keadaan anak buah masa mula sampai memang lemah
mungkin sebab penerbangan yang lama
dan ditambah keadaan kesihatannya
membuatkan dia tidak bermaya untuk berkata2
ibu nya teman sepanjang anak berada di sana
malangnya semua maklumat dari jordan
dalam bentuk cd
tidak dapat dibuka baca
dan terpaksa dihantar ke makmal it hospital
dan anak buah akan terpaksa melalui mri sekali lagi
untuk mengetahui keadaan
yang doktor di hospital sg buloh kata
dari keadaan kasar anak buah atok
ianya bukan pendarahan tetapi mungkin ketumbuhan
yang telah membesar
4 hari berada di hospital sg buloh
keadaan anak buah semakin baik
dengan pantauan ubatan dari doktor
banyak kenalan dan guru2 nya datang ziarah
nenek sekadar menyiapkan masak apa2
yang boleh dijamah anak buah dan ibu nya
seminggu lebih jugalah nenek berulang
memenuhi keperluan kakak dan anak nya
dan selepas ujian mri dijalankan
didapati...
memang ketumbuhan itu besar
walaupun benign tumor
tapi ianya terletak dikepala kiri
dan betul2 berada diantara
saraf mulut dan kaki
AllahuAkbar
doktor nasihatkan ianya dibuang
tapi risiko tetap ada
dan doktor bagi anak buah keluar bercuti
tenangkan fikiran
sebelum tarikh pembedahan bulan mei katanya
No comments:
Post a Comment