran mereka
takut, bimbang, sedih,
berat mata memandang
berat lagi bahu yang memikul
ini kisah sebelum pembedahan
bagaimana pula selepas pembedahan nanti
semuanya memerlukan pengorbanan
yang bukan sedikit


Ya Allah
permudahkanlah urusan mereka
selamatkanlah anak2 mereka
berilah mereka kekuatan
mental dan fizikal
sepanjang masa
sesungguhnya
hanya Engkau pemberi segala  ujian
hanya Engkau pemberi segala kenikmatan
aamiiinn

No comments:

Post a Comment