Saturday, 30 November 2013

oh my TR...

nenek baru balik
dari menjenguk teratak rindu
nenek gerak petang semalam
kesesakkan berlaku di jalan menuju lbj
hampir sejam di laluan itu saja

bila jalan satu lorong jammed... sabar je la


sampai di bulatan kemang
terus singgah family store
beli barang dan jajan untuk diri
ye...nenek bermalam di teratak rindu
bertemankan ikan di kolam
pohon2 meliar di persekitaran
hmm...
sunyinya tanpa atok...
atok mana?
tengah berehat di palu barangkali
atau mungkin sudah kembali ke balik papan
takecare atok...

hari ini
teratak rindu ditamu lagi
sekumpulan pesilat
dari kuala lumpur
yang akan menerima tali pinggang
dari mahaguru diorang
nenek sekadar mempersiapkan bilik
yang ditempah 3 hari lalu

alhamdulillah...
kedua2 bilik ditempah
walau untuk satu malam saja

minggu hadapan
ada tempahan harian lagi
dan pertengahan bulan depan
teratak rindu ditempah
utk bulanan pulak
in shaa Allah
semoga segalanya dipermudahkan....

ketika menjenguk teratak rindu
terlihat jalur2 laluan sang anai2
di rumah utama
semburan perlu dilakukan seberapa segera
juga siling di bilik sewa teratak rindu
yang mula menampakkan tompok2 air
kuning mengembang
mungkin atap yang tergelincir
atau bocor

oh atok...
apa akan berlaku pada teratak rindu kita?
jom la balik ke teratak rinduuuuu....

Saturday, 16 November 2013

laksa sarawak....

buat laksa sarawak ke hari ni?
again?
tak de la...

ada kawan nak balik sarawak
bawa anak2 balik kampong
sempena cuti sekolah
yang bermula hari ni

nenek ambil kesempatan
kirim paste laksa sarawak
keluaran Hj Manan
di jamin halal dan sedap
tak terlalu rasa berempah
halus paste nya
dan nenek suka keluaran tu
sbb ada disertakan cara2 nak sediakannya
mudah untuk anak2 buat
atau nak hadiah kat orang

since anak2 pun suka makan laksa tu
nenek beli buat simpan
bebila nak makan
dah ada paste tu

kalau tengok dari laman web laksa paste tu
sebungkus dah berharga rm7
dan ada je pengedar di semenanjung
tapi saja lah nak minta kawan beli
sekali ngan kek lapis dayang salehah
dan juga terubuk masin

tak sabarnya menunggu....


Friday, 15 November 2013

semangat...

semangat menjahit tiba lagi
smlm buat bekas tisu
today dah mula jahit baju
nak serikan dgn manik
bila dah siap nanti
In shaa allah

simple2 je

sembat leher...

Saturday, 9 November 2013

happy 27th....

selamat ulangtahun perkahwinan
yang ke 27 buat nenek dan atok
terimakasih untuk segalanya atok
sejak dulu melayan karenah nenek
yang entah apa2 ni
pengorbanan dan kesabaran atok
takkan pernah nenek lupakan

semoga ikatan perkahwinan ini
tetap tersimpul rapi
hingga sampai waktunya
nyawa yang memisahkan kita
semoga atok kekal sihat
dan dalam rahmat Allah sepanjang masa

I love you
Always have
Always will




Friday, 8 November 2013

kerana 149...

kalau tanya nenek
ada duit tak rm149
memang nenek cakap takde
nenek tak keje
kalau ada pun duit banyak tu
semua duit atok
atok bagi@tinggalkan buat duit belanja
atau untuk kegunaan lainnya

kalau atok gi over the sea
lebih lagi la atok tinggalkan
dapat lah nenek selit2 here there :p
gitu lah cara tabungan
orang yang tak berkerjaya cam nenek
149...boleh settle bil unifi nenek tiap bulan

al kisahnya
ada saudara terdekat
minta bantu sama sama bayar hutang
rm149/bulan
sampai bila tak tahu la

yang tak bagusnya
kita kita pulak diganggu
oleh pihak yang mendakwa
pemberi pinjaman
si peminjam
senyap sunyi sepi
tak cerita apa pun
aduhaiiiiii......

bukan tak mahu membantu
rm149 je pun
tuan pinjam tu pun
boleh je bayar
kalau tengok dari keadaan hidup dia
tapi saja buat lorat
habis kacau semua beradik terdekat
kecoh jadinya

kalau tuan diri
sembang cerita betul2
nenek rasa dengan rela hati
kami bantu sampai selesai
in syaa Allah
segan? malu?
agak2 sebab apa boleh timbul rasa gitu??

amat menjengkelkan
bila mendapat gangguan telefon
dari penuntut hutang
bukan hutang kita pulak tu
sabar je la.....

Thursday, 7 November 2013

pasar...

semalam nenek ada terbaca
sembang2 pasal pasar
pasar yang dibincangkan tu
adalah pasar seksyen 6
shah alam



nenek tahu tentang pasar tu pun
masa ulang alik
hantar maklong alif ke uitm seksyen 2
sejak 2005

ramai orang kata
harga barangan kat pasar tu mahal
sbb pasar tu pasar elit
pasar untuk orang kaya
malah peniaga kat situ pun
dah kaya raya sbb pelanggannya org kaya

hmmm....

kalau dari segi harga
nenek rasa baloi dengan kesegaran barangannya
banyak pilihan
malah kalau selalu pergi
dapat juga diskaun
walaupun sen
malah ada khidmat bersih ikan, ayam
bagi yang nak

ada sekali tu
berlaku salah faham
bila pelanggan rasa tertipu
sebab harga yang terpamer
hanyalah untuk 500gm
lebih2 lagi
bila tulisan 500gm tu
di tulis kecil
di sudut bawah harga
sekarang dah ubah
diorang dah tulis harga per kg

kesimpulannya
pasar tu boleh kata macam2 ada
agak mahal juga la
kalau beli untuk buat niaga pulak
tapi majoriti peniaga melayu
bersih dan teratur
itu yang penting
nak beli atau tak
itu hak kita

***cuma kurang senang
dengan sesetengah layanan peniaga melayu
lebih2 lagi kalau kita nak beli sikit2
tu yang membeli juga di peniaga cina
kekadang diorang bagi free je

Wednesday, 6 November 2013

untung atas angin....

entah dah berapa kali
jiran belakang teratak rindu
telefon beritahu
ada orang berkenan nak sewa
teratak rindu sepenuhnya
rumah Ibu dan dua bilik luar tu
selain ada duit masuk
rumah nenek akan terjaga katanya
betul la kata dia
nenek pun dah jarang balik
bila balik pulak sekejap sangat
tak sempat ngemas

tapi kali ni
ada bunyi lain sikit
ada orang nak sewa teratak rindu
tapi nak jadikannya homestay
dia minta kami bincang

APA?...
memang sahih la atok reject
mmg seronok dapat buat untung atas angin

tak kut....
nenek pun tak setuju
terlalu banyak hal yg perlu difikirkan

takpe la...
biar kami urus teratak rindu tu sendiri
kalau ada rezeki...ada la
kalau dah memang bukan rezeki kami
takpe la..

kami bukan buat sewa bilik
sebab kami dah kurang duit
tapi sebab kami suka nak cuba
sesuatu yang kami rasa mampu
dan suka buat
cuma sekarang
masanya terlalu tidak mengizinkan
in syaa Allah
satu hari nanti
teratak rindu pasti beroperasi semula!! :)





Tuesday, 5 November 2013

salam maal hijrah

hari ini
kita semua cuti
kerana sambutan tahun baru hijrah

semoga kita semua
berhijrah dengan sepenuh keazaman
istiqamah
ke arah yang lebih baik
dilindungi dan sentiasa dalam rahmatNYA
dikurniakan kesihatan yang baik
dan dipermudahkan
dalam setiap urusan dunia dan akhirat
amiiinn...

salam maal hijrah


Sunday, 3 November 2013

bola...bola...bola....

jalan sesak sekitar stadium shah alam
seawal jam 12 tengahari tadi
sebab bola malam ni
antara kelantan dan pahang

kalau nak ke pusat bandar shah alam pun skrg
terpaksa masuk lebuhraya persekutuan
atau guna nkve keluar bukit raja
dengan hujan segala
duk rumah je la

berbalik cerita bola
nenek suka khairul fahmi
sebagai penjaga gol
nenek nampak dia memang bagus
dari pandangan mata nenek
yang tak berapa reti bola ni la
dari sejak nenek tahu kewujudan dia
dan nenek nampak dia memang bagus
nak buat camana kan

tapi nenek bukan peminat fanatik bola
harap maklum



edit: tahniah le pada yang menang
pahang punya giliran tahun ni
kelantan jangan nangis ek
nenek tengok sambil2 je
layan fb
dan alif sama

khairul fahmi??
dia dah lakukan yang terbaik
tu je yg mampu nenek katakan :)

lepas ni
drive balik elok2
semoga kalian semua
baik penyokong pahang
mahupun penyokong kelantan
selamat dalam perjalanan
kedestinasi masing2
selamat bercuti rakyat pahang

Saturday, 2 November 2013

bila nak...

hari ni
menu kita nasi lemak
sambal udang
dan segala lauk sampingannya

gambar dari internet je ni
nenek jarang buang kulit udang sampai bogel gitu
atok kata membazir
tapi ekor dan kepala yg tajam
of course nenek buang


alhamdulillah...
gitu la bila nak
camana pun
mesti boleh jadi punya  :)

Friday, 1 November 2013

klinik....

hari ni...
nenek dan atok bawa alif gi klinik

mulanya ke klinik adek
pakar kanak2 di sek 9 tu
tapi dah penuh temujanji doktornya
lepas solat jumaat baru ok
klinik adek seksyen 9


ingatkan
boleh datang gitu je
memang main terpa pergi je    :p

tapi atok tak leh tunggu
ajak ke sg buloh pulak
klinik kanak2 gak
bila dah sampai
TUTUP!!!
terlupa esok depavali
hmmm...

tak baloi pulak nak balik gitu je
pusing2...
ada satu poliklinik
singgah je terus
disebabkan tak de orang
maka urusannya mudah
jumpa doktor
periksa sini sana
ambik ubat
balik

semuanya demi alif
bukan demam pun
tapi masalah kulit kering dia
yang merimaskan dan merisaukan atok
sejak bayi lagi dah ada
pakar kulit pun dah di bawa
berjenis ubat sapu dan makan
masih belum ada yang serasi
tambahan dah pandai menggaru pulak
habis luka2 kulit tu
eczema juga la kata doktor

harap lepas ni
ubat tu serasi dengan alif
apapun...tq atok