Friday, 29 March 2013

bika ambon

sejak atok berhenti keje
sebagai kakitangan kerajaan
nenek tak jumpa dan makan
kuih bika ambon
kueh tradisional dari medan

kalau tidak,
tentu sebulan sekali
ada saja yang bagi
atau atok sendiri pergi beli

isnin lepas
atok ke medan
4 hari
dan tentunya kueh bika ambon
yang nenek pesan utk ole2

pilihan nenek
tentunya pandan dan keju
atau original saja
                                            (sumber gambar dr internet)
alhamdulillah
semalam
atok balik bawa 3 rasa
mocca, pandan keju dan cokelat
atok kata
masa dia pergi kedai hjh mariani
pemilik zulaikha bika ambon tu
perisa lain dah sold out
tinggal yg tu je

tapi nenek tetap suka
perisa yang pandan keju
memang sedap
nak buat sendiri
kurang kesabaran dan kepandaian :p

terimakasih atok.

Tuesday, 26 March 2013

main main...

nenek baru terima berita
anak kawan nenek
yang belajar medic di indonesia
terpaksa balik
disaat2 peperiksaan tahun akhir
disebabkan visa tamat tempoh

hmm...
nenek tak tahu nak kata apa
nenek mmg tak faham apa2
tapi macam tak logik je alasan tu

sayang betul
sbb katanya
kalau ikut betul
dalam bulan mei atau jun tahun ini
dah tamat la anaknya tu belajar
dah boleh jadi doktor
tak sangka
jadi macam ni pulak
bila ditanya pada empunya diri
boleh siap gelak2 lagi
ingat main main apa?
tak ke boleh menimbulkan fitnah

masyaAllah...
tak terfikir ke susah payah mak ayah
nak jawab apa pada sedara mara
dan kawan2 yang bertanya?

terpaksa sambung setahun lagi
memang la dapat tajaan
tapi kalau tak cuai
tentu dah boleh mula kerje
aduhai anak2.......

kesian betul nenek kenangkan kawan nenek tu
semoga beliau tabah hati selalu...


pertunangan

semalam ahad
berlangsung majlis pertunangan
antara anak kpd abang nenek
bersama pasangannya dari kelantan

nenek cuma bagi sedulang hantaran
dan bawa sedikit kuih
untuk majlis minum petang tu

alhamdulillah
tak sangka pulak
atok pandai jadi jurucakap
bagi pihak abang nenek
boleh pun!!!
terimakasih atok. :)

Saturday, 23 March 2013

JITP

drama jewel in the palace ni
tak tahu dah berapa kali nenek tengok
baik di TV mahupun youtube
nenek tak pernah jemu

cerita ni terlalu banyak pengajaran
walaupun ada slot yang dipotong
tapi isi ceritanya tak berubah
malah jadi tontonan serata dunia

tiba2....
nenek teringat seseorang....
dia pun suka nonton dan baca
sesuatu cerita
yg diambil dari kisah benar



kosong....

agak terkilan
bila kawan yg pernah mesra dgn kita
satu ketika dulu
tiba2 menjauh
bermacam rasa
dan persoalan yang bermain di minda

apa salah nenek agaknya ye??

nenek doakan
semoga dia sentiasa dirahmati Allah
panjang umurnya
dan berbahagia selalu hendaknya

kalau boleh
jika berkesempatan
tolonglah
kabarkan pada nenek
walau sepatah kata

nenek sayang dia kerana Allah....

Monday, 18 March 2013

happy birthday Alif Qusyairi

alif dah setahun
nenek buat pulut makan ngan kari ayam
atok tengah takde
jadinya sambutan sgt sederhana

nek su dtg utk rai alif
siap bawa kek lagi
tq nek su

malamnya bawa alif gi ICT
cadang nak masuk snow walk
tapi baby bawah 3 tahun tak boleh masuk la pulak
nenek pun tak perasan arahan tu
masa nenek gi snow walk dulu
jadinya jalan2 dan pusing rata la jawabnya

satu ttg ICT
skrg dah ada macam2
sesuai utk jalan2 habiskan masa
dan berbaloi park rm10 satu kereta
duk pi la lama mana pun
lagi larat badan
dan larat poket   :)

pagi ni alif ada appointment di kksa
kena cucuk sejarum
biasalah nangis
tapi kejap je
dah setahun umur cucu nenek
kejap je masa berlalu

Tuesday, 5 March 2013

bila hilang rasa percaya...

sebenarnya
nenek tak suka nak upkan hal
yg berlaku di LD
betapa hilangnya rasa percaya
dan rasa hormat kita
bila kita suka nak buat main2
dengan nyawa orang
pasukan keselamatan juga jadi mangsa

tapi nenek nak ucap takziah
pada keluarga anggota keselamatan
yang telah terkorban di LD
semoga roh mereka yang beriman
dicucuri rahmat...

Al Fatihah...



Saturday, 2 March 2013

tambahbaik...

dalam jam 8 pagi tadi
ada lebih kurang 4 orang
dalam sebuah mpv kementerian kesihatan

nenek tengok ada jururawat
dan nenek rasa
mereka tu mungkin jururawat masyarakat
atau petugas on call
yang sedang mencari rumah seseorang
tak tahu lah mereka jumpa atau tidak

nenek rasa semua tahu
keadaan sesuatu tempat tu sering berubah
taman2 perumahan tumbuh macam cendawan
dan selalunya kakitangan kerajaan
tidak tetap disesuatu tempat
dalam tempoh yang lama

apa salahnya kalau mereka ni
mendapatkan peta kawasan sebelum bergerak
kan lebih lancar kerja nya
itu kan boleh menambah baik perkhidmatan
tidak lah terkial2 mencari

pusing dua tiga round
dalam satu kawasan
tanya pulak dengan pembantu rumah indon
memang payah la jadinya


tu belum campur masa nak mengopi
menyinggah situ sini
hmmm.....


ooopppsss!!

Friday, 1 March 2013

mac

lama tak update ttg alif
dah boleh jalan tanpa disuruh
tapi masih belum stabil
boleh bangun berdiri sendiri dari merangkak
alhamdulillah...
perkembangan kecerdasan alif sangat memuaskan
cuma perkembangan berat badan saja
yang agak slow
aktif sangat kut!!

bulan ni alif genap satu tahun
nenek bercadang nak buat jamuan
tapi bukan pada tarikh lahir alif
sebab esoknya alif ada appointment di KK

kalau ikut atok
tunggu saja alif dah usia 4-5 tahun nanti
baru seronok nak buat jamuan
tapi tengok la camana
mungkin jamuan tahun pertama ni
jamuan keluarga saja
sekadar merai usia setahun alif
insyaAllah